Wardah dan Naqib bermain mata di warung tersebut. Sudah hampir 10 minit mereka tidak bersuara. Yang seorang ini mahukan penjelasan, yang satu lagi pula takut untuk menjelaskan.
Wardah menggigit bibir bawahnya. Berfikir bagaimana hendak jujur tentang perkara ini.
"Kenapa awak macam takut je nak bagi tahu perkara sebenar? Ada yang tak kena ke?" tanya Naqib.
Wardah tersentak.
"Mana ada takut! Saya malu je bila berjumpa dengan awak. Yelah, kan kita dah lama tak bersemuka"
Naqib tersenyum melihat reaksi Wardah itu. Dia sengaja mahu menguji kekasih hatinya itu.
"Comel" balas Naqib.
"Siapa?"
"Bakal isteri saya"
Gadis itu menelan liur serta merta. Apa lah agaknya yang akan terjadi kalau dia memberitahu perkara sebenar? Wahai Naqib, bakal isteri yang awak katakan ini bakal jadi bakal isteri orang lain!
"Pandai awak bergurau ye, Naqib"
"Tak. Saya jujur. Dari dulu sampai sekarang, awak seorang sahaja yang mampu buat saya cair"
"Terima kasih. Awak pun tetap handsome macam dulu" Malas Wardah hendak memuji lebih-lebih. Tak mahu dirinya itu memberi harapan palsu yang lebih banyak lagi kepada Naqib.
"Jadi, siapa lelaki tu?" soal Naqib.
"Awak betul-betul nak tahu?"
Lelaki itu mengangguk perlahan. Matanya hanya tertumpu pada gadis di hadapannya itu.
"He's Tengku Hamizan. My future husband"
KRAK!
Hati Naqib seolah-olah retak apabila mendengar balasan daripada Wardah itu. Sakitnya waktu itu tidak dapat diungkapkan. Sakit. Sangat sakit.
"Awak bergurau kan?" soal Naqib. Wardah menggeleng.
"Tapi kenapa? Apa yang tak cukup lagi Wardah?"
"Awak dah terlalu cukup untuk saya, Naqib. Saya betul-betul minta maaf. Anggap sahaja kita tak ada jodoh"
"Sakit"
"Saya minta maaf"
"Kenapa sampai macam ni sekali awak buat saya? Saya dah berusaha sehabis mungkin untuk halalkan awak! Kita dah berjanji untuk berkahwin"
"Mungkin ada hikmahnya di sebalik perkara yang berlaku ni Naqib. Kita redha. Boleh?" pujuk Wardah.
"Saya... Dah terlalu sayangkan awak"
"Tapi perasaan sayang saya pada awak dah tak ada"
Naqib merenung tepat ke arah mata gadis itu. Marah, sedih, kecewa! Bercampur-baur perasaan Naqib pada waktu itu.
"Awak khianat saya dan awak mainkan perasaan saya. Ya Allah... Kenapa sampai boleh jadi macam ni" tersedu-sedan Naqib berbicara. Dia sedaya upaya menenangkan dirinya sendiri.
"I'm so sorry... Saya minta maaf. Tolong sampaikan maaf saya pada keluarga awak juga ye. Saya balik dulu. Assalamualaikum" ucap Wardah.
Naqib hanya mampu mendiamkan diri sehingga lah wanita itu betul-betul hilang dari pandangan nya.
Air matanya jatuh lalu diseka kasar. Dia tak mahu salahkan Wardah bulat-bulat tetapi ayat 'tiada jodoh' itu dah terlalu lapuk untuk dijadikan alasan!
"Daripada zaman sekolah aku dengan kau Wardah. Alasan tiada jodoh kau bagi? Ke kau memang perempuan materialistik? Nak lelaki kaya je?" ucap Naqib.
Wang berjumlah rm5 ditinggalkan di atas meja untuk membayar air yang dipesan tadi. Naqib pantas berjalan pergi dari warung tersebut.
2 minggu kemudian
"Aku terima nikahnya Wardah Shafiyah binti Abdul Murad dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai" sekali lafaz sahaja Wardah sudah bergelar isteri kepada Tengku Hamizan.
Saksi di sebelah hanya mengangguk tanda sah. Cincin di bekas kecil itu diambil lalu Tengku Hamizan berpaling ke arah isterinya itu.
Disarungkan cincin berlian itu di jari manis Wardah. Mereka berdua hanya menunjukkan senyuman palsu.
Wanie menjeling tajam.
Sial. Sepatutnya Tengku Hamizan jadi milik aku. Bukan kau! Apa yang aku nak, semua kau dapat dulu. Tunggulah nasib kau.
Getus hati Wanie. Pantas dia bangun dari posisi duduk dan keluar dari situ. Makin lama dia melihat pasangan itu, boleh terbakar matanya!
"Mama happy sangat sebab Wardah dapat tunaikan permintaan mama" kata Hajah Shahidah.
"Mama, it's okay. Kalau mama gembira, Wardah lagi gembira" jawab Wardah.
"Perkahwinan ni bukan terpaksa kan, Wardah?"
"Of course not mama. Kami kan dah mula rapatkan diri sejak balik dari rumah mama hari tu. Masing-masing dah mula ada perasaan cinta" sampuk Tengku Hamizan.
Wardah mengangguk perlahan tanda menyokong.
"Baguslah kalau macam tu. Mama tak nak kamu berkahwin atas kertas je. Bukan apa, takut lepas mama dah tak ada... Kamu berdua sepakat nak berpisah"
Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Tengku Hamizan tersenyum manis. Jari jemari Wardah dipegang lembut.
"Hamizan sayang Wardah macam nyawa Hamizan sendiri" ucap Tengku Hamizan bersungguh.
"Amboi pasangan dua sejoli ni, sweet betul!" tegur Mak Som.
Mereka tergelak serentak. Ada ada sahaja Mak Som ni!
Noah mengetap bibir. Hatinya panas! Dia keliru dan kecewa pada masa yang sama. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapa?
Songkok dikepala diambil lalu dicampakkan ke dalam kereta. Dia kembali berdiri di hadapan masjid untuk berjumpa sahabat baiknya itu.
Bukan main happy lagi Noah melihat mereka berdua. Tak sedar agaknya ada hati yang sedang hancur berkecai kerana mereka?
"Noah... Hamizan panggil tu. Dia ajak bergambar" tegur Wardah.
Noah menjeling dan menghiraukan gadis itu.
"Kenapa ni? Awak okay? Ada yang tak kena ke?"
"Diamlah. Tak payah sibuk-sibuk nak tahu"
"Noah? Saya ada buat salah pada awak ke? Kalau ada, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja"
"Tak sengaja awak cakap? Awak berkahwin dengan Hamizan tu tak sengaja ke?" soal Noah.
Wardah mengerut dahi.
"Awak marah?"
"Memang lah saya marah! Saya yang berjuang, orang lain yang dapat!" tengking Noah.
Bahu Wardah tersentak. Terkejut dengan reaksi lelaki itu.
"Eh kau apahal ni, Noah? Rileks lah. Malu lah ramai tengok" Tengku Hamizan datang untuk meleraikan pergaduhan di situ.
"Kau cakap dengan aku sekarang. Since when?"
"Aku sendiri tak tahu Noah. Benda ni jadi tanpa dijangka. Dekat rumah nanti aku explain semua. Aku janji"
Wardah menundukkan kepala. Memang perkahwinan yang dipaksa ini tak akan bahagia. Ada je benda yang tak kena.
Ya Allah, kalau betul lah lelaki ini jodoh hingga akhir hayat ku... Kau permudahkanlah segala urusan ya Allah.
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...