Chapter 52

3K 78 0
                                    

True friends are not the ones who make your problems disappear, they are the ones who will never disappear when you are facing problems
- Adriane Dayana
______________________________________

Air mata yang bergenang sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh, aku tak akan menangis dihadapan papa. Cukuplah arwah mama menangis dan merayu untuk papa, aku tak akan mengulangi kesilapan yang sama

Menangis kerana lelaki sampah.

"Maya nak tahu sangat papa, apa yang papa benci sangat dengan Maya? Apa yang Maya dah buat dekat papa sampai papa buang Maya bertahun-tahun dari hidup papa? Sejak Maya lahir sampai Maya dah umur 25 tahun, papa tak pernah anggap Maya ni sebagai anak kandung papa! Kenapa papa?" Sayu aku berkata, kelihatan wajah papa berubah turut menjadi sayu

"Cukup Maya, kamu tak faham apa yang papa rasa selama ni! Papa sakit dengan semua yang berlaku!"

Aku tersenyum sinis mendengar kata-kata yang baru saja dilontarkan oleh papa. "Papa nak cakap pasal sakit? Papa sedar tak dari Maya kecil sampai besar, Maya tanggung sakit Maya seorang diri tanpa ada sesiapa pun disisi Maya, tak cukup lagi ke sakit yang Maya tanggung? Maya dah cukup terluka dengan semua ni papa." Mendatar suara aku berkata, air mata yang ditahan akhirnya mengalir membasahi pipi

"Mama kamu mati disebabkan kamu! Kalau kamu tak lahir, sakit yang mama kamu tanggung tak akan jadi makin teruk Maya!" Bentak papa, aku hanya tersenyum tawar. Ayat yang sama papa cakap pada aku beberapa tahun yang lalu

"Kenapa papa selalu salahkan Maya? Bukan Maya yang minta untuk lahir dekat dunia yang kejam ni papa, bukan Maya! Kalau masa boleh diputar, Maya tak nak lahir dekat dunia ni. Papa juga yang cakap, kematian arwah mama adalah berpunca dari Maya kan? Kalau Maya penyebabnya, kenapa papa dan mama lahirkan Maya dekat sini?!" Jeritku membuatkan papa tergamam, jelas wajah lelaki itu terkejut dengan kata-kata aku

Tangisan aku menjadi semakin kuat apabila seseorang datang memeluk aku, aku tak pasti siapa. Tapi pelukan yang hangat itu mampu membuatkan hati aku tenang, akhirnya aku menangis dalam dakapannya. Melepaskan semua kesakitan yang aku rasakan

"Maya.. papa minta maaf"

Itu saja ayat terakhir yang aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap, kepala aku mulai terasa berat. Seolah-olah semuanya sedang berputar.

Akhirnya, aku rebah didalam dakapan orang tersebut.

.

.

.

"Maya belum sedar lagi?"

Suara itu menyapa ditelinga, berkerut dahi aku apabila terasa ada cahaya yang menyilau dimata aku. Perlahan-lahan mata dibuka, kelihatan Yana sedang merenung kearah aku. Jelas wajahnya kerisauan

"Ya Allah Maya, kenapa kau boleh jadi macam ni?" Pantas gadis itu memeluk tubuh aku erat, terkebil-kebil aku memandangnya dan Tengku Darren

Dekat mana ni? Apa yang dah terjadi? Kenapa orang lain nampak macam risau aje dengan aku?

"Maya? Kau dengar tak aku tanya ni?" Soalnya lagi membuatkan aku mengangguk perlahan

"Kepala aku sakit.." Ujarku perlahan, kepala disembamkan pada dada gadis itu. Dapat aku rasakan Yana menoleh kebelakang, mungkin mengerling kearah Tengku Darren yang sedang menyaksikan drama kami

Jari jemarinya mengusap belakang aku dengan lembut. "Kau nak apa-apa tak? Ish aku risaulah dengan kau ni Maya, kau tahu tak hampir gugur jantung aku bila suami kau telefon cakap yang kau pengsan dan tak sedarkan diri tadi?" Bebelnya membuatkan aku tersenyum, aku rindu nak dengar bebelan dia

"Aku lapar.."

