You are my destiny and she is my history
- Luthfan Darren
______________________________________Seharian hari ni aku monyok, sebab apa? Sebab merajuk dengan Tengku Darren, hari ni dia tak mesej aku pun. Nampak sangat tak rindu aku, oh ya.. hari ni aku tak pergi kolej. Daddy dengan mommy tak izinkan sebab aku muntah-muntah aje hari ni
"Assalamualaikum isteri abang"
Aku buat bodoh aje apabila Tengku Darren yang baru saja pulang itu mendekati aku, salam dijawab didalam hati. Macam biasalah, kita ni sebagai perempuan.. kalau tak merajuk memang tak sah!
"Aik, kenapa monyok aje ni? Maya dah makan belum? Kalau belum, jom makan.. abang ada belikan bubur untuk Maya" Tengku Darren menyangkut suitnya menggunakan hanger, lalu dia mendekati aku. Dia menghulurkan tangan kanannya
Walaupun merajuk, aku tetap perlu salam dengan dia. Lembut aku mengucup tangannya, Tengku Darren tersengih. "Sayang.. abang cakap dengan Maya ni, kenapa diam aje ni?" Sekali lagi Tengku Darren bersuara membuatkan aku memandangnya
"Entah." Sepatah saja aku menjawab membuatkan dahi lelaki itu berkerut, dia duduk disebelah aku lalu menyuruh aku menghadap kearahnya. Dia mencapai tangan kanan aku lalu dikucup
"Abang minta maaf sebab balik lambat, tadi ada mesyuarat dengan client"
Aku masih lagi diam, enggan membalas membuatkan Tengku Darren mengucup dahi aku lembut. Lama kami berada dalam keadaan seperti itu. "Maya.. abang tahu abang salah, sebab hari ni abang tak mesej Maya, abang tak telefon Maya. Tapi ketahuilah yang abang sangat rindukan Maya, abang sedih tau bila abang tak boleh dekat dengan Maya. Tapi tak apa, abang faham.. itu bukan kehendak Maya. Benda ni jadi sebab abang juga kan" Lembut dia bersuara, masih lagi berusaha untuk memujuk aku
"Kalau betul rindu, kenapa tak mesej?" Soalku, Tengku Darren mencuit hidung aku membuatkan aku memandangnya geram
"Hari ni abang betul-betul busy, kalau Maya tak percaya. Maya telefon Raisha, dia yang uruskan jadual abang" Jawabnya, aku pula hanya buat-buat tak dengar. Sebenarnya tak ada apa pun, cuma aku terasa sebab dia tak mesej aku aje
Melihat aku yang masih lagi diam membuatkan Tengku Darren mengeluh kecil, dia menggenggam tanganku dengan erat. "Sayang.. sampai bila Maya nak merajuk dengan abang ni?" Penuh lemah lembut dia menyoal, tangan aku masih lagi berada didalam genggamannya
"Kenapa? Awak dah malas nak layan karenah saya ke? Ye lah.. saya tahu lah yang saya ni macam budak-budak, manja pula tu. Tak macam bekas isteri awak kan?" Entah apa yang merasuk diri aku sekarang ni, aku pun tak tahu. Berkerut dahinya
"Abang tak sukalah Maya cakap macam ni. You are my destiny and she is my history, it's totally different between you and Leona. Maya tahu abang macam mana kan? Abang tak akan kutip balik benda yang abang dah buang" Sedikit tegas Tengku Darren bersuara
"Memanglah saya tahu awak tu macam mana, tapi tak mustahil kan? Siapa tahu yang suatu hari nanti, saya pun akan dibuang dan tak akan dikutip balik macam Leona."
Tengku Darren menggelengkan kepalanya, penat mahu melayan perangai aku yang macam budak-budak ni. "Sedangkan Leona yang cantik macam model tu pun kena cerai, apatah lagi saya?" Sambungku lagi, ya aku tahu yang sekarang ni aku salah sebab nak memburuk-burukkan lagi keadaan. Bunuh jelah aque!
