Once you started the game, you can't turn back to the lobby
- Darren Luthfan
____________________________________Aku duduk diatas kerusi yang disediakan, seorang lelaki yang memakai suit berwarna kelabu itu sedang membelakangi aku. Entah apa yang dia buat aku pun tak tahu, dia fikir ni drama ke?
Hiasan di dalam bilik CEO ini juga berwarna matte black, sangat elegant! Pandai dia pilih, mata aku menatap papan kecil yang berwarna hitam dan keemasan itu
(CHIEF EXECUTIVE OFFICER)
MR. LUTHFAN DARRENAku terdiam seketika, otak sedang menganalisis lelaki yang bernama Tengku Darren pagi tadi. Adakah ianya orang yang sama? Hati semakin berdebar untuk melihat wajah lelaki yang sedang membelakangi aku sekarang
Aku melihat lelaki itu sedang memegang satu fail berwarna hitam
"Engku Maya Darena binti Dato' Adam Johari" Suara husky itu berkata namaku, ya Allah kenapa suara dia pun sama macam lelaki tadi? Lelaki itu memusingkan badannya yang sado itu, seketika anak mata kami bertembung membuatkan aku tergamam
Lelaki itu turut tergamam dengan kehadiran aku disini. "Kau? Bukan ke kau budak perempuan yang tumpahkan air pada baju aku pagi tadi kan?" Suaranya yang garau itu membuatkan bulu roma aku meremang, garaunya suara!
Perlahan-lahan aku mengangguk kepala bagi menjawab pertanyaan Tengku Darren. "Saya lah tu, tapi saya tak sengaja" Ujarku sambil menundukkan wajah, tak mampu untuk melihat lelaki yang sedang mencerlung tajam kepada aku. Seram!
Tengku Darren berpeluk tubuh. "Okay, so introduce yourself. Young lady" Kata Tengku Darren, perlahan lahan aku hulurkan satu fail berwarna merah jambu kepadanya. Semua ini ada maklumat tentang diri aku, dari sijil lahir sampai sijil pelepasan degree
Tangan kasar itu mengambil huluran fail, aku panggung kepala seketika. "Nama saya Engku Maya Darena, tarikh lahir saya 22 May tahun 1998" Terang aku sambil ukir senyuman kekok, bukan apa. Tengku Darren pandang aku macam nak telan sekarang ni
"Kenapa kau nak kerja dekat sini? Sebagai personal assistant pula tu?"
Aku gigit bawah bibir seketika, ini semua salah Yana! Kenapa dia suruh aku jadi personal asisstant mamat ni pula? "Saya baru aje tamat zaman degree minggu lepas, jadi tak salahkan kalau saya nak cuba nasib untuk bekerja disini? Tentang personal assistant ni, boleh Tengku Darren terangkan tak dekat saya macam mana pekerjaan dia?" Pintaku, berkerut seketika dahi lelaki itu
Alamak, aku salah cakap ke?
Kedengaran keluhan kecil keluar daripada mulut lelaki itu. "Personal assistant, kerja dia untuk uruskan segala benda tentang boss kau, kau perlu uruskan jadual mesyuarat, kau perlu uruskan jadual harian dan ikut kemana sahaja boss kau pergi. Boleh dikatakan, kerja kau seolah-olah sebagai seorang isteri yang akan uruskan semua makan minum, jadual dan juga pemakaian suami. Faham?" Soalnya dengan nada yang sedikit sinis, aku ketap bibir
Biar betul? Aduh lecehnya ya Allah, siap lah kau Yana. Aku siat kau hidup-hidup nanti
"Faham tak?" Tanya Tengku Darren sekali lagi membuatkan aku mengangguk kepala, lelaki itu membetulkan suitnya untuk kelihatan lebih kemas
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...