bab 26

181 13 1
                                    

Noah memandu dengan geram. Rasa nak resign kerja pun ada. Biarlah dia duduk balik di rumah peninggalan ibunya di kampung sana daripada duduk serumah dengan pengkhianat.

"Kau marah lagi ke?" tanya Tengku Hamizan.

Diam.

"Aku terpaksa Noah. Kan aku dah explain semua semalam. Apa lagi yang boleh aku buat?"

"Kau pun tahu aku cintakan dia. Dulu bukan main lagi kau benci perempuan tu. Sekarang boleh jadi bini pula. Apa kau ingat 'enemies to lovers' ke?"

"Yes. My fault. Benda ni memang tak jangka. Aku buat semua ni sebab mama je, Noah. Aku memang tak ada perasaan pada Wardah"

"Mustahil. Orang kalau dah kahwin, mesti ada muncul nya rasa sayang. Sia-sia lah kau kahwin dengan dia kalau masing-masing kosong je"

"Memang perkahwinan ni sia-sia lah. Apa lagi yang kau tak faham? Kami berkahwin atas kertas je"

"Kalau macam tu, ceraikan dia. Bagi aku jaga. Dia nampak terseksa kalau hidup dengan kau"

Tengku Hamizan merenung tajam ke arah Noah. Kenapa semua orang nak kan Wardah? Dia tak faham. Sumpah tak faham!

"Apa yang kau gilakan sangat dengan perempuan tu ha?"

"Memang aku gilakan dia, Mizan. Aku kesian tengok dia. Kurang kasih sayang dari keluarga, hidup susah, tak ada ayah pula tu. Bila aku dapat tahu kau dengan dia nikah semalam, mana tak panas aku!"

"Apahal kau nak panas?"

"Sebab aku tahu kau tak dapat nak bahagiakan dia. Kau tengok lah diri kau tu macam mana Mizan. Kau tak ada cermin ke kat bilik tu? Kalau keluarga dia tak dapat bagi perhatian dekat dia, atleast suami dia! Itu pun tak faham!" marah Noah.

Tengku Hamizan merentap kolar baju milik Noah.

"Eh, apa benda ni. Aku tengah drive kot"

"Aku ni dah jadi suami dia. Pandai-pandailah aku jaga dia. Kau tak payah nak ajar aku sangat. Bukannya aku tak pernah kahwin pun sebelum ni. Tak payah nak lebih sangat"

Lelaki itu melepaskan genggaman nya. Noah merengus geram. Nak cakap banyak pun dah tak boleh dah. Memang semua orang tahu Tengku Hamizan ni keras kepala. Semua benda nak ikut cakap dia!






















Wanie memakai kebaya hitam milik kawan baiknya Nureen. Sempatlah juga dia datang untuk meminjam pakaian tersebut. Wanie menambahkan sedikit bedak di muka. Telefon bimbit diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Perfume yang baru dibeli di pekan semalam disembur terus ke seluruh badan.

"Kau nak pergi mana?" terjah puan Wati.

"Eh, mak... Wanie nak pergi rumah akak lah"

"Nak buat apa?"

"Tengok dia lah. Nak buat apa lagi? Wanie kan satu-satunya adik dia"

"Diorang tu baru aje berkahwin. Tak payah lah sibuk-sibuk nak datang. Tak manis"

"Apa nya mak? Adik sendiri nak lawat rumah kakak dengan abang ipar sendiri pun tak boleh ke? Mak saja je nak dengki Wanie kan?" balas Wanie geram.

"Kau tu dah lah lemah badan. Karang macam-macam penyakit kau kena dekat bandar tu. Lagi satu, baju apa kau pakai ni? Tak sopan. Malu lah sikit kalau orang ramai nampak"

"Well, I don't care. Wanie pergi dulu!"

Dia berlari anak keluar dari rumah. Alamat pun pernah diberitahu oleh Wardah. Tinggal bagi pakcik teksi tu, selesai.

"Tahulah nasib kau nanti, kak. Memang habis runtuh rumah tangga kau aku musnahkan" kata Wanie.














