Noah berhenti di hadapan rumah Wardah. Memang Tengku Hamizan sendiri yang suruh dia menghantar gadis ini ke rumah. Macam magik pula. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba mood majikannya itu baik.
"Terima kasih hantar saya" ucap Wardah.
"Sama-sama. Mak awak ada rumah ke? Gelap aje saya tengok"
"Ada. Cuma lepas pukul 9 tu, masing-masing dah masuk tidur. Esok pagi kena bangun awal."
"Oh."
"Saya masuk dulu" Wardah meminta diri.
"Um Wardah. Saya nak jumpa mak awak esok boleh? Tak kisahlah sesiapa pun. Yang penting saya nak jumpa keluarga awak"
"Ha? Kenapa pula awak ni. Keluarga saya biasa-biasa je. Tengok rumah ni. Memang bukan taraf awak nak jejak. Saya risau awak tak selesa nanti"
"Tak apa. Saya tak kisah. Boleh ye? Saya jumpa tak lama pun. Nak berborak sekejap je. Kalau boleh, lepas awak balik kerja nanti" jawab Noah.
Wardah tertawa. Pelik betul lah Noah ni!
"insya-Allah ... Nanti saya bagitahu mak saya. Dah, saya masuk dulu. Hati-hati bawa kereta"
"Alright"
Lalu Wardah berjalan masuk ke dalam rumahnya. Noah hanya memerhati kan gerak geri Wardah sehingga lah gadis itu betul-betul selamat masuk ke rumah.
Dia tersenyum menampakkan gigi.
"God, she's so beautiful" gumam Noah dan terus memecut laju kereta yang dibawa itu di jalan raya.
Daniel duduk memegang kepala di meja kerjanya. Banyak betul pesakit hari ni. Tak boleh rehat langsung.
Tutt tuttt
Telefon berdering tanda panggilan masuk.
"Hey"
"Hi, Daniel. How are you? Busy ke? I ada kacau you ke?"
"Tak, sayang. Kenapa ni?"
"You lupa? Kita kan nak ambil baju wedding esok. So, how?"
"Baju wedding?"
"Yess. Hurm. Lupa lah tu. Dulu you yang excited sangat nak kahwin. Now, semua benda you lupa kan."
"Tak, I banyak kerja. Ramai sangat pesakit hari ni. Itu yang terlupa. Okay, esok I jemput you dekat rumah. Kita pergi sama-sama"
"Hurm. Yelah. Petang tu kita terus gerak. I malas nak tangguh-tangguh lagi. Makin pening nanti. See you!"
Panggilan ditamatkan. Telefon bimbit diletakkan di dalam almari. Kalau dah kahwin nanti, lagi banyak bebanan yang melanda Daniel itu.
Dia bukannya seorang CEO syarikat yang boleh suka-suka minta cuti ataupun bercuti. Doktor! Setiap hari pesakit-pesakit yang berlainan serbu masuk hospital ini.
"Haih. Kalau lah aku tak desak dia dulu, mesti tak pening kepala macam ni" bebel Daniel berseorangan.
Tengku Hamizan menyemak fail yang diberikan oleh pembantu peribadinya.
"Perjanjian dengan Dato' Khairul ni, dah lama sepatutnya dibincangkan kan? Tapi kenapa dia tak pernah datang ye? Dah cuba call dia?" soal Tengku Hamizan kepada Amanda.
"Maaf Tuan, saya dah sedaya upaya hubungi Dato'. Tapi satu panggilan pun tak terjawab. Even pembantu nya sendiri tak menjawab." jelas Amanda.
"Oh. ye ke? Kalau macam tu, batalkan sahaja lah. Saya boleh je cari orang lain untuk menaikkan syarikat ni"
"Betul ke Tuan nak batalkan? Tuan sendiri tahu pengusahaan Dato' Khairul dan Tuan tu boleh buat company kita naik serta merta."
"Awak nampak macam dia nak bekerja dengan kita ke? Tak kan. Batalkan je." Fail ditangan dicampak ke atas meja.
"Baiklah" jawab Amanda lalu dia berlalu keluar dari pejabat peribadi Tengku Hamizan.
Tok tok tok
Noah masuk dengan selamba.
"Kau kenapa? Tak ada kerja?" tanya Tengku Hamizan.
"Lawa juga Amanda tu ye. Apasal kau tak jadikan bini je?"
"Kalau aku berkenan, dah lama aku angkut dia."
"Faham ... Eh, petang ni aku nak datang rumah Wardah. Kau nak ikut?"
"Wardah? For what?"
"Tak tahu lah. Aku rasa macam nak kenal dengan rapat lagi keluarga dia tu. Kalau hati mak dia aku dah dapat, hati anak dia pula lah lepastu kan?" kata Noah lalu tertawa sendiri.
Tengku Hamizan menelan liur. Tak sangka pula dia yang Noah tu ada hati pada Wardah. Tapi, dia tak boleh biarkan macam tu je. Wardah memang perlu berkahwin dengannya dan bukan Noah.
"Tak payahlah. Kau duduk je dengan aku petang ni. Bosan lah tak ada kawan nak borak" halang Tengku Hamizan.
"Lah ... Selalu kau okay je kan? Kau ni. Asal sebut nama Wardah je, kau tak suka. Kau kenapa sebenarnya?"
"Mana ada lah. Aku betul-betul tak ada kerja petang ni. Kau teman aku eh."
"Mizan, aku dah janji dengan Wardah lah. Kau janganlah buat aku macam ni"
"Esok-esok kan ada. Bukan lari pun Wardah tu. Dia elok jaga Dhia dekat rumah. Lain kali je lah"
"Tapi-"
"Aku belanja kau makan. Tak pun kita main golf. Semua aku belanja. Kau kan dah lama tak santai-santai kan ..." ugut Tengku Hamizan.
Noah memandang pelik.
"Kau ada rahsia lagi ke yang tak bagitahu aku ni? Lain macam je aku tengok"
"Mana ada, Noah. Buat apa nak berahsia dengan kau."
"Betul?"
Tengku Hamizan mengangguk yakin.
"Okay lah macam tu. Nanti aku cakap dengan Wardah yang kita orang tak jadi jumpa"
"Good. Now, aku belum rasa kesepian lagi. Kau balik lah dulu. Petang nanti datang balik" arah Tengku Hamizan.
Sah! Memang ada yang tak kena si Hamizan ni!
"Yelah." balas Noah dan terus melangkah keluar.
Nafas lega dihembus oleh Tengku Hamizan. Patut ke dia rahsia kan benda ni? Tapi kalau dia jujur, Noah yang dapat sakit. Ke sebelum ni memang mereka saling bermain hati?
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...