bab 10

193 15 1
                                    

" you're late ! " Tegas Tengku Hamizan memarahi Wardah .

Bahu Wardah sedikit terhinjut akibat terkejut .

" Saya minta maaf "

" Aku banyak kerja nak uruskan di ofis . Siapa yang nak jaga Dhia ? " Soal lelaki itu .

Sebenarnya , boleh sahaja mak Leha selaku pembantu rumah di situ menjaga Dhia , tetapi dia memang bekerja pada waktu petang sampai ke tengah malam sahaja . Itu semua kerana ingin menguruskan cucu di rumah .

Tengku Hamizan juga ada memanggil seorang guru untuk mengajar Dhia secara personal , tetapi itu tidak dapat meyakinkan kepercayaan Tengku Hamizan pada guru wanita itu . Kalau dia culik Dhia macam mana ? Zaman dah berubah . Kekejaman semakin berleluasa .

Sebab itu Noah menasihati Tengku Hamizan supaya mengambil penjaga Dhia . Lemas juga melihat Tengku Hamizan dalam keadaan begitu . Dengan kerja yang tidak terurus lagi .

Ingatkan selepas mengupah seorang penjaga untuk Dhia , lelaki itu dapat bekerja dengan selesa tanpa membawa anaknya ke mana mana . Tapi sama sahaja !

" Saya betul-betul minta maaf . Saya berjalan kaki ke sini dan tadi - "

" Alasan ! "

" Dahlah . Kan dia dah datang . Kalau kau marah dia macam ni , tak dapat mengubah apa apa pun . Makin lambat kau nak pergi ofis adalah " Noah berjalan menuruni tangga sambil mengikat sendiri tali lehernya .

" waste my fucking time . Kalau kau datang lambat lagi lepas ni . Aku tak teragak-agak nak upah penjaga baru untuk Dhia "

Wardah mengangguk .

" Dia tak ada mood lagi . Saya harap awak faham . " Pujuk Noah lembut .

" Tak apa . Saya faham " balas Wardah . Noah tersenyum kelat . Dia berasa serba salah terhadap Wardah kerana dilayan begitu oleh kawan baiknya .

Apa yang Tengku Hamizan tak suka sangat pada gadis ini ? Adab ada , rupa ada , baik pula tu . Tak pernah langsung bercakap kasar .

Pelik .

Dengan gadis gadis lain di luar , Tengku Hamizan melayan sahaja . Tapi dengan Wardah , dia seolah-olah membenci . Kalau boleh tengok muka Wardah pun dia tak mahu .

Tapi kalau betul tak suka , kenapa setuju untuk mengupah Wardah untuk menjaga anaknya ? Boleh pula lelaki itu percaya pada Wardah .

Atau , semua ini ada kena mengena dengan masa silamnya ? Ahh . Tak mungkin ! Jangan nak fikir lebih lebih Noah .

" Ah Wardah , Dhia ada dalam bilik . Mizan kata dia baru je lepas mandi . Awak pergi lah tegur dia . Kejap lagi cikgu dia sampai nak ajar . Saya minta diri dulu " kata Noah sebelum pergi .

" Okay . Terima kasih , Noah . "

" Sama sama "

Noah terus berjalan mendapatkan Tengku Hamizan yang sudah tunggu lama di dalam kereta . Tak fasal-fasal dia kena maki nanti .

Susah juga dapat boss tak reti sabar macam tu ! Haish ..





















Satu demi satu pelanggan yang memasuki café yang baru dibuka itu diperhatikan oleh Riyana . Niat hendak berjumpa sahaja bakal suaminya di rumah bakal mertua . Tapi tak jadi dek kerana keluarga belah sana sibuk bercuti ke Langkawi sempena ulang tahun perkahwinan .

" Miss , order ? " Tanya pelayan di situ .

" Kejap lagi boleh ? I tengah tunggu boyfriend i sampai . "

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now