bab 18

127 9 0
                                    

Puan Wati keluar dari gerai Mak Som selepas selesai meletakkan kuih yang dibuat di tempat yang disediakan. Memang laku keras jualannya itu di gerai ini.

"Balik nanti, nak kena masak untuk dua orang bertuah tu pula. Bukannya tahu nak masak sendiri. Nak aku juga yang masakkan" bebel wanita itu.

Bakul kuih nya diletakkan di tempat belakang basikal.

Pap!

Habis jatuh bakul kuih nya itu dek kerana terlanggar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Eh, kau tak nampak ke aku dekat sini ha? Itulah, pakai lagi cermin mata hitam. Dah buta jadinya!" marah Puan Wati.

"What? Cermin mata ni tak salah pun. Siapa suruh duduk dekat tengah dunia? Orang nak berjalan pun susah. Sorry lah"

"Memang tak guna kau ni kan. Macam tu gaya kau minta maaf? Memang budak-budak zaman sekarang macam ni ye?"

"Mak Cik, daripada mak cik membebel dekat sini, baik mak cik balik je. Solat Asar. Saya pun nak ke surau ni. Mak cik nak ikut?" perli Tengku Hamizan.

"Kurang ajar kau ni ye!" jerit Puan Wati. Tengku Hamizan hanya menggeleng kepala. Malas dia hendak melayan orang tua yang berperangai seperti itu.

Siapa sahaja yang perasan wanita itu di situ? Tengku Hamizan pula sibuk mencari rumah Wardah yang dinyatakan di surat kontrak nya dulu.

Saje, nak jumpa.

"Saya minta maaf sekali lagi ye mak cik. Saya ada banyak hal nak buat." kata Tengku Hamizan lalu berlalu pergi.

Puan Wati menghentak basikal nya tanda protes. Tak guna! Kau lah sepatutnya yang solat Asar sana. Belajar sekali adab menghormati orang tua!

Tanpa membuang masa, Puan Wati turut beredar. Nak lepas marah pun tak guna, orangnya pun dah tak ada.

































Tengku Hamizan melihat ke arah rumah kayu itu. Terlihat seorang gadis sedang menyapu halaman rumah.

"That's not her" gumam Tengku Hamizan.

Dia memberanikan diri untuk bertanya kepada gadis itu. Adakah betul ini rumah Wardah?

"Assalamualaikum, nak tanya sikit boleh?" ucap lelaki itu.

Wanie berhenti menyapu daun-daun kering kerana terkesima dengan figura lelaki di hadapan nya itu. Mana tak nya? Dengan baju putih berlengan panjang, seluar slack, berkaca mata hitam dan rambut hadapan yang sengaja terletak di dahi itu. Silap-silap, janda rumah sebelah pun tergoda.

"Wa-Waalaikumussalam. Ye, betul lah tu. Ni rumah Wardah. Kenapa ye?"

"Ah, finally. By the way, awak siapa ye?"

"Saya adik dia. Wanie." balas Wanie teruja lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Oh, boleh saya tahu Wardah dekat mana? Saya ada hal penting nak kena bincang ni" Tengku Hamizan pura-pura tidak perasan tangan Wanie yang cuba untuk menyentuh nya itu.

Heh. Tak kenal, tiba-tiba nak ambil kesempatan.

"Ada. Dia ada. Baru je balik kerja tadi. Kejap, saya panggil dia" pantas Wanie masuk ke rumah dan pergi ke bilik kakaknya.

Tengku Hamizan mengangguk perlahan.

Tutt tutt

Telefon bimbitnya dikeluarkan sebaik sahaja panggilan itu masuk. Tertera nama Noah di skrin. Aduh...

Nak tak nak, dia terpaksa menjawab panggilan tersebut.

"Ye, Noah"

"Kau dekat mana? Tadi kata sunyi lah, sepi lah, tak ada member lah. Sekarang kau yang menghilang? Aku dah ada dalam office kau tau"

"Err- aku pergi kedai kejap. Nak cari barang sikit"

"Apasal tak suruh aku je?"

"Aku tak nak susahkan kau."

"HOI! KAU BUAT APA DEKAT RUMAH AKU NI HA? TAK PUAS HATI DENGAN AKU LAGI KE?" Jerit Puan Wati secara tiba-tiba dari arah jauh.

Satu hal lagi pulak mak cik ni ...

"Eh Noah, nanti aku call kau balik. Ada mak cik gila cuba nak try aku ni" kata Tengku Hamizan lalu terus mematikan talian.

"Mak cik buat apa dekat sini? Saya tak ada masa nak bergaduh lah." sambung Tengku Hamizan.

"Kau tu yang cari gaduh dengan aku. Ini rumah aku! Tanah aku! Kau buat apa dekat sini?"

Tengku Hamizan terkedu mendengar jawapan wanita itu.

"Ha? Rumah mak-"

"Encik Hamizan. Encik buat apa dekat sini?" sapa Wardah dari arah belakang.

Shit...



_

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now