Wardah duduk melihat ke arah Dhia yang sedang khusyuk menonton televisyen itu. Kelas pun dah habis tadi. Jujurlah, Dhia memang seorang kanak-kanak yang bijak. Cepat belajar dan berdisiplin.

Mesti sejuk je perut bekas isteri Tengku Hamizan semasa mengandung kan Dhia dulu kan?

Pintu utama dibuka perlahan. Dua orang lelaki itu masuk dengan bermasam muka.

"Daddy dah balik lah mommy" kata Dhia. Pantas Wardah bangun dari posisi duduk.

"Dah dapat dah barang nya?" tanya Wardah dan terus menuju ke arah Tengku Hamizan.

"Dah" sepatah jawapan nya.

"Daddy, kenapa daddy nampak tak happy je? Daddy tak suka mommy ke?" sampuk Dhia.

"Mana ada, Dhia. Daddy okay je. Dhia yang over sangat. Macam mana kelas tadi? Okay?"

"Okay! Hari ni Dhia belajar tentang haiwan tau daddy"

"Wah, really? Macam seronok je. Come, cerita dekat daddy" Tengku Hamizan menarik anaknya duduk di ruang bacaan dan hanya membiarkan Noah dan Wardah di hadapan pintu rumah.

Noah menggeleng kepala. Mana tak sakit hati?

"Itu kan pilihan awak? Hm. Hadap jelah sampai mati" perli Noah.

"Kenapa dengan awak ni, Noah?"

"Nothing. Cuma cakap je"

"Dah lah tu. Hamizan tu kawan baik awak sendiri. Apa salahnya doakan kebahagiaan dia?"

"Kalau saya doa hari-hari pun, awak yakin ke bahagia tu akan datang? Mimpi jelah dah kalau namanya kahwin paksa"

Wardah terdiam manakala Noah tersenyum sinis.

"Kalau saya lah yang jadi Hamizan tu, memang saya tak selesa lah duduk dengan awak. Macam tengah berzina"

PAP!

Pipi Noah ditampar kuat oleh Wardah. Mak Leha yang ternampak aksi Wardah itu lantas datang untuk menenangkan mereka berdua.

"Ya Allah, dah kenapa ni?" soal mak Leha.

"Kurang ajar kan awak ni Noah?" marah Wardah.

Tengku Hamizan mengarahkan Dhia untuk naik ke bilik dahulu. Dia tidak mahu anaknya itu berfikir yang bukan-bukan nanti.

Dhia hanya menurut. Lelaki itu datang berhampiran mereka berdua lalu menarik isterinya jauh dari Noah. Takut keadaan menjadi makin besar.

"Awak memang dah melampau, Noah. Saya tak sangka perangai awak macam ni. Kalau awak dah benci sangat dengan perkahwinan yang dipaksa ni, awak suruh lah kawan baik awak ni lepaskan talak dekat saya"

"Astagfirullahaladzim... Mengucap Wardah. Kamu berdua baru je akad nikah semalam. Bersanding pun belum lagi... Sabar nak..." kata mak Leha.

Tanpa disedari, air mata Wardah mengalir deras ke pipi. Lagi tadi dia sudah menahan tangisan nya dari keluar. Kali ni dia gagal.

Dia mengesat kasar air mata itu dan terus berjalan laju naik ke bilik. Kalau boleh, nak sahaja dia pulang semula ke rumah mak nya itu. Tapi disebabkan dia tak nak jadi isteri yang derhaka, dia batalkan niat tersebut.

"Wardah-" panggil Tengku Hamizan tetapi dipulau.

"See. Ini yang kau nak kan? Tak sampai seminggu pun Noah kami berkahwin. Dahlah. Aku penat lah dengan kau ni. Dia dah jadi bini aku dah kot. Move on, please"

Noah menjeling. Dalam pada masa yang sama dia juga rasa bersalah pada pasangan itu. Kalau bukan disebabkan dia, tak ada lah Wardah itu sampai mengeluarkan air mata. Pasti gadis itu terlalu marah pada dirinya.


_

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now