"Siapa cakap? Di mata abang ni, hanya Maya saja yang sempurna tau? Jadi.. abang akan tetap pilih isteri abang, tak kiralah apa yang terjadi." Penuh romantis dia berkata, ini yang buatkan aku cair dengan Tengku Darren. Kalau dia marah, dia tak tengking atau tinggikan suara pada aku
"Maya pernah tak tengok cerita Melur Untuk Firdaus?" Tiba-tiba Tengku Darren menyoal, aku mengangguk kepala membuatkan lelaki itu tersenyum
"Kalau dalam drama, tajuknya Melur Untuk Firdaus kan? Tapi.. kalau dalam realiti pernikahan kita, Darren Untuk Darena."
"Kenapa pula terbalik? Bukan ke sepatutnya Darena Untuk Darren?" Tanya aku hairan, semakin lebar senyuman suami aku saat ini
"Darren Untuk Darena, sebab? Abang yang terlebih dahulu mencintai Maya, abang yang terlebih dahulu mengejar cinta Maya dan abang yang terlebih dahulu bertekad untuk menjadikan Maya sebagai suri dihati abang. Pendek kata, abang telah ditakdirkan untuk bersama dengan Maya.. tak kira lah apa pun yang terjadi" Sambungnya dengan nada yang paling romantis membuatkan bibir aku menarik senyuman, aduhai nasib kau lah Maya dapat suami sweet talker!
Laju saja Tengku Darren mencuit hidung aku. "Kan comel kalau isteri abang ni senyum macam ni, dah tak merajuk kan? Jom, kita turun makan" Tengku Darren bangkit dari duduk, tangannya siap sedia untuk membantu aku bangun
"Saya minta maaf tau kalau saya buat awak terasa" Ujarku seikhlas hati, lelaki itu tersenyum. Dia menunduk mengucup ubun-ubun aku lalu menggeleng kepala
"Abang faham perasaan Maya, biasalah bila mengandung ni. Emosi akan jadi kurang stabil, dah-dah jangan fikir lagi. Sekarang ni jom kita turun makan, daddy, mommy dengan Luthfy tengah tunggu tu"
Kami berdua turun ke tingkat bawah, kelihatan semua orang sudah berada di meja makan. "Haa turun pun pasangan merpati sejoli ni" Sindir Luthfy membuatkan suami aku menumbuh bahu adiknya ith
"Luth, minggu depan kamu kena pergi Sarawak kan?" Daddy mula membuka topik, aku pandang Tengku Darren dan daddy silih berganti. Eh? Kenapa aku tak tahu pun?
Tengku Darren mengangguk. "Ya, dalam tiga hari macam tu.. katanya projek dekat situ ada masalah, jadi nak tak nak Luth kena pergi juga" Jawab Tengku Darren sopan, dia mengerling kearah aku
"Awak tak cakap pun?"
"Hari tu kan abang dah cakap, masa kita dekat Switzerland?" Balasnya, terangguk-angguk kepala aku. Bubur nasi disuap kedalam mulut, ini aje makanan yang boleh masuk dalam tekak aku buat masa sekarang.
Tak apa lah, untuk baby ni mama sanggup bertahan. Bak kata Afgan?
Untukmu aku akan bertahan
Dalam gelap takkan kutinggalkan
Engkaulah teman sejati
Kasihku di setiap hariku"Maya, awak tak nak ajak Yana datang sini ke? Bukan apa.. mana lah tahu nanti bila along pergi Sarawak, awak takut tidur sendiri ke?" Luthfy mencelah, aku terdiam seketika. Ya tak ya juga kan? Kalau ajak minah tu, tak adalah aku kesunyian sikit?
"Eleh! Sebenarnya kau nak mengorat dia kan?" Muncul sudah batu api, siapa lagi kalau bukan suami aku. Di sebabkan aku malas nak melayan dia orang bertekak, aku menyambung makan
____________________________________
Tajuk : The Last Love
Tarikh : 05/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...