"Oh satu lagi, aku lupa"kata Yumi seperti teringatkan sesuatu. Dia segera masuk ke dalam bilik store untuk mengambil sesuatu. Dia keluar dari bilik itu dengan sebuah kotak sederhana besar di tangannya. Eagle Raiders yang lain hanya melihat perbuatannya pelik.
Dia meletakkan kotak itu di atas meja ruang Tamu itu. Ryou membuka kotak itu dengan perasaan ingin tahu.
"Ambil sorang satu Telefon ni. Boleh guna untuk bagi informasi kepada kita semua sekaligus."arah Yumi. Di dalam kotak itu terdapat enam buah Telefon pintar berjenama.
"Aku dah simpan semua nombor setiap Telefon. Setiap telefon pun dah ada nama, aku tulis dekat kertas yang aku lekat dekat belakang phone tu."terang Yumi lagi.
"Wahh!!"jerit Michiko kagum. Dia mengambil Telefon yang mempunyai namanya di atasnya. Dia membelek-beleknya.
"Pasal cara penggunaan, Tanya Tatsuya. Aku pergi dulu"kata Yumi.
"Kau nak pergi mana?"Soal Tatsuya. Dia dari tadi memerhati Yumi. Cara pakaiannya juga seperti ingin keluar ke suatu tempat.
"Aku nak keluar jumpa seseorang"balas Yumi pendek.
"Siapa?"Celah Hayato pula.
"Penyiasat Peribadi yang aku upah"balas Yumi sambil tersenyum sinis.
"Aku ikut"kata Tatsuya Dan Hayato serentak.
"Hmm..oklah.Pergilah siap. Aku tunggu."arah Yumi lalu duduk di sofa. Mereka yang lain masih membelek telefon masing ii. Mengkaji cara penggunaannya.
Beberapa minit kemudian;
"Dah,jom"Ajak Tatsuya membuatkan Yumi berpaling menghadapnya.
"Wahh,Korang Dua ni segak juga pakai macam ni. Selalunya aku nampak korang Dua ni pakai baju uniform je..."puji Yumi. Tatsuya memakai kemeja putih Dan seluar hitam menyerlahkan penampilannya. Rambutnya disikat gaya forehead menyerlahkan kekacakannya. Hayato pula hanya memakai hoodie berwarna biru Dan seluar hitam sebagai pengemas penampilannya. Dia menyikat rambutnya gaya mullet memberikan vibe badass dalam penampilannya.
"Hahah..terima kasih?"kata Tatsuya sambil memegang belakang lehernya menutup malu apabila dipuji seperti itu.
"Jom"Hayato bersuara lalu keluar dari rumah itu diikuti Yumi Dan Tatsuya di belakang.
"Jap ii. Kita nak pergi macam mana? Kat sini mana ada kuda"kata Hayato. Yumi menunjukkan kunci kereta di hadapan mereka semua.
"Siapa yang nak pandu?"Soal Tatsuya.
"Akulah. Siapa lagi? Hayato reti ke nak bawak kereta?"soal Yumi. Dia tahu Tatsuya pernah membawa kereta sebelum ini. Hayato hanya menggeleng kepalanya.
"Dah masuk cepat. Lagipun aku je yang tahu tempat tu Kat mana"arah Yumi lalu dia masuk ke tempat pemandu. Tatsuya pula duduk di sebelahnya manakala Hayato duduk di tempat penumpang di belakang. Yumi Dan Tatsuya memakai seatbelt sebagai tanda berhati-hati.
Mereka keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat penyiasat peribadi ingin berjumpa.
"Kau ada x ni lesen memandu?"Soal Tatsuya curiga.
"Ada. Tapi palsu punya. Asahi tolong buatkan"balas Yumi selamba.
"What!!"jerit Tatsuya terkejut mengejutkan Hayato sekali di belakang. Yumi hanya tenang memandu.
"Penting ke lesen untuk pandu kereta ni?"Soal Hayato. Dia tidak tahu sangat kerana dia belum pernah ke sini sebelum ini.
"Mestilah penting. Dekat sini pun ada undang ii. Kena dapatkan lesen baru boleh bawak kereta. Lesen ni macam sijil habis belajar lah tapi belajar memandu kereta."terang Tatsuya
"Tapi,kau ni...aku x yakinlah"kata Tatsuya sambil menghadap Yumi yang fokus memandu.
"Jangan risaulah. Aku reti bawak kereta. Sekarang kan ok je? Aku dah belajar sebelum ni. Cuma x ambil lesen je"kata Yumi menenangkan Tatsuya.
"Kalau Kita kemalangan,kau tanggung"kata Tatsuya lalu melihat kembali tingkap kereta. Yumi hanya tersenyum.
Author lupa pulak nak bagi gambar diorang ni....btw ni gambar Yumi dengan Asahi... Yang lain tu gambar diorang dah ada dekat season 1
Yamaguchi Yumi
Asahi
YOU ARE READING
A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]
Fantasía"Macam mana kau boleh hidup? Setahu aku,kuasa yang kau guna tu boleh buat kau mati. Lagipun,kami sendiri nampak yang Kau hilang jadi abu"Yamamoto Ryou "X....aku pasti ada gua tu sebelum ni dekat belakang aku. Tempat aku keluar. Aku Cuba cari balik,t...