bab 23

100 8 0
                                    

"Assalamualaikum! Cik Wati ... Ohh cik Wati!" ucap Naqib. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah milik puan Wati itu.

Pantas Wardah membuka pintu sebaik sahaja mendengar suara Naqib. Habislah! Tengku Hamizan ada dalam rumah tersebut!

"Waalaikumussalam... Naqib?" balas Wardah.

Naqib memandang ke arah gadis itu dengan pandangan yang penuh dengan cinta. Sudah lama dia tidak merenung wajah pujaan hatinya itu.

Lama keadaannya begitu. Kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk gadis itu serta merta. Tapi dia tahu hukum dan dosa jika berbuat demikian.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Wardah membuatkan Naqib berhenti merenung.

Lelaki itu berdehem perlahan.

"Saya datang nak jumpa awak lah. Dah lama kita tak keluar sama-sama. Saya ingat nak bawa awak pergi bandar sekejap" jawab nya lembut.

"Oh yeke. Tapi saya tak boleh ikut awak keluar lah. Saya ada banyak kerja nak kena buat"

"Alah, tak kan lah sekejap pun tak boleh. Kita dah lama tak jumpa kut"

"Lain kali ajelah Naqib. Saya betul-betul banyak kerja sekarang ni" tipu gadis itu.

Ada juga perasaan serba-salah yang muncul di dalam dirinya. Melihat wajah Naqib yang kecewa itu sahaja sudah membuatkan dia sedih.

"Hey love... Apa yang lama sangat dekat luar ni?" tanya Tengku Hamizan dan pantas tangannya memaut bahu milik Wardah.

Mereka berdua terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Tidak dengan itu, hati Naqib terasa panas melihat perbuatan Tengku Hamizan terhadap kekasih nya itu.

"Siapa ni Wardah? Suka hati dia je pegang anak dara orang" kata Naqib.

Tengku Hamizan tersenyum sinis. Tak sangka pilihan hati bakal isterinya itu seperti ini. Tak ada class langsung. Budak kampung yang tiada pelajaran!

"Awak, saya rasa better awak masuk dulu. Saya tak nak benda ni jadi lebih besar" ujar Wardah kepada Tengku Hamizan.

"Alright... Anything for you, my love" Tengku Hamizan sempat mengenyit mata sebelum masuk ke dalam.

Wardah sudah mahu muntah melihat aksi tersebut. Dah gila ke apa dia tu? Sengaja nak bagi orang sakit hati!

"Wardah? Siapa dia?" tanya Naqib.

Oh ya!

Gadis itu hampir terlupa tentang kedatangan Naqib. Dia terlalu geram terhadap majikannya itu sebentar tadi! Nasib baiklah Naqib ini seorang yang penyabar. Kalau tidak, pasti dirinya dalam bahaya.

"Tempat ni tak sesuai untuk saya beritahu siapa lelaki itu. Esok kita jumpa di warung depan surau tu boleh? Nanti saya jelaskan semuanya" pinta Wardah.

"Saya tunggu awak, Wardah" balas Naqib.

Gadis itu mengangguk perlahan.

"Saya harap dia bukan penghancur hubungan kita. Saya tak sanggup hilang awak" sambung Naqib lalu berjalan menuju ke arah keretanya.

Sempat dia memandang Wardah yang berdiri tegak di depan pintu itu. Wajah gadis itu seolah-olah mahu memberitahu hal yang tak sanggup diungkapkan.

Naqib hanya mampu berdoa supaya perkara yang difikirkan itu tidak akan terjadi.

Mungkin panggilan 'love' yang dikatakan oleh lelaki itu hanyalah gurauan semata.

Naqib juga tahu bahawa lelaki itulah yang beria-ia melamar Wardah waktu itu.

Tetapi dia masih lagi positif. Tak akan lah Wardah sanggup melupakan janji mereka dua tahun lepas kan? Wardah bukan gadis yang kejam seperti itu. Dia kenal gadis itu.






















Noah melihat ke arah skrin telefon. Masih tiada notifikasi dari kawan nya itu. Dari petang tadi sampailah nak ke malam.

Dhia pula tidak habis-habis bertanya tentang ayahnya itu.

"Mana lah pergi si duda ni. Anak dekat rumah bukan nya nak ambil tahu. Sibuk nak mencari lah yang baru lah tu. Kalau cari kan untuk aku sekali tak apa lah juga" bebel Noah.

Tak lama kemudian, kedengaran suara enjin kereta masuk ke perkarangan rumah.

Tak lain tak bukan, mestilah Tengku Hamizan. Siapa lagi kan?

Noah berlari anak menuju ke pintu utama untuk dibuka. Banyak soalan yang perlu ditanyakan kepada bos nya itu nanti!

"Lambat balik. Lepas hantar Wardah kau pergi mana? Dengan siapa? Kenapa tak telefon? Penting sangat ke? Dhia dekat rumah ni memang dibiar kan je ke?" bertalu-talu soalan dihambur kepada Tengku Hamizan sebaik sahaja lelaki itu keluar dari kereta.

"Diam lah Noah. Aku penat ni. Dhia mana? Dia okay?" soal Tengku Hamizan.

"Ada je dekat dalam tu baca buku. Kau tahu, dia rindu sangat dengan kau. Jangan lah abaikan dia sampai macam tu sekali"

"Aku terpaksa. Banyak kerja nak kena settle"

"Ya, aku tahu. Tapi tanggungjawab kau pada Dhia tetap tak boleh biarkan macam tu je"

Tengku Hamizan tidak melayan kawannya itu sebaliknya terus melangkah masuk berjumpa dengan puteri nya.

"Hye, dear. Miss me?"

"Of course, daddy!"

"Sorry, Dhia. Banyak hal yang kena daddy buat"

"Hm. Daddy mesti penat kan? Apa kata daddy rehat dulu. Dhia nak habiskan baca buku cerita ni"

"Are you sure?"

"100% sure. Esok daddy nak kena kerja lagi. Nanti tak cukup rehat, boleh jatuh sakit!"

Tengku Hamizan tertawa kecil.

"Alright, baby. Make sure sebelum pukul 9 dah masuk tidur okay? Daddy penat sangat ni. Kalau ada apa-apa panggil je uncle or daddy"

"Okay daddy"

Lalu Tengku Hamizan berjalan menaiki anak tangga menuju ke bilik. Noah hanya menghembuskan nafas berat. Bila lah agaknya Tengku Hamizan itu mahu ada pengganti.

Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dia juga. Dhia pun pasti terurus. Tapi nak buat macam mana, banyak kali Noah menasihati kawannya itu. Tetap tak jalan!

_

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now