bab 16

157 12 0
                                    

"Selamat datang ke restoran kami. Macam-macam menu yang menarik telah kami sediakan" kata seorang pelayan di restoran 5 bintang itu.

Dari luar, memang sudah kelihatan mahal sungguh restoran itu. Di dalam? Lagi lah ... Dah macam mimpi rasanya bila dapat jejak di situ.

"Terima kasih. Kami dah tempah makanan lebih awal di sini semalam" balas Noah.

"Oh, really? Alright ... Kami akan hidangkan makanan tersebut secepat yang mungkin. Silakan duduk dulu" jawab pelayan itu. Pantas Tengku Hamizan masuk ke dalam dan menuju ke arah meja yang sudah ditempah.

Butang blazer nya dibuka lalu dia melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan.

Noah selaku pembantu peribadinya serta Dhia juga turut duduk berhadapan lelaki itu. Tengku Hamizan mengerling ke arah jam tangan Casio nya dan automatik dia mengerutkan keningnya.

Aih. Lambat betul. Sepatutnya dah kena sampai sebelum 8:30 pm. Memang tipikal perempuan yang lambat lah dia ni!

Dia kembali memandang sekeliling kedai.

"Daddy, mana aunty? Lambatnya sampai. Dhia tak sabar nak makan sekali dengan dia dekat restoran favourite daddy ni" ucap Dhia.

Noah memandang tepat ke arah Tengku Hamizan. Banyak soalan yang perlu ditanya sebenarnya.

"Kejap lagi aunty sampai, sayang. Makanan pun tak terhidang lagi. Dhia tak perlu risau ye." Tengku Hamizan cuba memujuk Dhia.

"Story time ... I guess" kata Noah gaya menyampah.

"What?"

"Favourite restaurant? How? When? And why you didn't tell me before this? Aku tak tahu langsung. Biasanya kau makan dekat tempat biasa-biasa je"

"I know right. Bukan aku sengaja tak nak bagitahu. Cuma tak sempat je. Kira beruntung lah aku dah bawa kau datang sini."

"Hurm. Dengan bodyguard sendiri pun nak berahsia. Aku bukan setakat bodyguard je tau. Gelaran kawan paling baik kau pun aku ada. Kecewa gila"

"Rileks lah. Aku tak sengaja." pujuk Tengku Hamizan. Noah menjeling sekilas.

Dari jauh, seorang gadis yang berpakaian kolot itu berlari anak mendekati meja mereka. T-shirt berlengan panjang serta seluar jeans menjadi pilihan Wardah untuk malam itu.

Hampir separuh nafas Tengku Hamizan hilang tatkala melihat Wardah yang berpakaian sebegitu.

"Maaf. Saya terlambat." tegur Wardah dengan nada serba-salah.

"Hai aunty! Lama Dhia tunggu." Dhia menarik tangan Wardah untuk duduk bersebelahan nya.

"Tak lambat mana pun. Kita orang pun baru aje sampai." ujar Noah sambil memberikan senyuman yang manis.

"Oh, yeke. Maaflah. Saya tempah grab tadi. Tapi datang lambat pula"

"It's okay. Asalkan awak datang je. Saya dah cukup happy" balas Noah. Wardah hanya tertunduk malu.

"Eh. Kau tak ada baju lain ke?" tanya Tengku Hamizan.

"Bro? Please. Jangan rosakkan mood."

"I'm not. Just asking. C'mon, Noah. Ni restoran mahal. Agak-agak lah."

"Who cares? Yang kau pilih tempat ni, kenapa?"

"Maaf, encik Hamizan. Salah saya. Lagipun saya tak tahu yang encik nak bawa saya ke tempat ni. Noah cuma bagi lokasi restoran dan tak cakap langsung tentang suasana di sini. Saya betul-betul minta maaf." sampuk Wardah.

"Jangan ambil hati ye, Wardah. Hamizan memang macam ni. Selfish"

"Kalau encik nak saya beli baju yang lagi nampak mahal, saya boleh beli sekarang. As long as encik Hamizan happy dan selesa dengan saya" sambung Wardah.

"Tak payah nak mengada. Makanan dah nak sampai dah pun." balas Tengku Hamizan dingin.

