bab 13

165 12 0
                                    

Pagi pagi lagi Riyana sudah bergerak ke rumah bekas suaminya. Bukan niat hendak mengganggu, tapi dia mahu memperbetulkan kesilapan. Dia ingin meminta ampun dan maaf atas dosa yang pernah dilakukan.

Ding Dong !

Loceng rumah ditekan. Pantas mak Leha yang sedang mengemas ruang tamu itu datang membuka pintu.

" Hai mak Leha. Mak Leha sihat? " tegur Riyana.

" Sihat, Alhamdulillah ... Cik Riyana cari Tengku ye? "

" Haah ... Boleh Riyana jumpa dia? "

" Maaflah Cik Riyana. Tengku tak ada. Dia balik rumah mama dia. "

" Owh, yeke. Saya tak tahu pula. Dia pergi sorang ke? "

" Eh ... Taklah. Noah dan Dhia ikut sekali. Wardah pun dia ajak sekali "

Riyana memandang pelik. Wardah?

" Hamizan ajak Wardah ikut sekali? "

" Iye Cik Riyana ... "

" Urm, tak apa lah macam tu. Saya datang ni pun, nak jemput mereka datang majlis kahwin saya nanti. "

" Cik Riyana nak kahwin? " soal mak Leha dengan nada yang teruja.

" Ofcourse ! With Doctor Daniel. Mak Leha tak kan tak tahu kot "

" Ye tak ye juga ... Tahniah. "

" Terima kasih. Mak Leha jangan lupa datang sekali tau. Meriah kan lagi majlis Riyana tu. Dahlah, Riyana minta diri dulu. "

" Baiklah "

Riyana mengatur langkah masuk ke kereta semula.

" Bukan main mesra lagi Hamizan dengan Wardah tu ye. Senang betul dia percaya kan perempuan tu " kata Riyana sendiri.

Bukan niat nak dengki. Sakit hati pun tidak. Cuma hairan. Tengku Hamizan bukan jenis manusia yang mudah percayakan orang sekarang ni.

" Tapi, kalau diorang berkahwin pun ... Apa salahnya? Dah tak ada kena mengena dengan aku. Hamizan pun dah tawar hati sangat kan pada aku. Elok lah tu ... "

Riyana menghidupkan enjin kereta lalu terus memecut laju kereta nya itu keluar dari perkarangan rumah Tengku Hamizan.




















Wardah duduk di pondok yang dibina berhampiran rumah Hajah Shahidah sambil memerhatikan Dhia bermain bersama haiwan-haiwan ternakan di situ.

Udara segar di pagi hari dihirup dengan wajah yang tenang. Dah lama dia tidak merasai suasana begini.

" Wardah ... " panggil Hajah Shahidah.

" Eh, makcik ... " balas Wardah lembut. Hajah Shahidah tersenyum lalu duduk berhadapan gadis itu. Kuih-muih yang dibawa itu diletakkan di tepi.

" Umur Wardah berapa? Nampak muda sangat ... "

" 20 tahun mak cik ... Saya tak sambung belajar. Sebab tu saya bekerja "

" Kenapa? "

" Saya tak mampu ... "

Hajah Shahidah mengangguk faham.

" Dah berkahwin ke? "

" Huh? Ouh, belum. Saya tak pernah terfikir pun nak berkahwin ... Saya tak bersedia lagi. Lagipun, siapa je nak orang macam saya ni kan? "

" Ish apa cakap macam tu. Ada aje. Wardah bukan nya tak cantik. Baik pula tu. Jaga budak pun pandai. "

Wardah tersenyum malu.

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now