I trusted you, and you betrayed me.
- Maya Darena
______________________________________Tiba saja di lapangan terbang, aku mengucup lembut tangan Tengku Darren. Aku menayangkan wajah sedih, sampai hati nak tinggalkan aku dekat sini. "Abang pergi tiga hari aje Maya, pejam celik-pejam celik nanti abang balik lah" Ujarnya sambil memeluk aku erat, hari ni aku yang menghantar Tengku Darren ke lapangan terbang memandangkan daddy, mommy dan Luthfy pergi ke majlis kenduri di Terengganu. Maksudnya mereka akan bermalam disitu, jadi hanya aku saja yang berada di dalam rumah tersebut
Sebenarnya suami aku boleh aje suruh Abang Mat yang hantarkan, tapi biasalah.. aku sebagai isteri mithali mestilah berada disisi suami aku kan? "Tiga hari tu lama tau, dah lah awak tak kasi saya ikut!" Sengaja aku menjuih bibir tanda merajuk, lelaki itu ketawa besar
"Nanti abang belikan buah tangan untuk Maya, okey?" Dengar saja kata-kata itu, terus aku mengangguk kepala. Hehe tak jadi nak merajuk
"Maya.. abang nak pesan sesuatu ni" Tengku Darren mempamerkan wajah serius, aku pandang wajahnya dengan sebelah kening yang terangkat
"Kenapa?"
Tengku Darren menundukkan badannya, membiarkan tinggi kami menjadi sama lalu kedua-dua belah tangannya berada diatas bahu aku. "Jaga diri Maya dan jaga anak kita, kalau nak keluar rumah.. pastikan Maya bagitahu abang dulu tau? Rumah tu, make sure semuanya berkunci. Abang tak nak apa-apa terjadi pada Maya, faham?" Panjang lebar dia berkata membuatkan aku mengangguk mengerti
"Okey abang"
Serta merta Tengku Darren menarik senyuman. "Apa dia? Abang tak dengar lah, cuba cakap sekali lagi" Soalnya, aku tahu dia dengar. Mata di putar keatas
"Tak mahu!" Sengaja aku mengelat, Tengku Darren merangkul pinggang aku erat membuatkan posisi kami sekarang sangat dekat. Aku pandang sekeliling, banyak mata yang sedang memerhati adegan kami saat ini. Mula lah aku cuak
"Cakaplah, abang tak dengar" Gesa lelaki itu, aku cuba untuk menepis tangannya namun Tengku Darren semakin mengeratkan pegangannya
"Awak! Malu lah orang tengok, ish lepaslah. Kita bukannya dekat rumah" Marah aku, namun lelaki itu memekak kan telinganya
Bulat mata aku apabila Tengku Darren merapatkan wajahnya dengan wajah aku. "Kalau Maya tak nak cakap, abang cium Maya dekat sini biar semua orang tengok" Ugutannya itu membuatkan aku terkejut, pantas aku memukul dada bidangnya kuat
"Okey fine, abang!"
"Sekali lagi?"
Eh lebih-lebih pula mamat ni, tahu lah suami aku tapi ish! "A.B.A.N.G! Abang, lepaslah.. ramai orang tengok kita ni!" Membahang wajah aku sekarang, rasanya kalau tengok cermin. Muka aku ni dah macam sotong bakar!