Noah menggeleng kepala melihat sikap sombong Tengku Hamizan itu. Selama ni, dia tak pernah pun macam ni. Tak akan lah dia anti warga-warga yang kurang berkemampuan kut.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai di atas meja. Mereka menjamu kesemua makanan mewah itu dengan penuh selera kecuali Tengku Hamizan.

Tujuan dia mengajak Wardah untuk makan dinner bersama mereka pun kerana ingin membincangkan isu perkahwinan.

Jujur!

Lelaki ini tak sanggup melihat mama nya itu rasa kecewa terhadapnya untuk kali kedua. Cukuplah hal dia bersama bekas isterinya dulu.

Tapi ...

Wardah nak ke berkahwin dengan dirinya itu? Itu yang menjadi masalah buat masa sekarang. Baru 20-an dah diajak kahwin dengan lelaki yang belum cukup kenal ini.

Mustahil.






















"Wardah, come here" panggil Tengku Hamizan.

Wardah yang sibuk berjalan memimpin tangan Dhia itu berpaling laju ke arah majikan nya.

"Ye?"

"We need to talk." balasnya serius. Wardah mengerutkan dahinya. Aku ada buat salah ke? Tak akan lah sebab pakaian ni? Aduhai encik Hamizan ... Tolonglah. Baju ni je paling cantik yang pernah saya ada.

"Dhia pergi dekat uncle Noah dulu boleh? Aunty nak bercakap dengan daddy sekejap" kata Wardah. Gadis kecil itu mengangguk faham dan terus berlari menuju ke arah Noah.

"Ye encik?" sambung Wardah.

"Kau ingat pesan mama?" soal Tengku Hamizan.

"Mama? Yes. Ofcourse. Kenapa ye?" Wardah masih bersangka baik. Memang kata-kata yang dikeluarkan oleh Hajah Shahidah tak akan pernah dilupakan. Susah!

Tapi tak mungkin Tengku Hamizan betul-betul nak ...

"So, let's get married."

"Huh?"

"Kahwin. Kita kahwin. Aku tak nak kecewakan mama. Dia banyak terasa hati dengan aku dulu."

"Encik Hamizan, kahwin ni bukan benda yang main-main lah. Saya tak nak" bidas Wardah.

"Wardah, please. Kau je harapan aku sekarang ni. Kita kahwin je. Tak ada apa yang serius pun" rayu Tengku Hamizan.

"Macam mana saya nak kahwin dengan encik kalau saya sikit pun tak ada rasa cinta pada encik? Tolonglah ... Saya tak nak ambil risiko ni."

"Hey, Wardah. Cinta tu boleh datang bila-bila masa je. Aku janji dengan kau. Cinta tu akan wujud bila kita dah berkahwin nanti. Masa tu, aku akan jaga kau macam nyawa aku sendiri. Tolong aku?" Tengku Hamizan memegang bahu Wardah untuk menenangkan gadis itu.

Dia tahu, benda ni memang tak dijangka. Tak pernah plan langsung. Tengku Hamizan berkahwin dengan penjaga anak sendiri? Mustahil kan?

"Kita tak boleh macam ni encik Hamizan ... Perkahwinan tak boleh dipaksa."

"Aku tak paksa. Sumpah aku tak paksa. Macam yang aku bagitahu kau tadi, cinta itu akan wujud diantara kita satu hari nanti"

"Saya tak rela ..."

"Mama ada kanser. Please ..." jujur Tengku Hamizan. Air mata jantan nya hampir sahaja keluar tapi dia masih mampu bertahan.

"Kanser? Saya-"

"Mizan?! Apa yang lama sangat tu? Dhia dah mengantuk ni!" jerit Noah dari arah kereta.

"Kau balik rumah, kau fikir. Kita tak ada banyak masa. Aku nak cari orang lain, nak kenal dengan orang baru pun dah tak sempat. Harap kau dapat tolong aku" pinta Tengku Hamizan lalu dia berjalan menuju ke arah Dhia dan Noah.

Wardah terkedu.

Fikirannya bercelaru. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Dia tak pernah terfikir pun untuk berkahwin. Lagi-lagi dengan seorang duda kaya. Impossible!








_

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now