bab 19

146 9 0
                                    

Wanie memerhatikan lelaki itu serta kakaknya yang sedang kusyuk berborak di bawah pokok itu. Hati nya berasa hairan. Apa yang penting sangat nak dibincangkan? Apa kena mengena Wardah dengan lelaki itu?

"Aku tak suka dia" kata Puan Wati.

"Oi terbang mak kau!" Wanie terkejut dengan suara mak nya yang tiba-tiba sahaja menegur itu.

"Mak ... Nasib baik Wanie tak mati tau" Gadis itu mengusap dada sendiri.

"Walau apa pun keadaan, aku tak suka kakak kau berjumpa dengan dia. Harapkan rupa je handsome, tapi tak ada adab!"

"Dia tak sengaja kut buat mak macam tu masa dekat kedai Mak Som tadi ... Mungkin dia nak cepat."

"Kalau nak cepat pun, atleast minta maaf tu tolong beradab sikit. Tadi pun bukan dia nak tolong angkat balik bakul aku yang jatuh tu. Memang kurang ajar budak ni."

"Hmm .. whatever  lah ... Yang penting dia handsome. Wanie dah mula jatuh cinta lah dengan dia ... "

"Banyak lah kau" Puan Wati menolak perlahan dahi anak bongsunya itu lalu masuk ke dalam rumah.

"Aku rasa lah kan ... Jodoh aku memang dah sampai lah. Yelah, aku kan cantik. Kena lah dengan muka dia yang elok tu. Hik!" ujar Wanie sendirian.

Pergh! Berangan je lebih.






















"So, how?" soal Tengku Hamizan.

"Saya tak boleh berkahwin dengan encik Hamizan. Memang tak boleh!"

"But, why Wardah? Apa kurangnya aku? Duit ada, rumah ada, kereta ada, syarikat sendiri pun ada. Cuma sebelum ni aku ada seorang isteri dan kami dah bercerai."

"Saya tak pandang semua tu lah"

"Then, what?"

"Tak ada cinta di antara kita... Tolonglah faham. Bukan encik seorang je yang ada masalah. Saya minta maaf pada encik dan tolong sampaikan maaf saya pada mama juga. Saya dan encik terpaksa kecewakan dia buat kali ni" jawab Wardah.

"Okay how about Dhia? Dia dah selesa sangat dengan kau. Dia dah anggap kau mommy dia. Kau nak kecewakan dia sekali?"

"Tak ada kena mengena lah. Status saya cuma seorang penjaga pada dia. Encik Hamizan janganlah salah faham."

"Wardah, please ... Mama sakit! Kanser tu, bila-bila je boleh jadi teruk! Aku dah penat nak kecewakan dia lah! So, please ... Kahwin dengan aku. Kalau kau tak boleh terima sekali pun, atleast kita kahwin dulu. Nanti kita cari jalan untuk bercerai."

"Apa encik Hamizan merepek ni? Encik ingat saya ni apa? Murah betul encik anggap saya kan? Mentang-mentang lah saya miskin. Encik boleh cakap lepas macam tu je" marah Wardah.

"Habis kau nak buat apa supaya aku dapat berkahwin dengan kau? Dalam situasi sekarang ni, aku yang nampak hina dekat mata kau. Kau langsung tak bagi aku peluang."

"Play victim? Are you?"

Tengku Hamizan menguak anak rambutnya ke belakang lalu tangan kanannya mencekak pinggang.

"Wardah Shafiyah ... Marry me?" lamar Tengku Hamizan.

"Oh. Kau nak aku melutut? Boleh, aku buat. Asalkan kau dapat terima aku" sambungnya.

Wardah mengerut dahi.

"Tak perlu. Encik melutut atau encik berbaring ke, saya tetap tak akan terima. Baik encik balik, sebelum mak saya bawa senjata dia pukul encik sampai lunyai dekat sini" kata Wardah.

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now