"0606?" Aku membaca setiap satu nombor di situ. Aku Mula memikir keras apakah yang ingin diberitahu oleh Tomoharu. Bukankah nombor 6 itu adalah nombor kegemarannya? Tapi,apa maksudnya? Ke....aku yang banyak fikir?
Aku keluar dari bilik mayat itu Dan masuk ke dalam keretaku. Aku duduk di tempat pemandu Dan berfikir panjang tentang petunjuk itu. Selain nombor kegemaran dia, nombor tu jugalah tempat dia selalu ada di sekolah,nombor rak perpustakaan. Dia akan selalu berada di situ untuk ponteng sekolah. Ya!! Itu mungkin petunjuknya!!!
Aku segera menghidupkan enjin kereta Dan pergi ke sekolah di mana Tomoharu pernah belajar dahulu. Aku menyelinap masuk ke sekolah itu tanpa pengetahuan sesiapa dengan memanjat dinding belakang sekolah itu. Jangan Tanya sebab aku memang selalu buat sebab nak larikan diri dulu.
Aku segera ke perpustakaan sekolah Dan mendapati pintunya terkunci. Aku bermundar-mandir di depan pintu memikirkan cara untuk bukanya. Tidak lama kemudian,ada seorang pengawal sekolah itu meronda mendekati tempat aku berdiri. Aku Muka menyorok di sebalik dinding di penjuru perpustakaan.
Semasa pengawal itu berjalan mendekatiku,aku segera memukul belakang lehernya untuk memengsankannya. Aku segera mengambil kunci yang tergantung di poket seluar pengawal itu. Seperti yang aku sangka,kunci perpustakaan juga ada padanya. Aku segera membuka kunci pintu tersebut Dan masuk ke dalam. Maaf, pakcik pengawal. Aku terdesak berbuat begini.
Aku segera mencari nombor rak tersebut Dan akhirnya.........jumpa!!!
Aku membelek buku ii yang berdekatan situ Dan mendapati sebuah buku yang agak pelik di situ. Mengapa ada buku Sejarah dunia di bahagian buku ii bahasa? Buku itu agak tebal Dan berat.Aku segera membukanya Dan menyelanya. Memerhati setiap helaian dengan terperinci. Semasa aku menyelak helaian seterusnya,aku menjumpai sepucuk surat Dan kunci. Isi kandungan surat adalah sebuah alamat. Tetapi......alamat apakah itu? Kunci?
Tanpa memikir panjang,aku segera keluar dari sekolah Dan pergi ke alamat yang ditulis. Aku pasti ada sesuatu yang Tomoharu ingin memberitahuku.
Sesampainya aku di alamat yang tertera, aku melihat sebuah rumah kecil yang sudah dibiarkan lama. Rumah itu agak seram bagiku tetapi aku Cuba memberanikan diri untuk menjejakinya. Dengan segera aku mengambil kunci Dan membuka pintu rumah usang itu.
"Klakk!!"
Aku segera membuka pintu itu Dan melihat sekelilingku dengan hati ii. Hatiku agak gerun apabila memasuki rumah lama ini.
Aku memeriksa sekeliling rumah itu tetapi hampa,tiada apa yang aku dapat jumpai. Aku memasuki bilik pula untuk mencarinya. Juga.....tidak jumpa. Hanya satu kawasan sahaja yang aku tidak cari..... Bawah katil.
Mungkin dia meletakkannya di bawah katil.Aku menunduk melihat ruangan bawahan itu Dan melihat sebuah beg bimbit berwarna hitam. Aku menarik Dan mengeluarkannya dari situ. Membukanya dengan berhati-hati.
Aku tidak percaya dengan apa yang kulihat sekarang ni!!! Aku terus melihat dengan lebih lanjut kandungan di dalam beg bimbit itu. Semuanya berkaitan dengan ayah sampah aku dengan 'sesuatu'. Jadi.......Tomoharu memang sudah menyiasatnya sejak zaman kami sekolah lagi..... Adakah ini alasan dia selalu sibuk Dan sentiasa menghilang dari sekolah?
YOU ARE READING
A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]
Fantasy"Macam mana kau boleh hidup? Setahu aku,kuasa yang kau guna tu boleh buat kau mati. Lagipun,kami sendiri nampak yang Kau hilang jadi abu"Yamamoto Ryou "X....aku pasti ada gua tu sebelum ni dekat belakang aku. Tempat aku keluar. Aku Cuba cari balik,t...