Chapter 56

2.8K 71 1
                                    

It hurts when you realize you are not important to someone as you thought you were.
- Maya Darena
______________________________________

Selama dua jam kami berada di sini, macam-macam jugalah aktiviti yang aku dan Tengku Darren buat. Rasanya dah hampir seratus gambar yang kami ambil bersama, katanya untuk buat kenangan dan simpan dalam album

 Rasanya dah hampir seratus gambar yang kami ambil bersama, katanya untuk buat kenangan dan simpan dalam album

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pandang dua ketul orang salji yang aku dan Tengku Darren buat, rasa dicintai. Ya, rasa sangat dihargai bila aku bersama dengan Tengku Darren. Walaupun proses perkenalan kami mengambil masa yang singkat, macam-macam aku tahu tentang dia.

"Comel kan?" Ujar aku membuatkan Tengku Darren menunduk, turut memandang orang salji itu. Pantas dia mengangguk kepala, bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi

"Orang-orang salji ni adalah bukti betapa cintanya abang pada Maya, jadi sebagai singkatannya. Dua orang salji ni bukti untuk perkahwinan kita berdua" Penuh romantis dia berbisik membuatkan aku tersenyum, alahai penatlah asyik blushing aje dengan suami sendiri

Baru saja aku ingin membalas, tiba-tiba telefon milik Tengku Darren berdering minta diangkat. Pantas lelaki itu menyeluk poket mengeluarkan telefon, mata dikerling kearah skrin telefon Tengku Darren

Leona Adhia.

Terus aku mencebikkan bibir, dapat aku lihat Tengku Darren mengerling kearah aku sebelum dia menjawab panggilan tersebut. "Hello? Ada apa Leona?" Tanya Tengku Darren, aku buat-buat bodoh. Tangan bermain-main dengan salji lalu digumpal menjadi bola

"Oh ya? Kalau macam tu baiklah." Lelaki itu menekan tombol merah lalu dia duduk mencangkung disebelah aku, mengukir senyuman nipis sambil menatap aku yang masih lagi menundukkan wajah

"Malam ni kita makan dekat luar eh? Abang bawa Maya makan dekat tempat paling spesial"

Terus aku angkat wajah dengan mata yang bersinar. "Okey, tapi kenapa Leona telefon awak?" Soalku ragu-ragu, lelaki itu menjongket bahunya

"Jom?" Ajaknya membuatkan dahi aku berkerut

"Pergi mana?"

"Balik rehat dulu, nanti malam kita keluar makan. Lepas tu kalau Maya nak pergi shopping ke apa, kita pergi"

****

Suasana malam di negara sejuk ini tersangatlah nyaman, memandangkan malam ini aku dan Tengku Darren akan keluar makan bersama. Aku hanya memakai dress abaya berwarna hitam, kemudian aku hanya mengenakan solekan nipis di wajah aku. Suami aku cakap.. kalau aku tak bersolek pun dah cantik sangat, ini kan pula kalau bersolek.

Ehek! Gediknya kau Maya, sejak kahwin ni bukan main eh? Selendang berwarna cream di lilitkan diatas kepala, dari pantulan cermin dapat aku lihat ada sepasang mata yang sedang memerhati kearah aku dengan senyuman dibibir. Entah apa yang bermain difikiran lelaki itu, aku pun tak tahu

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now