bab 28

94 5 1
                                    

"Apa yang kau cuba nak buat? Tell me" kata Tengku Hamizan. Dia memandu dengan kelajuan yang agak tinggi.

"What? Ada apa-apa tak kena ke ni?"

"Kau jangan buat-buat tak tahu lah Wanie. Macam lah aku tak kenal kau. Perangai kau dari dulu sampai sekarang sama je. Bohsia"

"Wah, suka hati abang je cakap Wanie macam tu. Abang ni dah kenapa? Apa salah Wanie ye?"

"Budak perempuan yang cuba tarik aku masuk lorong dulu tu kau kan?"

Gadis itu merenung ke arah Tengku Hamizan. Dia meneliti setiap sudut muka lelaki itu.

"Kau-"

"Yes. I am. Patutlah setiap kali aku pandang muka Wardah tu, aku rasa jijik sangat. Rupanya dia tu darah daging kau. Sama gila muka. Bila aku jumpa balik dengan kau kat sini, aku terus ingat semula"

"Mustahil. Kau salah orang"

"Dah dah lah tu berlakon. Apa lah agaknya yang kau fikir sampai tarik orang yang kau tak kenal nak buat maksiat dulu kan?"

"Eh diamlah! Kalau aku dapat tahu kau bocorkan benda ni pada keluarga aku, tahu lah nasib kau"

"You're so funny, Wanie. Budak mentah macam kau ni boleh buat apa je? Nothing"

Lelaki itu tertawa sinis.

"Kalau kau rasa kau dapat pisahkan kami, kau cuba lah. Good luck"

Wanie merengus geram. Wajahnya terus memaling ke arah tingkap. Dia langsung tak sangka yang lelaki itu ada lah dari kisah silam nya juga!

Tak guna!




















Tengku Hamizan masuk ke dalam bilik. Dia melihat ke arah Wardah yang sedang sibuk mengemas baju di dalam almari itu.

Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja solek.

"Eh, awak dah balik? Sorry saya tak perasan" kata Wardah.

"It's okay" balas Tengku Hamizan dengan nada yang agak perlahan.

"Hurmm... Saya sambung kemas almari kejap"

Belum sempat Wardah ke arah almari baju, tangan Tengku Hamizan terlebih dahulu menarik pinggang ramping Wardah.

Gadis itu terkaku.

"Can I have you right now?" bisik Tengku Hamizan sambil memeluk erat isterinya itu.

"T-tapi saya belum habis kemas lagi ni. Banyak baju-"

Dan sejurus selepas itu, badan Wardah ditolak lembut oleh Tengku Hamizan. Gadis itu tidak mampu untuk melawan. Lagipun mereka tidak diharamkan berbuat demikian.

"I can't hold it anymore..."

"Awak pun tahu ni bukan masa yang sesuai. Mak Leha pun belum balik lagi"

"Then? Don't make it too loud and focus only on me"

"Dhia ada dekat sebelah... I don't think this is the right time for us. Kita boleh tunggu malam, kan?" pujuk Wardah.

Tengku Hamizan akhirnya mengalah. Lagipun bila-bila masa sahaja orang boleh lalu di hadapan bilik mereka. Lagi-lagi Noah. Ada sahaja yang mahu didengar dan diperhatikan nya.

"Sorry" ucap Tengku Hamizan dan kembali ke posisi duduk.

"Bukan salah awak pun. Normal lah tu. Tapi mungkin malam ni saya takkan dapat lari dari awak. Am I right?"

"Absolutely"

Gadis itu tergelak. Baru dua hari menjadi isteri kepada Tengku Hamizan, dia sudah rasa keselesaan itu. Padahal selama ni mereka saling membenci.

Kalau diikutkan, Tengku Hamizan ini tak ada lah sekejam yang disangka kan. Cuma kena pandai pujuk je.

"Saya sambung kemas dulu" pinta Wardah.

Tapi sekali lagi dia ditahan Tengku Hamizan.

