Forgiving someone is easy, but being able to trust them again is a totally different story
- Maya Darena
____________________________________"Erm ada apa ya cik?" Tanya lelaki itu sekali lagi dengan wajah kehairanan, aku gigit bawah bibir. Aduh aku nak jawab apa ni, mamat tu mesti anak orang kaya! Macam mana kalau pembantu dia ni saman aku kalau aku cakap yang aku terlanggar boss dia sampai baju boss dia basah!
Tengku Darren melepaskan keluhan yang berat, dia membongkokkan badannya untuk mempersamakan ketinggian kami. Maklumlah ketinggian aku cuma 150cm dan dia mungkin 187cm keatas? Ya aku tahu aku pendek, diam!
"Bila orang bercakap dengan kau, adab dia adalah jawab balik. Bila kau terlanggar seseorang, adab dia adalah minta maaf, dan bila kau langgar aku, adab dia adalah kau perlu bertanggungjawab!" Keras tone suaranya berkata membuatkan aku menunduk, dia tidak menengking. Tetapi suaranya sangat tegas
"Ma.. maafkan saya, saya tak sengaja terlanggar encik tadi" Ujar aku tanpa melihat wajah lelaki itu, Tengku Darren mengeluh perlahan
"Abang Mat tolong hulurkan baju saya dalam beg belakang Abang Mat tu, ambil aje mana-mana asalkan saya tak pakai baju basah ni" Akhirnya dia bersuara
Lelaki yang berumur 30an itu mengangguk. "Sekejap ya Tengku Darren" Abang Mat mengeluarkan sehelai baju berjenama Polo lalu dihulurkan kepada Tengku Darren, aku yang berada di sini hanya diam
"Kita belum selesai!" Kata-kata lelaki itu membuatkan aku tergamam, habislah aku! Macam mana ni? Nak sorokkan diri dalam tanah lah kalau macam ni!
Abang Mat mengukir senyuman segaris kepada aku. "Cik seorang diri aje ke dekat sini? Bahaya tau untuk perempuan secantik Cik bersiar-siar seorang diri dekat sini, mana kawan?" Tanya Abang Mat dengan prihatin, aku ukir senyuman nipis
"Kawan ada aje dekat depan" Jawabku pendek, bukan apa. Aku rasa kekok bila lelaki yang bernama Tengku Darren tu pandang aku lain macam, bagaikan nak telan aje.
Tengku Darren meneguk sisa cappuccino yang masih ada didalam cawan sebelum dia merenyukkan dan melemparkan tepat ke dalam tong sampah, wow attractive!
Dia mengerling kearah jam tangan. "Abang Mat, kita dah lambat ni. Saya ada meeting tengahari ni" Suara husky itu benar-benar membuatkan iman aku hampir gugur
"Kalau macam tu baiklah, mari kita pergi" Mereka berdua pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil disitu, sejujurnya aku bersyukur.
Nasib baik tak kena saman
"Oi Maya! Mana kau pergi ha, tiba-tiba aje hilang dari pandangan aku?" Laungan Yana itu membuatkan aku berpaling kepadanya, aku menjeling Yana dengan tajam
"Siapa suruh kau tinggalkan aku macam tu aje? Kau tahu tak aku hampir kena saman dengan anak orang kaya tadi?!" Marahku apabila Yana betul-betul berada dihadapan aku, terkebil-kebil wajahnya saat ini
"Kena saman? Anak orang kaya? Apa kau merepek ni? Lagi satu, kenapa dahi kau merah tu? Kau terlanggar tiang ke apa?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Yana, ya Allah banyak pula soalan minah ni!
Membulat mata aku, apa? Dahi aku merah?! Biar betik? Pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar, camera dibuka untuk melihat dahi sendiri.
Ternganga sedikit mulutku apabila dahi aku yang putih bersih tiba-tiba bertukar menjadi merah kemerahan, aku terlanggar dada Tengku Darren kan? Bukannya aku langgar besi!
"Oh my Allah, patutlah dahi aku berdenyut lain macam!" Gumamku perlahan, cukup didengari oleh aku sahaja. Yana tak perlu sebab dia jahat tinggalkan aku seorang diri, hmph!
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...