Pagi bertukar menjadi malam. Majlis nikah sudah selesai dan Wardah telah pun memikul tanggungjawab nya sebagai seorang isteri. Tiada lagi zaman anak dara.
Majlis bersanding pula ingin buat minggu depan. Tengku Hamizan tidak mahu terlalu tergesa-gesa. Dah sah dah pun. Kalau tak bersanding pun tak apa.
Wardah diarahkan oleh suaminya untuk tinggal bersama-sama terus. Hal puan Wati dan Wanie pula, Tengku Hamizan sendiri akan uruskan. Pandailah dia belikan sebiji rumah besar untuk mereka.
Setakat bagi duit ribu-ribu sebulan memang tak ada hal lah.
Krekk
Pintu bilik dibuka. Lelaki itu masuk ke dalam lalu merenung tajam ke arah Wardah.
"Noah dah okay?" itulah soalan pertama yang disoal Wardah.
"Aku dah jelaskan semuanya tadi. Dia nampak marah sangat. Yelah, selama ni pun dia ada perasaan pada kau"
"Saya tak pernah tahu semua tu"
"Lama-lama dia okay lah tu. Lagipun kita dah kahwin. Tak akan lah dia nak rampas isteri kawan baik sendiri kan?" balas Tengku Hamizan.
"Dan awak kena ingat yang kita kahwin sebab terpaksa je. Lepas kita cerai nanti, mungkin jodoh saya dengan Noah. Kita tak tahu kan"
"What are you trying to say, Wardah?"
"Fakta"
"Kita tak akan bercerai. Aku tak nak mama mati"
"Yep. Dia antara dua je. Sama ada mama panjang umur dan kita pun dipanjangkan jodoh atau mama pergi dan kita bercerai"
"Kejam"
"Who? Me? Listen, daripada awal lagi saya tak nak berkahwin dengan awak. Tapi awak paksa saya! Saya tak ada pilihan langsung. Kalau saya tak terima, mesti awak pecat saya kan? Apa saya boleh buat? Saya ni miskin"
"Jadi itulah plan kau? Kau nak duit aku je?"
"Jangan jadi bodoh lah. Saya kerja dengan awak. Bukan dapat free. Kira baik saya setuju nak kahwin dengan awak. Itupun sebab kesian pada Dhia dan mama. Lagipun, kita memang tak ada cinta langsung. Tak payah nak pertahankan sangat perkahwinan paksa ni" kata Wardah.
"Fine! It's up to you"
"Satu je saya minta daripada awak..."
"What?"
"Tunaikan janji awak. Sayang dan jaga saya walau apa pun cabaran yang melanda. Kahwin ni bukan perkara yang main-main. Kalau betul awak nak kan kebahagiaan, kita usaha sama-sama. Boleh?"
"Complicated juga kau ni kan?"
"Bahagia atau tidak, semua nya ada pada kita. Kalau awak dah tak tahan sangat dengan saya, awak ceraikan saya dan carilah alasan yang munasabah"
"Alright, aku setuju. Aku buat ni pun sebab mama je. Kau pun sama, jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri yang baik"
"Saya cuba"
"Good. Aku penat. Nak rest" balas Tengku Hamizan.
Lelaki itu mengambil bantal nya lalu menuju ke arah sofa bersebelahan katil.
"Awak nak tidur situ?" soal Wardah.
"Daripada aku tidur sebelah kau, tak lena aku nanti"
Wardah membisu.
Lelaki itu sempat membaca surah Al-Ikhlas beserta selawat sebelum melelapkan matanya. Wardah juga penat hendak melayan drama Tengku Hamizan itu lalu dia turut memejamkan matanya.
Lama-kelamaan, mereka berdua terlena bersama.
Riyana mencampak beg nya di atas kerusi kafe tersebut. Serabut kepalanya melihat gambar yang dimuat naik di akaun Twitter milik Wardah dan Tengku Hamizan. Ingatkan dirinya dulu yang akan berkahwin, tetapi dibatalkan.
"What's wrong with you, Riyana?" tanya Daniel.
"You jangan nak buat-buat tak tahu lah. Kita janji kahwin bila? Sampai sekarang pun majlis tu tak berlangsung! Kita ni nak kahwin ke tak nak?"
"Sabar lah... Memang hari tu nak buat kan? Tapi sebab papa tiba-tiba ada hal dekat luar negara. Tu yang tak dapat teruskan. Takkanlah kita nak paksa pula"
"You tahu kan Hamizan dengan Wardah dah nikah?"
"Tahu"
"I cemburu lah. Sepatutnya kita dulu"
"Sorry. Minggu depan kita pula kan? Tak payah risau. Kali ni mesti jadi punya. Kalau ada benda lagi yang tak kena, kita terus ke pergi masjid lepastu akad nikah. Tak payah tunggu orang ramai"
"Really?"
"Yes"
"Hm, thanks babe"
"Welcome. Dah tak payah nak stress sangat. You nak makan apa? Pesan je. Nanti sugar daddy you ni tolong bayarkan"
"Ish! Jahat!"
Daniel tergelak. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Riyana asalkan gadis itu happy. Susah dia nak cakap yang dia terlalu sayangkan gadis itu. Tapi kalau tengok lama-lama, naik menyampah juga.
Jangan risau, tak ada lah sampai tawar hati lagi. Bukan main susah dia nak dapatkan riyana dulu. Takkanlah nak sia-siakan pula kan?
Dhia bersiap-siap untuk memulakan pelajarannya bersama guru peribadinya di ruang tamu. Kotak pensil berwarna biru muda itu diletakkan di atas meja.
"Morning, baby" ucap Noah yang baru sahaja turun dari tangga itu.
"Morning, uncle Noah. Where's daddy and mommy? Tak bangun lagi ke?"
"Rasanya dah kot. Mungkin tengah nak bersiap lah tu. Awal lagi ni. Dhia yang bangun cepat sangat"
"Hehe. Dhia tak sabar nak belajar hari ni. Lepastu boleh jalan-jalan dengan mommy!" balas Dhia.
Noah tersenyum pahit.
"Awalnya Dhia bangun hari ni? Ada apa-apa yang best ke?" soal Wardah.
"Eh, mommy!" Dhia berlari ke arah Wardah dan terus memeluknya.
"Dhia excited sangat sebab aunty dah jadi mommy Dhia! Lepas ni, tak ada lah Dhia duduk rumah sorang-sorang"
Wardah tertawa kecil. Dhia nampak teruja sangat. Mungkin dah lama tak merasa ada mommy di sisi. Dapat pula yang baik seperti Wardah ini. Memang seronok lah budak itu.
"Noah, teman aku pergi ofis sekejap. Nak ambil barang" kata Tengku Hamizan yang juga baru keluar dari bilik itu.
"Hm" ringkas jawapan Noah. Mereka semua tahu yang Noah masih marah.
"Dhia duduk rumah dengan mommy okay?"
"Boleh!"
"Good girl. Nanti daddy belikan snek untuk Dhia. Jangan nakal-nakal"
"Okay, daddy. Take care!"
Tengku Hamizan mencium dahi Dhia manakala rambut milik Wardah diusap sebelum pergi.
Gadis itu agak terkejut. Nak rasa pelik, tapi dah sah jadi suami isteri. Lagipun memang Tengku Hamizan dah berjanji untuk jadi suami yang baik kan?
Wardah tersenyum sendiri. Dia teringat akan layanan suaminya dulu sewaktu mula-mula dia menjejakkan kaki di sini. Bukan main kasar lagi!
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...