"Can I at least get a kiss?"

Terbeliak biji mata Wardah tatkala mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Tengku Hamizan itu.

"What-"

Bibir Wardah terus dikucup lembut oleh lelaki itu. Wardah yang terkejut itu terpaksa melayan dan menerima perbuatan tersebut.

Lama mereka dalam keadaan itu sehingga Wardah sendiri minta untuk dilepaskan kerana tidak cukup nafas.

Mereka menatap mata sesama sendiri.

"That feels nice" ucap Tengku Hamizan.

Muka Wardah naik merah. Dia terus berjalan menuju ke arah almari dan mengemas kesemua baju yang bersepah.

"You're blushing"

"I am not"

"Nasib baik comel"

Wardah menghiraukan kata-kata suami nya itu. Makin dilayan nanti, makin banyak pula karenah nya nanti!

God, I think I might love him...
































Naqib masih dengan hati yang terluka dan sejak akhir-akhir ini dia selalu menyendiri. Bila ditanya hanya sepatah sahaja jawapan diberi.

Dia kembali melihat gambar yang dimuat naik di akaun Twitter milik Wardah itu. Hampir setiap hari. Setiap jam. Setiap minit!

Gambar Wardah yang berseri-seri sewaktu akad nikah itu sangat menggores hati nya. Sepatutnya yang melafazkan nama penuh gadis itu sewaktu akad adalah dia. Bukan Tengku Hamizan.

Kecewa.

Sangat kecewa.

"Abang, ibu panggil makan malam" kata Nureen.

"Hm"

"Makan tau. Kesian ibu masak lauk banyak-banyak tu"

"Hm"

Itu sahaja jawapan yang diberi. Sampaikan adik nya sendiri naik menyampah.

"Dahlah bang. Kak Wardah dah jadi isteri orang dah. Tak baik obses dengan yang bukan hak kita"

"Lelaki tu yang rampas Wardah dari aku"

"Apa? Rampas? Cukuplah abang. Itulah, dulu Wanie suruh petik dia awal-awal abang tak nak. Memang senang lah lelaki lain nak melamar dia masa tu. Cincin pun tak ada dekat jari"

"Kau pun tahu aku struggle cari duit masa tu. Kau masih nak salahkan aku ke?"

"Alasan. Setakat nak belikan kak Wardah sebentuk cincin pun susah ke? Yang sengkek pun jadi lah untuk nak tanda dia tu. Nak tunang pun tak perlu jemput ramai orang. Abang yang bodoh masa tu. Lepas orang lain dah dapat dia, tahu pula meroyan"

"DIAM! AKU CAKAP DIAM!"

Bahu Nureen sedikit terhinjut akibat jeritan abangnya itu.

"Ya Allah, dah kenapa kamu berdua ni? Setiap hari nak bergaduh" tegur encik Firdaus.

"Ayah tengok lah abang ni. Tak habis-habis meroyan. Susah sangat nak lupakan kak Wardah tu" adu Nureen.

"Kau tak ada dalam situasi aku, kau pandai lah cakap. Nanti bila kau dah besar, dan masa tu kau dah ada pasangan sendiri, aku harap dia buat benda yang sama macam Wardah buat pada aku. Biar kau rasa apa aku rasa"

"Astagfirullahaladzim, Naqib... Sudah lah tu. Nureen, kau pergi masuk makan dulu. Jangan nak huru-hara kan lagi keadaan. Satu kampung boleh dengar suara kau berdua ni" kata encik Firdaus.

Nureen menurut. Dia juga malas hendak melayan perangai gila si Naqib tu. Makin menjadi-jadi!

Naqib menjeling. Dia kembali merenung gambar Wardah di telefon bimbit. Mustahil dia mampu lupakan bekas teman wanitanya itu dengan cepat.

Gadis itu lah yang selalu menemani dirinya dahulu sewaktu susah dan senang. Tahu-tahu, dah berkahwin dengan yang lain.




_

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now