Noah memandang ke arah Wardah yang kusyuk menjaga Dhia di ruang tamu itu. Bibirnya sudah lebih 10 kali mengukir senyuman.
Dilamun cinta?
Oh tidak! Lelaki yang bernama Noah Asyraf ini sudah lama tidak merasai perasaan cinta sejak kekasih nya yang terakhir meninggalkan dirinya itu.
"Kau pandang apa?" tegur Tengku Hamizan yang baru sahaja keluar dari dapur. Gelas yang berisi air kosong itu diteguk.
"Wardah" jujur Noah.
"Kau suka dia?"
"Maybe"
Tengku Hamizan tersedak sedikit air yang diminum nya itu.
"Kau? Suka perempuan tu? Biar betul? Dah tak ada orang lain agaknya"
"Ala Mizan. Kalau aku nak jadikan dia bini pun, kau bukan ada hak nak menghalang kan?"
"Bini? Hurm. Memang tak lah" kedengaran sedikit nada cemburu di bibir Tengku Hamizan.
"Apasal pulak? Kau tak restu? Lagipun, kau bukan suka dia pun. Kalau dia kahwin dengan aku, mesti bahagia hidup dia. Tapi kau jangan risau sebab aku akan benarkan dia jaga Dhia sementara kami berdua belum dapat anak" Noah tertawa kecil.
Tengku Hamizan hanya mampu terdiam di saat hatinya mula panas. Nak kata cemburu, tak ada lah sangat. Cuma Wardah itu bakal jadi miliknya, bukan Noah!
"Daddy, Dhia nak jalan-jalan dengan aunty boleh?" sampuk Dhia dan menarik sedikit jari jemarinya ayahnya itu.
"Where?"
"Shopping mall! Dhia nak beli mainan lah daddy ... Can we?"
"Boleh, tapi daddy nak ikut"
"Seriously? Wardah ada sekali tau" kata Noah pelik. Lagipun selama ni, setiap kali Dhia mahu mengajak ayahnya itu untuk keluar bersama Wardah, pastu ditolak kasar. Ini dah kenapa pula ni? Demam panas kah?
"Then? Tak boleh ke? Dhia anak aku. So why not?"
"Pelik"
"Tak payah lah nak rasa pelik sangat. Lama lama nanti kau terbiasa lah dengan semua ni. Kan Wardah?" kata Tengku Hamizan lalu menoleh ke arah Wardah.
Gadis itu menjeling tajam.
"Dhia, jom kita tukar baju dulu" Wardah memimpin tangan budak kecil itu naik ke bilik.
"Tak faham aku dengan kau ni, Hamizan. Kau adalah orang yang paling misteri pernah aku jumpa" ujar Noah.
Tengku Hamizan hanya mampu tertawa lalu gelas yang dibawanya tadi diletakkan ke dapur.
"Assalammualaikum, Nureen!" ucap Wanie. Sebungkus plastik yang berisi kuih-muih itu diletakkan di atas tangga rumah bestfriend nya.
Nureen berlari anak menuju ke arah luar untuk melihat pemilik suara tersebut. Lah, Wanie rupanya ... Selipar bewarna kelabu disarungkan di kaki.
"Kenapa datang?" tanya Nureen.
"Amboi, dah tak boleh datang rumah kawan baik sendiri ke?'
"Boleh aje. Tapi, bukan ke kau sakit Wanie? Dah sihat?"
"Hmm, ni mesti selalu doa aku cepat mati kan?" teka Wanie.
Nureen tertawa lalu matanya melirik ke arah plastik yang diletakkan di tangga rumahnya.
"Terima kasih bagi kuih tu. Mak aku suka sangat dengan kuih yang cik Wati buat. Dia tak sempat nak beli tadi sebab nak kena ke pekan, nak belanja barang dapur katanya ..."
"Sama-sama. Ini pun mak memang nak buat lebih untuk bagi korang. By the way, Naqib mana? Aku langsung tak pernah nampak dia sejak aku dah sembuh ni. Dia sihat?' tanya Wanie risau.
"Sihat memang sihat, tapi tengah dalam frasa kecewa."
"Kenapa?"
"Akak kau punya fasal lah. Hari tu, dia terdengar perbualan kak Wardah dengan lelaki lain yang jauh lebih elok dari dia. Abang aku kata lelaki tu ajak kak Wardah kahwin, betul ke?" balas Nureen. Muka Wanie berubah pelik.
"Kahwin? Kau biar betul Nureen? Siapa yang nak perempuan comot macam tu? Buta agaknya lelaki tu"
"Sebab tu aku tanya kau, betul ke? Kasihan abang aku tu, sampai hati kak Wardah mungkir janji dia kan? Abang aku punya lah susah nak cari duit untuk halalkan dia. Last last, dengan lelaki lain kak Wardah nak kahwin. Hmm" ujar Nureen.
Wanie sudah panas telinga dengar. Lelaki mana yang melamar Wardah itu? Setahu dia, lelaki terakhir yang akaknya jumpa adalah majikannya sendiri. Tak mungkin! Tak mungkin pujaan hatinya itu mahu menikahi Wardah!
"Naqib salah dengar kut, Nureen. Kau bagitahu dia, jangan nak emosi sangat. Tak kan ada lelaki lain yang suka akak aku tu selain dia. Mustahil akak aku nak mungkir janji dia kan? Aku minta diri dulu lah. Kalau ada apa-apa, datang je rumah. Bye!" jawab Wanie lalu berjalan laju menuju ke rumah.
Nureen membuat rolled eyes.
"Untung abang aku suka akak kau, Wanie. Orang bandar mana yang nak perempuan miskin macam tu? Abang Naqib pun satu, dah dibomohkan dengan kak Wardah agaknya. Apa yang ada pada dia pun, aku tak tahu lah. Nanti dah kahwin, harapkan duit suami je" bebel Nureen.
Naqib yang mahu keluar ke kedai itu melihat ke arah adiknya. Dah gila ke bercakap seorang diri?
"Kau dah kenapa, dik? Cakap dengan batu ke?" tegur Naqib.
"Abang! Terkejut adik! Mana ada lah, tadi Wanie datang bagi kuih. Dia kata cik Wati memang buatkan lebih untuk kita"
"Ohh. Wardah tak ikut ke?"
"Tak. Kalau abang nak kepastian fasal kak Wardah dilamar atau tak, lebih baik abang tanya dia sendiri nanti. Daripada duduk dalam bilik layan perasaan tu, tak bagus juga. Tapi kalau betul kak Wardah dah ada calon lain yang lagi bagus dan handsome dari abang, uish ... Malu bang! Jiwa abang tak rasa tercabar ke?" soal Nureen.
"Eh kau diamlah, Nureen. Dia hanya milik aku seorang. Kalau ada orang lain nak rampas, langkah mayat aku dulu. Wardah tak mungkin tinggalkan aku" balas Naqib lalu menghidupkan enjin kereta Myvi nya itu.
Nureen hanya mendiamkan diri dan malas hendak melayan perangai abangnya itu. Buat sakit hati je. Langkah mayat konon, baru terdengar Wardah nak dilamar dah berkurung dalam bilik macam orang mati anak. Yakin diri sangat!
__
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...