Wardah duduk berehat di salah satu warung berdekatan setelah penat mencari kerja . Ingatkan hari ini dapat , rupanya sama sahaja seperti hari hari sebelum ini .
Susah sangat ke orang nak ambil dia sebagai kuli ? Bukan dia ini tidak cukup sifat atau cacat otak . Masih normal . Tak akan lah sebab pakaian , mereka tidak mahu mengambil Wardah bekerja .
"Minum?" Seorang wanita tua yang hampir sama umur dengan arwah neneknya datang mengambil order .
"Air kosong sahaja lah nek"
"Tak nak makan?"
"Err .. saya dah kenyang . Tak apa . Terima kasih"
"Okay" lalu mak cik itu berjalan pergi sambil tersenyum .
Wardah mengipas lehernya menggunakan tangan . Panas sungguh hari ini . Boleh terbakar kulit !
Dalam pada masa yang sama , seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an itu merenung Wardah dengan senyuman yang nakal sambil bermain-main dengan janggutnya .
Apahal dia ni ? Tak ada kerja ke ?
Wardah mengalihkan pandangan dan menunggu airnya untuk sampai . Malas dia hendak melayan lelaki yang tidak dikenalinya itu .
Tidak lama lepas itu , air yang dipesan sampai di atas meja . Pemilik kedai itu sempat memberitahu Wardah bahawa air kosong itu tidak perlu dikenakan bayaran .
"Ehem , kau baru pindah sini ke?" tanya lelaki tersebut .
Wardah menoleh . Ye . Itulah lelaki yang memandang lama dirinya daripada tadi .
"Tak , saya kebetulan lalu sini"
"Ouh .. patut tak pernah nampak .. hurm" balas lelaki itu . Wardah hanya tersenyum .
Lelaki itu merenung Wardah sekali lagi . Kerusi di hadapan ditarik lalu dia duduk menatap Wardah . Gadis yang berasa tidak selesa itu cuba untuk bangun .
"Eh , nanti lah .. kita borak dulu . Apa yang kau nak takut sangat . Nama aku Fadli . Orang sini panggil aku fad . Kau?"
Wardah kembali duduk .
"Err .. Wardah"
"Owh . Erm Wardah , kau nak aku bawa kau jalan-jalan kawasan sini tak? Supaya kau dapat kenal lagi tempat ni"
"T-takpelah saya ada banyak kerja nak kena buat . Lepas habis air ni , saya kena gerak" balas Wardah tergagap-gagap .
"Alah .. sombong lah . Muka je cantik . Tapi kerek"
"Maaf .. rasanya , saya dah nak kena gerak ni . Saya pergi dulu . Assalamualaikum" pantas Wardah mengemas beg yang dibawa .
"Cik Wardah ... Sabarlah dulu ..." Fadli menggenggam kuat pergelangan tangan Wardah untuk menghalang gadis itu pergi .
"Tapi saya dah lambat .."
Fadli mula meramas lembut telapak tangan Wardah . Riak wajahnya bertukar gatal .
"Sabarlah sayang ..."
Wardah sudah menggigil ketakutan .
"F-fadli .. lepaslah .."
Sentuhan Fadli semakin rakus . Orang ramai di sekitar kedai makan langsung tidak memperdulikan mereka . Tak ada mata agaknya ! Seorang gadis yang dicabul itu hanya dibiarkan .
"Wardah .. kau janganlah takut dengan aku .. kau ni cantiklah .. aku suka .. mesti dalam kau pun cantik juga kan ? Aku dapat bayangkan betapa wanginya bau badan kau .." kata lelaki itu . Naik meremang bulu roma Wardah .
Secara jujurnya , Wardah memang seorang yang penakut . Hendak menjerit pun susah . Lagipun , kalau dia meminta tolong , tiada siapa yang akan peduli .
"Bro? Asal?" tanya seorang jejaka yang baru sahaja sampai di warung itu . Fadli menjeling lalu melepaskan lengan milik Wardah .
"Sibuk lah kau ni . Aku nak borak dengan dia pun tak boleh"
"Macam tu ke cara nak berborak ? Hormat sikit . Dia ni perempuan . Kau pegang pegang macam tu , kau ingat lawak ke?"
"Alah rileks lah . Aku bergurau je pun . Dah lah aku chaw dulu . Eish , hancur plan aku" balas Fadli lalu berlalu pergi .
Wardah tertunduk memegang tangan sendiri . Hampir separuh tubuhnya tidak berhenti menggigil .
"Awak okay?" tanya Noah . Wardah mengangguk perlahan .
"Terima kasih .." balas Wardah .
"Ouh , tak apa . Awak baru pindah sini ke?"
"Tak .. saya nak cari kerja kat sini"
"Erm . Lain kali hati hati sikit . Dekat bandar ni , orang memang banyak tak ambil kesah . Awak kena berani . Kalau tak , jadi macam tadi lah . Nasib baik lah saya nampak . Kalau tak , mesti awak dah kena jual dengan 'bapak ayam' kat kawasan ni"
"Ha ? B-betul ke encik?"
"Iyee .. jadi , hati hati ye"
"Urm . Terima kasih sekali lagi"
"Sama sama" balas Noah lalu tersenyum .
Dari arah jauh , Dhia berlari laju menuju ke arah Noah . Anak patung kegemaran nya juga turut dipegang .
"Uncle Noah , kenapa lama sangat ? Daddy dah lapar tu" tegur Dhia .
"Kejap sayang . Uncle baru nak pesan makanan . Aunty ni kena kacau dengan orang jahat tadi"
" Hurm? Eh? Aunty!"
Dhia datang memeluk Wardah . Gadis itu hanya membalas pelukan Dhia yang senang berjumpa dengannya .
"Hi Dhia .. Dhia sihat?"
"Sihat je .. daddy dah janji tak nak marah Dhia lagi . Hehehe"
"Kejap , awak kenal Dhia?" soal Noah .
"Ye . Kami pernah bertegur sebelum ni . Tak sangka pula jumpa lagi . Takdir Tuhan kan"
"Haah uncle . Aunty ni lah yang selamat kan Dhia masa daddy marah Dhia . Aunty ni baik sangat ! Dhia suka !"
"Eish .. pandai jelah Dhia ni . Kalau macam tu , Dhia duduk dengan aunty kejap . Uncle nak order makanan ni . Jangan nakal nakal tau" arah Noah . Dhia hanya mengangguk laju .
"Awak boleh tolong pantau dia sekejap kan?"
"Eh , boleh je . Awak pesan lah makanan tu cepat . Nanti orang dalam kereta tu mengamuk pula" perli Wardah . Noah hanya tertawa kecil lalu pergi memesan makanan .
Dhia yang duduk di pangkuan Wardah itu bermain dengan anak patungnya sendiri . Wajah yang bahagia itu ditatap Wardah . Comel betul budak ni . Siapalah mommy dia kan ? Mesti cantik !
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...