Wardah duduk di atas bangku yang disediakan oleh shopping mall tersebut. Air tin berperisa laici itu diteguk perlahan. Penat berjalan menemani Dhia dari tadi. Tapi pada gadis ini, melihat Dhia gembira adalah satu hadiah untuknya. Suka sangat!
"Aunty, Dhia main dekat situ dulu tau" pinta Dhia.
"Boleh, dear. Tapi jangan jauh-jauh sangat. Nanti Dhia yang comel ni kena culik baru tahu" pesan Wardah lalu memicit kedua belah pipi gebu gadis kecil itu.
"Baik boss!" Dhia berlari menuju ke kawasan permainan tersebut.
Tanpa disedari oleh Wardah, Tengku Hamizan datang duduk bersebelahan dirinya.
Wardah menggerakkan badannya sedikit. Kalau rapat sangat, dah boleh menimbulkan fitnah pula.
"For you" Kotak kecil berwarna hitam diserahkan. Wardah mengerut dahi.
Jangan yang bukan-bukan sudah. Mana tahu lelaki ini mahu sabotaj Wardah kerana menolak lamaran nya haritu kan? Perangai manusia lain-lain.
"Apa?"
"Buka lah. Banyak bunyi pula" balas Tengku Hamizan. Wardah menahan geram. Kotak itu diambil lalu dibuka.
Terserlah sebentuk cincin berlian di situ. Wardah mengetap bibir. Kotak tersebut diserahkan semula kepada si pemilik.
"Now what?" soal Tengku Hamizan.
"Saya dah cakap, saya tak nak. Membazir je encik beli cincin mahal macam ni semata-mata untuk curi hati saya"
"Siapa kata aku nak curi hati kau? Aku beli cincin tu, sebab nak nikah dengan kau"
"Saya tak nak"
"Majlis nikah semua aku dah uruskan. Tinggal datang dan sarung cincin je"
"Encik mengarut apa ni? Siapa yang setuju nak nikah dengan encik? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dah uruskan semua. Gila!"
"Malam ni aku datang nak minta izin mak kau untuk kahwin dengan anak dia yang degil ni. Lepas habis waktu kerja, terus pergi. Tak ada bantahan. When I said I wanted to marry you, I really mean it"
Wardah terkedu.
Dia tak mahu berkahwin secara paksa kerana dia tahu dia tak akan bahagia selagi dia tidak diceraikan.
"Encik Hamizan... Saya tahu encik sekarang tengah buntu nak cari seorang isteri untuk merealisasikan hajat mama. Tapi ini bukan jalan yang terbaik untuk encik. Berkahwin dengan saya adalah satu penyesalan untuk encik suatu hari nanti. Encik tak akan bahagia begitu juga saya. Tolong fikirkan sekali lagi" jawab Wardah.
Mata hazel yang dimiliki gadis itu direnung tajam oleh Tengku Hamizan.
"I fucking don't care about that, Wardah. Kau dah buat mama suka pada kau and now, bila aku ajak kau kahwin, kau tolak. That's not fair. Kahwin dengan aku dan masalah ni selesai"
Tengku Hamizan bangun dari posisi duduk dan berjalan menuju ke arah Dhia.
Gadis itu menghembuskan nafas yang berat. Dia menyesal. Kalau dia tak ikut Tengku Hamizan balik ke rumah mamanya, pasti perkara ini tak akan berlaku.
Dia tidak pasti sama ada takdir yang berlaku ini ada hikmahnya atau tidak.
"Nak balik dah?" tanya Noah yang ternampak Wardah sedang kusyuk mengemas barangnya.
"Ye" jawab Wardah sepatah.
"Okaylah macam tu. Saya tunggu dalam kereta"
"Tak perlu. Awak tak perlu hantar saya balik hari ni" halang Wardah.
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...