Author nak ingatkan ini sambungan daripada season 1, kalau x faham, Cuba tengok season 1 balik🤗
Michiko melihat Hayato Dan Tatsuya berjalan beriringan sambil berbual-bual. Dia tersenyum lega kerana Tatsuya sudah seperti dahulu kembali. Apakah yang Hayato cakap dengannya sehingga dia sudah berubah seperti dahulu? Dia segera mendekati mereka berdua.
"Tatsuya!! Hayato!!"panggil Michiko.
"Kenapa?"Soal Tatsuya mewakili mereka berdua.
"Kau...dah ok?"Soal Michiko serba salah.
"Hmmm..ok"balas Tatsuya walaupun di sudut hatinya,dia Masih bersedih.
"Oh! Lupa nak cakap... Tuanku ada buat majlis peringatan untuk Yumi. Semua raja ii setiap kota akan sertai. Ah,Yuta pun ikut sebab dia wakil daripada Red Kingdom. Yuta sekarang pemerintah sementara waktu ni."kata Michiko mengubah topik.
"Kenapa kitaorang x tahu pun?"Soal Tatsuya lagi.
"Ni nak bagitahu la ni!! Ishh.."balas Michiko rimas.
Malam majlis peringatan Yumi;
Semua makan apa yang disediakan oleh Istana Emerald. Mereka membuat majlis ini untuk memperingati pengorbanan Yumi Dan ibunya dalam melindungi dunia mereka. Eagle Raiders berbual dengan Yuta Dan menyoalnya tentang keadaan Red Kingdom yang sekarang. Semasa mereka Masih lagi bersedih, seseorang bersuara dari luar dewan majlis menyentakkan semua orang. Mereka kenal dengan suara itu.
"Siapa kata aku dah mati!!?" Jerit Yumi sambil tersenyum sinis. Dia berdiri di hadapan pintu dewan. Semua orang di dalam dewan terkejut dengan kemunculannya di situ. Senyap. Tiada yang memberi reaksi selepas Yumi bersuara. Dia berjalan ke tengah dewan di mana tempatnya Tatsuya,Hayato Dan Eagle Raiders yang lain. Semua bangun dari tempat duduk mereka. Yumi tersenyum sinis apabila melihat reaksi mereka.
Tatsuya menatap wajah yang dirindukannya selama ini. Dia Masih bingung dengan apa yang berlaku. Yumi memandang kembali Eagle Raiders yang menatapnya seperti ingin memakannya itu.
"Kenapa? Korang semua ni memang nak aku mati betul ii ke? X percaya aku Masih hidup?"Yumi bersuara menyentakkan mereka semua. Mereka bukan sahaja terkejut tentang kemunculannya kembali, bahkan mereka juga terkejut dengan penampilan Yumi di situ. Rambutnya berwarna keunguan Dan penampilannya juga banyak yang berwarna hitam Dan ungu membuatkannya menyerlah. Hanya mukanya sahaja tidak berubah.
"Ta....ta....Tatsuya?"
Haii!!! Siapa rindu author? Ngehehehe....
Perasan popular pulak....lol
X de la saja....jangan Marah pulak \(^o^)/
Hari ni author kurang sihat sedikit
ಠ ل͟ ಠ
So,maaf kalau author lambat update sebab memang author x larat sangat.....
Doakan author cepat sembuh kalau nak author selalu update.....(◠‿◕)Oh,lagi satu, happy welcome back to school!!!
Yeayyy!!🥳
YOU ARE READING
A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]
Fantasía"Macam mana kau boleh hidup? Setahu aku,kuasa yang kau guna tu boleh buat kau mati. Lagipun,kami sendiri nampak yang Kau hilang jadi abu"Yamamoto Ryou "X....aku pasti ada gua tu sebelum ni dekat belakang aku. Tempat aku keluar. Aku Cuba cari balik,t...