Chapter 9

76 13 4
                                    

"Kenapa?"Soal Tatsuya. Dia pelik dengan perubahan ekspressi Yumi yang sebelum ini gembira Dan sekarang seperti merisaukan sesuatu.

"Jom Kita ke hospital sekarang!! Nanti aku ceritakan!!"Ajak Yumi kepada Tatsuya lalu berlari ke arah kereta mereka. Tatsuya akur mengikuti jejak langkah gadis itu walaupun dia Masih tidak tahu apakah yang sedang berlaku.

Timberland Hospital

"Bagaimana?"Soal Yumi kepada doktor yang merawat pesakit yang disoalnya.

"Maaf. Kami tidak dapat menyelamatkannya. Dia terluka sangat parah. Dan......di dalam badannya juga mempunyai racun kuat yang mematikan.....kami juga tidak tahu itu racun apa. Sepertinya sudah merebak ke pembuluh darahnya."terang doktor yang bertugas kepada Yumi. Yumi tersentak mendengar berita kematian itu. Dia terduduk jatuh di lantai menangisi si mati.

"A....a....ku....."Yumi ingin bercakap tetapi sepertinya suaranya tidak mahu keluar. Badannya bergetar hebat. Air mata Masih lagi laju menuruni dari liang ii matanya hingga ke dagu. Tatsuya segera berlutut melihat keadaan Yumi dia memeluk Yumi menenangkannya. Yumi akhirnya menghamburkan tangisannya di bahu Tatsuya. Tatsuya mengusap-usap belakang tubuh Yumi.

Sementara itu, Eagle Raiders yang lain baharu sahaja tiba di situ Dan melihat adegan di hadapan matanya.

"Apa yang berlaku?"Soal Nori.

"Penyiasat peribadi dia mati secara tiba ii. Doktor x dapat selamatkannya"terang Tatsuya tetapi Masih lagi menenangkan Yumi yang terus menangis itu. Mereka menunggu sehingga tangisan Yumi reda Dan tenang sebelum bertanya lebih lanjut. Akhirnya Yumi senyap. Tiada sebarang suara lagi yang keluar dari Yumi. Dia tertidur kerana penat menangis Dan meraung. Tatsuya mendukungnya Dan meletakkannya di kerusi yang disediakan.

"Apa keadaan?"Soal Michiko.

"Doktor kata.......dalam badan dia ada racun yang kuat Dan tidak dapat kenal tu racun apa. Racun tu dah masuk dalam pembuluh darah dia. Jadi, susah nak selamatkan dia. Luka pun teruk"Tatsuya mengulang apa yang dia faham dari doktor yang merawat sebentar tadi.

"Macam mana boleh jadi begini?"Soal Nori pelik. Mereka tidak pernah membocorkan identiti penyiasat peribadi itu langsung. Sepertinya,ramai yang mengikuti mereka senyap ii.

"Siapa penjaga Tanaka Tomoharu?"Soal seorang nurse yang baru ada di bilik mereka.

"Oh,saya."kata Tatsuya mewakili Yumi.

"Ini semua barangan milik pesakit sebelum ini. Kami menjumpai semua ini di tubuhnya"kata Nurse itu sambil menghulurkan plastik yang mempunyai pakaian Dan barangan milik Tomoharu. Tatsuya mengambil huluran itu Dan berterima kasih kepada nurse itu. Dia membuka plastik itu Dan mengambil Telefon pinta miliknya yang berada di dalam plastik itu. Tatsuya membukanya Dan melihat paparan pertama yang keluar dari Telefon itu ialah gambar Yumi Dan Tomoharu dengan senyuman yang gembira. Sepertinya gambar itu sudah lama diambil semasa Yumi Masih bersekolah kerana pakaian Yumi Dan Tomoharu di dalam gambar itu adalah pakaian sekolah Yumi Dan Tomoharu dahulu. Eagle Raiders yang lain juga turut mencuri melihat gambar itu dari belakang Tatsuya. *Yumi Dan Tomoharu sekolah berlainan tapi umur Sama*

"Rupanya hubungan diorang Dua rapat. Patutlah Yumi sedih sangat"Ryou membuat kesimpulan Dan diangguk kecil oleh Tatsuya menyetujui kenyataan Ryou.

"Diorang adalah kawan rapat. Boleh dianggap seperti keluarganya juga. Dialah satu ii nya kawan Yumi yang sentiasa bersamanya semasa berada di dunia ni."Tatsuya menceritakan kisah silam Yumi Dan Tomoharu.

"Macam mana kau tahu semua ni?"Soal Ryou terkejut.

"Siapa yang lindung dia senyap ii sebelum ni?"Soal Tatsuya memberikan jawapan di dalam kepala Ryou. Ryou hanya membuat Muka sahaja.

"Aku risau dia tidak dapat terima semua ini. Satu ii orang kesayangannya meninggalkannya. Dia tidak dapat terima impak daripada semua ni sekaligus"kata Tatsuya sayu lalu menatap wajah sembap Yumi yang Masih terbaring di atas kerusi panjang itu.

A Hero Who Has Been Destined 2 [COMPLETED]Where stories live. Discover now