Hajjah Shahidah duduk di hujung birai katil sambil memegang senaskah Al-Quran . Dia tersenyum kelat . Apa lah sangat kerja di ofis itu sampai anaknya sendiri susah hendak balik menjenguk dirinya yang sedang uzur ini .
Waktu suaminya hidup dulu, tak ada lah dia sunyi begini. Hari hari tenung muka bibik tu, bosan juga . Nak keluar berjalan pun dah tak larat. Semua kerja di rumah memang di siapkan oleh pembantu rumah sahaja .
" Kalau lah abang masih hidup, tak adalah saya sunyi macam ni . Anak abang tu pun, susah betul nak balik sini . Kerja di ofis tu kan , boleh bagi pada pekerja . Apa yang susah ? " Bebel hajah Shahidah sendirian.
Wanita tua itu menahan air matanya dari keluar . Al-Quran yang dipegang diletakkan semula di atas meja bersebelahan katil .
Frame gambar keluarga itu diambil lalu direnung . Dia tersangat rindu akan kenangan bersama suami dan anaknya itu dimana waktu suaminya masih sihat walafiat dan anaknya masih bersekolah.
Memang itulah saat paling bahagia. Tapi , umur makin meningkat dan dunia kian berubah . Semuanya hanya tinggal kenangan.
Kalau lah dia boleh memutarkan masa, pasti dia akan lebih menghargai masa dulu nya itu .
" Puan, makanan dah siap . Nak saya bawa ke bilik puan ? " Tanya Shima , pembantu rumahnya.
" Tak apa lah Shima. Tak perlu. Saya tak ada selera. Kalau saya lapar nanti, saya turun ambil sendiri "
" Baik, puan. Kalau ada apa-apa, panggil sahaja saya "
" Iye " balas hajah Shahidah.
Shima memang pembantu di rumah ini sejak Tengku Hamizan kecil lagi . Umurnya juga lebih kurang sama dengan hajah Shahidah ini . Tidak pelik lah kalau mereka berdua seperti adik beradik kalau keluar bersama .
Hajah Shahidah sangat kagum akan kesetiaan Shima ini . Walau bagaimana cara dimarahi sekalipun, dia tetap bersama dan tidak pernah bosan melayan karenah keluarga ini .
Hajah Shahidah pernah menyuruh Shima berehat dan tidak perlu bekerja untuk keluarga ini lagi , tapi Shima menolak . Kononnya, dia sudah selesa dan telah menganggap keluarga hajah Shahidah ini sebagai keluarga nya sendiri .
Baguslah, tak perlu juga mereka susah susah mencari pembantu rumah yang baru .
Shima jugalah yang ada di waktu susah dan senang keluarga ini . Memang hajah Shahidah telah meletakkan kepercayaan nya seratus peratus kepada Shima . Untung betul !
Bukan senang hajah Shahidah hendak mempercayai seseorang yang dia tidak kenal . Sama lah macam anaknya Tengku Hamizan itu ...
" Mama tak sihat. Dia suruh aku balik " Tengku Hamizan duduk di seat belakang kereta lalu mencampak beg kerja nya di sebelah .
" Lah. Habistu macam mana keadaan dia sekarang ? " balas Noah .
" Aku pun tak tahu lah. Tadi dalam call , siap terbatuk-batuk lagi. Entah-entah mama saje buat macam tu sebab nak pancing aku balik sana cepat "
" Apa kau ni. Mama kau kut. Itupun nak bersangka buruk. Kau tahu kan dia ada kanser? Kau tak kesian ke? "
" Hurmm ... Yelah . Dia pesan, suruh ajak kau dengan Dhia sekali. Rindu katanya "
" Aku okay je . Memang selama ni kerja aku ikut kau kan ... "
" Malam ni dah nak kena siap . Tidur sana satu malam . Esok pagi balik sini semula "
" What ? Esok pagi balik ? Biar betul ... "
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...