Chapter 33

44 9 0
                                    

Skip

"Kau perlu ke nak teruskan perjalanan ni?"Soal Tatsuya dengan nada yang penuh kerisauan. Sedangkan anak buah nya sahaja boleh membunuh ramai manusia tidak bersalah,manakan pula bosnya. Dia duduk di sebelah Yumi yang sedang memikirkan langkah seterusnya. Mereka sudah semakin dekat dengan jawapan yang diinginkan.

"Hmmmpphhh......aku perlu teruskan juga walau macam mana sekali pun. Kita dah sampai ke tahap ini. Sudah tidak boleh berpatah balik lagi."Yumi mengeluh berat sebelum dia membalasnya. Tatsuya berdiam diri sahaja Dan terus membantu Yumi menyusun strategi mereka.

Skip

"Aku perlu ke sini"Yumi Mula membuat keputusan.Dia menunjukkan sebuah gua yang terkenal dengan kekuatan mistik di atas peta yang terbebtang di atas meja. Dia merasakan seperti gua itu ada kena mengena dengannya.Seolah-olah memanggilnya untuk datang ke situ untuk mengetahui identiti Orang ii projek 01. Mereka sekarang ini di tengah perbincangan yang serious.

"Ummm....kau yakin ke nak pergi ke sana? Dengar kata.....tempat ni adalah tempat terlarang. Di dunia kita juga ada sebuah buku yang menceritakan tempat ni."Soal Matsumi tidak yakin dengan keputusan yang dibuat Yumi.

"Kai kata apa tadi?"Soal Yumi lagi. Dia mahu memastikan Sama ada pendengarannya betul.

"Aku kata kau yakin ke nak pergi sana?"ulang Matsumi lagi.

"Bukan...bukan yang tu. Yang last"arah Yumi lagi.

"Di dunia kita juga ada sebuah buku yang menceritakan tempat........ni......"ulang Matsumi lagi dengan kata-katanya. Dia Mula berfikir sesuatu.

"Tajuk buku tu apa?"Soal Yumi ingin memastikan apa yang dibacanya betul sebelum ini.

"The Greatest Demon's Cave"balas Matsumi. Dia Mula memikirkan sebab gua itu dinamakan seperti itu.

"Siapa pernah baca buku tu?"Soal Yumi.

"Aku"balas Tatsuya.

"Apa is kandungannya?"Soal Yumi. Dia semangat ingin tahu.

"Banyak makhluk aneh Dan mistik di dalamnya. Ada satu pepatah dalam ni yang aku x faham."balas Tatsuya sambil mengerutka dahinya memikirkan Hal itu.

"Ape dia?"

"Dewa yang tidak seperti dewa. Iblis yang tidak seperti iblis. Keduanya perlu disatukan. Supaya dapat membunuhnya."kata Tatsuya lagi.

"Betul yang aku jangka tempat inilah ayah sebutkan dalam diarinya."Yumi berkata di dalam hati. Suara ayahandanya Mula bersuara di dalam dirinya.

Aku menuju ke sebuah gua yang gelap. Terdapat kata 'dewa tidak seperti dewa. Iblis yang tidak seperti iblis. Keduanya perlu disatukan supaya dapat membunuhnya'. Aku tidak pasti apakah maksud tersirat dalam pepatah ini. Ia kelihatan seperti mudah untuk menekanya tetapi sebenarnya......maksudnya tidaklah seperti yang dijangkakan. Aku perlua menunggu orang di dalam pepatah itu sampai ke sini. Jadi,sesiapa yang membacanya,tolong mencarinya secepat mungkin.

A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now