Terhambur tawa Tengku Darren, dia mengucup pipi aku. "Abang pergi dulu tau? Bye sayang, assalamualaikum" Sempat aku melambai sebelum bayangan Tengku Darren hilang dari pandangan, kedua belah tangan diletakkan di pipi
"Argh, malunya!" Gumamku apabila wajahku terasa panas, pantas aku masuk kedalam perut kereta dan memandu pulang ke rumah
****
Air tasik yang tenang itu di pandang sepi, sunyi aje rasa. Patut ke aku suruh Yana datang sini dan teman aku? Tapi aku tak nak menyusahkan dia pula, mesti sekarang dia pun tengah sibuk sebab sekarang Yana kerja sambilan. Rajin betul perempuan tu, dia ada juga ajak aku tapi memang tak lah Tengku Darren nak izinkan sebab aku tengah mengandung sekarang ni
Namun mata aku tertatap pada satu susuk tubuh yang berada disebalik pokok, yang pasti pokok itu terletak jauh dari tempat aku. Kenapa aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku? Mata dikecilkan untuk melihat dengan teliti, disebabkan pokok tu terlalu jauh. Aku tak nampak apa-apa dah
Aku dah mula tak sedap hati, pantas aku bangun daripada buaian lalu melangkah masuk kedalam rumah. Pintu dikunci serapat-rapatnya, mungkin tu cuma halusinasi aku aje kut? Dekat sini kawasan yang dikawal ketat oleh security, mana mungkin ada orang yang masuk dalam kawasan perumahan ni pula kan?
"Eh Abang Mat dah nak balik ke?" Soalku sebaik saja bertembung dengan lelaki itu, nampak gayanya dia tengah kalut nak balik. Biasalah Abang Mat ada isteri dan anak-anak dia, mestilah kena balik awal
"Ya Maya, maaflah sebab Abang Mat balik awal ya. Tak apa ke Maya duduk sorang-sorang dekat sini?" Tanya Abang Mat prihatin, dia mencapai beg pikul lalu dipikul diatas bahu kanannya
"Saya okey aje, kalau macam tu tak apa lah. Hati-hati ya?"
Sebaik saja aku berkata begitu, kaki terus memijak anak tangga untuk naik kedalam bilik. Baru saja aku ingin membaringkan badan, skrin telefon aku menyala menandakan ada mesej masuk
Berkerut dahi aku melihat nama Rayyan, mamat ni dah kenapa maghrib-maghrib ni mesej aku? Aplikasi email ditekan, biasalah bila aku block dia dekat semua tempat. Email aje lah tempat dia boleh mesej aku
Maya, boleh tak saya nak jumpa awak sekejap? Saya janji yang saya tak akan apa-apa kan awak, saya cuma nak bagitahu awak sesuatu aje. Kalau saya tak cakap benda ni, saya akan rasa bersalah sangat. Please Maya, jumpa saya dekat Mamak Pelita.
- Rayyan.Makin berkerut dahi aku membaca email itu, tiba-tiba aja nak jumpa aku malam-malam buta ni dah kenapa? Selama ni dia menghilang, aku ingatkan dia dah tak nak kacau aku. Memang tak boleh nak tengok hidup aku aman ke?
Niat aku untuk mengabaikan email itu terbantut apabila membaca satu lagi pesanan email daripadanya
Saya tau awak baca email ni Maya, tapi please.. I'm begging you. Saya betul-betul perlu jumpa awak sekarang, kalau awak tak larat nak drive. Saya boleh datang ambil awak dekat rumah, mesti awak dekat rumah keluarga Darren kan?
- RayyanTak boleh jadi ni, macam mana dia boleh tahu rumah ni? Pantas aku menekan skrin, membalas emailnya
Tak perlu, aku datang.
- MeSeketika aku mendengus geram apabila melihat battery telefon aku yang tinggal 10%, tak apa lah.. nanti balik aku charge. Kunci kereta diambil lalu aku keluar daripada rumah, pintu awal-awal sudah dikunci supaya tidak ada malaun yang masuk rumah mewah ini.
Tiba-tiba fikiran aku melayang pada pesanan Tengku Darren tadi
"Jaga diri Maya dan jaga anak kita, kalau nak keluar rumah.. pastikan Maya bagitahu abang dulu tau? Rumah tu, make sure semuanya berkunci. Abang tak nak apa-apa terjadi pada Maya, faham?"
Tak apa kut.. kan? Lagi pun Mamat Pelita dari siniu rasa sebak, gara-gara Rayyan yang penipu. ara Rayyan yang penipu. Semua harapan yang aku impikan dulu terkubur
I trusted you, and you betrayed me.
____________________________________
Tajuk : The Last Love
Tarikh : 06/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)Jangan lupa vote setiap bab🤍✨
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...