Serentak itu kedengaran seseorang ketawa halus, pantas aku mengangkat wajah memandang suami aku yang sedang tersenyum. Tajam saja aku merenungnya

"Kenapa awak gelak?" Soalku tak berpuas hati, terjongket sebelah keningnya

"Salah ke kalau abang gelak?" Tengku Darren menyoal kembali

"Salah"

"Kenapa salah?"

"Sebab salah" Selamba aku menjawab membuatkan lelaki itu menghampiri aku, dengan selamba tangannya menarik hidung mancung aku

Wajah cemberut ditayangkan membuatkan Tengku Darren dan Yana ketawa. "Apa ni tarik-tarik hidung orang, nanti merah macam mana?" Cebikku. Makin kuat lelaki itu ketawa

"Tak apa, makin bertambah kecomelan isteri abang ni kalau hidung dia merah" Kata Tengku Darren, sempat dia mengenyit mata kepada aku sebelum dia keluar daripada bilik

Aku masih lagi menayangkan wajah tak puas hati, dah lah tarik hidung aku. Lepas tu boleh pula dia blah macam tu aje? Kepala ditoleh pada Yana yang dari tadi tersengih

"Apa kau sengih-sengih? Dah macam kerang busuk aku tengok" Marah aku, makin lebar sengihan gadis itu

"Dah jatuh cinta ke?" Sakatnya sambil menjongket kening berkali-kali, aku memutarkan mata keatas

"Tak!"

"Eleh.. kalau belum jatuh cinta, mana mungkin kau sanggup kahwin dengan dia kan?" Sakat Yana lagi membuatkan aku ketap bibir, dapat aku rasakan pipi aku membahang

"Alalala pipi merah-merah tu kenapa? Nak cendol?" Pantas tangan aku menghempuk Yana menggunakan bantal, gadis itu ketawa

"Mengaku aje lah kau cintakan dia, itu pun susah ke?"

"Kau sendiri tahu jawapan aku Yana, kenapa kau masih lagi tanya? Sengaja nak buat aku marah?" Aku mencebik bibir, gadis itu mengangguk. Kedua-dua belah tangan diletakkan diatas bahu, kemudian aku memutarkan mata keatas

Terhambur tawa besar gadis itu.

"Nampak macam monyet tapi versi cantik" Kutuknya lalu ketawa, aku turut ketawa mendengarnya

"Terima kasih Yana sebab kau sentiasa ada dengan aku, disaat aku suka dan duka. Setiap kali aku dalam masalah, kau sentiasa hadapi masalah tu dengan aku. Aku hargai sangat" Ujarku seikhlas hati, lebar senyuman gadis itu

"True friends are not the ones who make your problems disappear, they are the ones who will never disappear when you are facing problems" Balas Yana lagi

TOK! TOK! TOK!

Serentak aku dan Yana menoleh kearah pintu, kelihatan Tengku Darren sedang membawa satu dulang kepada kami. Kelihatan lelaki itu tersenyum

"Aku keluar dulu lah, enjoy!" Sempat Yana menyakat aku sebelum dia keluar ingin memberi ruang kepada kami, aku ketap gigi. Kepala didongak memandang sang suami yang sedang meletakkan dulang diatas meja kecil

Ada bubur ayam dan juga air suam.

Serta merta aku mencebikkan bibir, ingat aku sakit ke nak makan bubur-bubur ni?

"Kenapa?" Tanya Tengku Darren

"Saya tak nak makan bubur" Aduku sambil membuat muka comel pada Tengku Darren, ingin meraih simpati

Lelaki itu tersenyum. "Tapi Maya tetap kena makan, dah jangan nak mengada.. sedap tau bubur ni. Mommy yang masakkan untuk Maya" Tangannya mencapai mangkuk itu, bubur dicedok menggunakan sudu lalu disua ke mulut aku

Aku tidak membuka mulut, sebaliknya masih lagi mencebikkan bibir. "Bukalah mulut tu sayang.. makan sikit, please?" Rayuan Tengku Darren itu membuatkan aku mengeluh kecil, akhirnya aku mengangguk kepala

Lebar senyuman lelaki itu

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now