Chapter 3

84 16 0
                                    

Keesokan Harinya,

"Semua dah ada kan?"Soal Yumi. Mereka semua berkumpul di bilik Yumi seperti yang dijanjikan. Semua mengangguk sambil memegang beg pakaian mereka Dan pedang mereka.

"Biar aku ingatkan walaupun korang dah tahu, kalau Kita duduk sana,kuasa yang Kita gunakan adalah terhad. Jika Kita terlampau banyak menggunakan kuasa kita,ia boleh membawa maut kepada kita sendiri"Yumi memeberi peringatan kepada mereka.

"Ok"balas Nori mewakili mereka semua.

"Macam mana kau nak bukak portal?"Soal Tatsuya.

"Macam ni"kata Yumi lalu dia menggerakkan tangan kanannya ke arah lantai lalu bulatan cahaya keluar dari lantai bilik.

"Kau guna kuasa kau je?"Soal Ryou terkejut. Betapa kuatnya kuasanya mengejutkan mereka semua.

"Haah. Kan aku dah kata,kuasa aku semakin kuat."balas Yumi bangga.

"Dah, jom"Ajak Yumi lalu semua masuk ke dalam portal Dan hilang dari bilik itu.

Mereka keluar dari portal dan sampai di perkarangan sebuah Rumah banglo yang sangat besar. Mulut Ryou ternganga terkejut dengan rumah yang dia nampak di hadapannya.

"Rumah yang Kita duduk sebelum ni pun rumah teres biasa je,macam mana?"Soal Nori sambil berpaling menghadap Yumi

"Kan aku dah kata,aku dah aturkan semuanya,terima kasih kepada saya dan Asahi"kata Yumi bangga.

"Siapa Asahi?"Soal Aiko.

"Adakah 'dia' yang kamu katakan?"Soal Tatsuya memastikannya.

"Haah. Dialah. Aku minta tolong dia"terang Yumi kepada Tatsuya membingungkan mereka semua. Tatsuya kenal dengan orang itu juga.

"Jom masuk. Sekejap lagi aku terang"arah Yumi bagaikan sudah tahu apa yang mereka semua ingin Tanya kepadanya. Semasa mereka masuk,ramai orang yang berkot hitam mengawal di hadapan. Mereka hanya berjalan mengikuti Yumi di belakang Tatsuya Dan Yumi.

"Cik"tegur pengawal berkot hitam di sekelilingnya dengan menunduk hormat.

"X pa. Keluarlah. Biar aku cakap dengan dia. Mereka semua kawan saya. Jangan risau"kata Yumi kepada ketua pengawal itu.

"Baik."balas ketua pengawal itu lalu mengarahkan anak buahnya mengundur dari situ. Apabila semua telah hilang dari mata mereka. Yumi bersuara.

"Dah,kau buat apa? Keluarlah"

A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now