Noah duduk menghadap televisyen di ruang tamu . Saluran Astro kegemarannya dipilih untuk ditonton . Dhia sudah dia tidurkan tadi manakala Riyana dihalau pergi .
Tengku Hamizan dan Noah sudah berkawan rapat sejak zaman kolej lagi . Tengku Hamizan juga pernah mengambil Noah sebagai pekerja nya di pejabat tetapi lelaki itu merasakan yang sahabat karibnya itu tidak sesuai dengan pekerjaan itu .
Jadi , dia mengupah Noah sebagai pembantu peribadinya . So far so good . Noah terima dan dia suka dengan pekerjaannya yang sekarang . Dapatlah dia tolong bantu serba sedikit masalah yang dilalui tengku Hamizan .
Kawannya itu juga turut membenarkan Noah duduk serumah dengan nya . Tak perlu lah susah susah ulang alik ke tempat kerja . Mereka sudah seperti adik-beradik . Kalau hendak menilai Tengku Hamizan dari luar , memang agak sombong dan tidak berhati perut . Tapi realitinya , dia tidak sebegitu .
Kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah .
" Balik pun budak ni " ucap Noah .
Pintu utama terbuka lalu lelaki itu masuk dan terus duduk bersebelahan Noah . Dia menatap skrin televisyen dengan wajah yang penuh kerungsingan .
" Apahal tadi ? " Tanya Noah .
Tengku Hamizan mengerutkan kening .
" Asal ? "
" Aik . Buat buat tak tahu pula "
" Apa ? "
" Kau dah kenapa tadi ? Apa yang kau cuba rancang ? Wardah bakal isteri kau ? What the hell is that ? Sejak bila ? "
" Itu lakonan je dan itu plan yang aku ada bagitau kau di ofis tadi"
" Untuk apa ? "
" Aku nak Riyana berhenti berharap "
" Dengan cara tipu Riyana yang kau dah nak berkahwin dengan Wardah ? Merepek ! "
" Terpaksa .. Dah tak ada cara lain dah . Aku yakin dia percaya dengan lakonan tadi . Lagipun Wardah memang dah diupah kerja dekat sini . Kau nak marah sangat kenapa ? "
Noah mengetap bibir .
" Wardah tahu ? " Noah kembali menoleh ke arah televisyen .
Tengku Hamizan menggeleng .
" Nope " jawab nya .
" Habis tu ? Dia tak kata apa-apa ? "
" Ada . Aku dah cakap tu lakonan . Itu je "
" Kalau perempuan gila tu cari Wardah then dia cuba ugut sesuatu dari Wardah macam mana ? "
" Stop overthinking Noah . Buat apa Riyana nak cari Wardah ? Siapa Wardah pada dia ? Wardah cuma perempuan hodoh yang dia baru je jumpa tadi "
" Jaga sikit mulut kau . She's not ugly . Kau yang buta "
" Back up ? "
" I'm not . Dahlah . Malas aku nak layan orang macam kau ni . Baik aku masuk tidur . " Kata Noah lalu berjalan memanjat anak tangga ke tingkat dua .
Tengku Hamizan menjeling . Tali leher diloloskan ke bawah . Dia meraup muka dengan perlahan lalu memegang kepala sendiri .
Badan disandarkan ke sofa dan lelaki itu terus memejamkan mata . Penat sangat di tempat kerja tadi . Balik balik saja ke rumah , sudah didatangi masalah lagi . Mana tak letih ?
Itu belum memikirkan tentang Dhia lagi . Apa lah agaknya yang difikirkan budak berumur 6 tahun itu ketika melihat pergaduhan tadi . Takut , sedih , kecewa ? Atau suka dan gembira ?
" I'm so sorry , Dhia " omel Tengku Hamizan .
Pagi pagi lagi Wardah sudah bersiap untuk ke rumah majikannya . Kicauan burung menyerikan lagi suasana pagi . Wardah mengambil udara segar di luar tingkap kemudian terus berjalan untuk melihat keadaan adik tersayang .
