I pretend to look around, but I'm actually looking at you
- Maya Darena
____________________________________Usai membelah belah di butik itu, Raisha menarik lenganku untuk masuk kedalam Dior. Untuk apa? Katanya nak belikan beg tangan yang baru untuk aku, pantas aku membekukan diri
"Kalau dah namanya Dior, mesti mahalkan akak? Ish tak mahu la, lebih baik kita pergi ke night market. Dekat situ pun ada beg lawa!" Aku berkata tidak berpuas hati, aku ni bukan apa tau? Dekat butik tadi dah habis 4.2k ringgit, kalau masuk Dior ni pula habis berapa?
Raisha bercekak pinggang. "Kan saya dah cakap, setakat ribu-ribu tu tak luak pun lah duit boss. Jom!" Terus tanganku disambar untuk masuk kedalam Dior, aku hanya pasrah. Aku tahu yang kalau berdebat dengan Raisha, aku tak akan menang! Baru sahaja dua langkah kami masuk kedalam kedai itu, terus datang beberapa orang pekerja
"Boleh saya bantu, Cik Raisha?" Soal salah seorang pekerja itu dengan senyuman manis di bibir
"Saya nak cari handbag untuk personal assistant boss, ada latest punya design?" Kata-kata Raisha itu membuatkan aku terpinga-pinga seketika, eh perlu ke cakap yang aku ni PA Tengku Darren?
Pekerja itu mengangguk, dia menyuruh kami mengikuti langkahnya. Pelbagai jenis beg yang cantik dan exclusive ada, hampir ternganga aku dibuatnya melihat semua tag harga yang ada disetiap beg
"Ini design paling latest yang ada di stall kami, nama beg ni Small Lady Dior Bag. Ada tiga jenis colour, putih, hitam dan orange. Saya tengok colour putih ni sesuai dengan akak ni" Dia menunding jari pada aku sambil tersengih, aku senyum kekokTerangguk-angguk kepala Raisha. "Okey kalau macam tu, saya beli lah ya?" Pekerja itu mengangguk lalu meletakkan kotak beg itu diatas meja cashier, aku mengerling kearah Raisha yang sedang tersengih-sengih kepada aku. Ish! Suka lah tu buat aku ikut cakap dia, tunggu lah nanti kalau Tengku Darren tanya berapa total hari ni. Memang aku suruh dia yang jawab!
"Total RM 22 500.00 ya Cik Raisha" Terus membulat mataku, eh apa yang sampai puluhan ribu ni?! Aku melihat wajah Raisha hanya selamba badak, apakah? Dia fikir duit ni unlimited ke apa?
"Mahalnya akak, kalau Tengku Darren marah nanti macam mana?" Aku bertanya dengan berat hati, Raisha menggeleng kepalanya
"Total hari ni 26.7k ringgit kan? Maya jangan lah risau, RM 26 700.00 ni hanya 1% daripada gaji yang boss dapat" Tersengih perempuan itu, aku menjelingnya. Ish, aku tak mampu nak bayar balik semua duit ni dekat Tengku Darren!
Usai membayar, aku merengek pada Raisha yang aku nak balik. Baru dua kedai dah habis dekat dengan tiga puluh ribu! "Ish ye lah jom balik, tapi kena tunggu dulu. Saya kena call boss untuk tanya dia dekat mana" Aku hanya mengangguk, sementara aku menunggu Raisha menelefon Tengku Darren. Langkah kaki mulai menapak ke arah satu kedai yang menjual pelbagai jenis dolls, aku tersengih kecil apabila melihat satu patung unicorn yang berwarna pink itu
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...