"Good morning , wanie . Dah okay sikit hari ni ?" Tanya Wardah dengan wajah yang manis .
Wanie tersenyum .
" Better "
" Serius ? Baguslah ! Wanie kena kuat tau . Wanie kena teman akak masa akak bosan . Tak ada lah akak selalu bercakap dengan dinding je "
" Ye .. wanie pun rindu nak berborak dengan akak macam sebelum ni . Tapi , antibodi wanie tak benarkan . Wanie dah cuba kuat kan diri , tapi tak boleh . Lagi lagi waktu demam macam ni .. ubat dekat dapur pun dah habis . Kalau tak , itu sahaja yang boleh buat badan Wanie cergas sikit " kata Wanie .
Senyuman di bibir Wardah pudar .
" Akak minta maaf . Akak lambat nak dapat kerja . Kalau tak , mesti wanie dah sihat . "
" Tu bukan salah akak lah .. Wanie tak kisah pun . Wanie faham , susah nak dapat kerja sekarang .. mak pun asyik paksa akak .. kalau wanie yang kena cari kerja , mesti wanie dah give up awal "
Wardah memegang tangan milik Wanie . Suhu badan Wanie lebih panas dari sebelum ni . Wardah memandang tepat ke arah Wanie .
" Wanie tipu " kata Wardah mendatar .
" -kak "
" Kita pergi klinik . "
" Tapi kita tak ada duit nak beli ubat "
" Kita boleh pinjam Wanie . Kesihatan tu lebih penting "
" Tapi akak dah janji pada Wanie yang akak tak nak berhutang lagi ! " Jerit Wanie .
Wardah terdiam . Wajahnya ditundukkan . Berfikir bagaimana hendak mendapat duit untuk membeli ubat-ubatan untuk Wanie .
Bukan mahu menipu , tapi memang di dalam beg nya langsung tiada wang ringgit walau seringgit sekalipun .
Emaknya juga tidak pernah memberikan duit pembelanjaan . Sejak sekolah lagi . Kantin pun tidak pernah dijejaki oleh mereka berdua . Cukuplah hanya makan di rumah sahaja . Itu pun sekali sehari sahaja dapat menikmati makanan .
" Kau berdua dah kenapa ? Memekak pagi pagi ni ? " Puan Wati menegur dari arah luar .
" Badan Wanie panas "
" Lah memang pun . Selama ni memang macam tu . Kau nak risau apa ? "
" Tapi mak , suhu dia lagi panas dari sebelum ni . Kita kena bawa dia pergi klinik .. lagipun dia kan demam .. Wardah rasa Wanie kena demam panas .. "
" Kau cakap lah macam mana sekalipun . Aku tak ada duit nak beli ubat dia . Baik duduk rumah rehat je di bilik . Lama lama sihat lah tu . Kau tu pergi kerja cepat . Tak fasal-fasal kena buang kerja sebab lambat nanti "
Puan Wati kembali menjemur baju di ampaian . Wardah berasa tidak puas hati . Kenapa emaknya tidak seperti emak orang lain ? Yang kisah kan pasal kesihatan anak sendiri ?
" Kak .. tak apa .. akak pergi kerja dulu . Nanti dah cukup bulan , baru kita restock ubat dekat dapur ye ? " Pujuk Wanie .
Wardah mengangguk lalu berjalan keluar . Wajah puan Wati direnung seketika . Tidak faham gadis itu kenapa puan Wati benci sangat pada dirinya dan juga adiknya .
" Kau kenapa ? Tak puas hati dengan aku ? "
Wardah tersentak . Dia menggeleng kepala . Kasut yang sudah kelihatan lama itu disarungkan ke kaki .
" Wardah pergi dulu " ucap Wardah lalu berjalan menuju ke bandar . Memang tak lah dia nak pesan taxi atau grab dengan keadaan tiada duit macam tu .
Walaupun penat untuk berjalan jauh , dia terpaksa . Semua sebab nak menyenangkan keluarga di rumah .
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...