Chapter 65

2.7K 64 3
                                    

I'm not that dumb to trust you again!
- Maya Darena
______________________________________

Lengan Yana dipeluk sambil kaki sedang berjalan menuju ke library, tamat saja kelas tadi kami membuat keputusan untuk pergi ke library memandangkan ujian midsem  beberapa minggu saja lagi. Baru saja ingin melangkah masuk kedalam perpustakaan, seseorang menegurku

Aku menoleh, reaksi menyampah dihadiahkan pada Rayyan. "Kau nak apa lagi?" Soalku bosan, ini lah sebab nya aku malas untuk datang ke kampus. Sebab kena hadap perangai jantan yang tak sedar diri ni

"I want to talk with you, Maya." Balas Rayyan, aku tersenyum sinis. Nak cakap apa lagi?

"Sorry, not interested" Sinis aku berkata lalu aku menarik tangan Yana untuk masuk kedalam perpustakaan itu, ramai pelajar yang sedang membaca disitu. Macam yang aku cakap lah, kami perlu usaha lebih untuk kali ni.

Aku melabuhkan punggung diatas sofa, beg laptop diletakkan diatas satu meja kecil. Yana pula sudah hilang entah kemana, katanya ingin mencari buku tentang management accounting. Aku pula hanya mengeluarkan laptop dari beg, namun ada seseorang yang duduk di hadapan aku.

Kepala di dongak, sekali lagi aku mendengus geram. Kenapa mamat ni asyik menghantui hidup aku? Apa lagi yang dia nak? Jangan sampai aku hempap kepala dia guna laptop ni, kang ada yang masuk hospital!

"Apahal kau dekat sini?" Soal Yana yang baru saja muncul, jelas sekali gadis itu turut menyampah dengan kehadiran Rayyan

"Kenapa aku tak boleh ada dekat sini?" Soalnya kembali, aku lihat Rayyan turut mengeluarkan laptop dan beberapa jenis buku. Memang tak dapat dinafikan, lelaki ini seorang yang bijak. Dulu waktu degree, dia termasuk pelajar yang boleh pakai selempang pink. Bermaksud, setiap sem dia dapat 4 flat.

Alhamdulillah aku dan Yana pun termasuk dalam kalangan selempang pink, proud with myself!

"Macam tak ada tempat lain" Gumamku, mata tertumpu pada skrin laptop. Lama kami berdiam diri, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Baguslah kalau si Rayyan ni senyap, aman sikit hidup aku

Ting! Ting!

Baru saja aku ingin mencapai telefon, ada tangan yang terlebih dahulu mengambil telefon aku. Rayyan membaca mesej aku! "Apa kau buat ni?!" Marah aku, namun nada tetap di kawal. Tak mahu menganggu pelajar yang lain untuk belajar

"Suami kesayangan awak mesej, rindu katanya. Macamlah tak jumpa setahun!" Sinis Rayyan, dia menghulurkan telefon aku kembali

"Kau jangan nak menyibuk hal orang boleh tak? Tiba-tiba aje rampas telefon orang, kau tak ada life ke?" Penuh sarkastik aku berkata, aku membuka aplikasi whatsapp

"Attention seeker" Tambah Yana membuatkan aku ketawa, puas hati aku melihat wajah Rayyan yang tidak berpuas hati itu

Husband : Maya, dah habis class ke? Abang rindulah

Husband : Kalau dah habis class, call abang tau? Bye sayang❤️

Sedar tak sedar bibir aku menarik senyuman, alahai cair lah pula. Kenapa suami aku ni selalu aje buat hati aku rasa nak meletup? Aku bangun daripada sofa, sempat aku membuat isyarat pada Yana yang aku nak cakap telefon

Keluar saja dari perpustakaan, aku menekan nombor Tengku Darren. Tak sampai lima saat, lelaki itu sudah menjawab panggilan aku. "Hello assalamualaikum, awak tengah buat apa tu?" Sapa aku, kedengaran suami aku ketawa kecil

"Abang tengah fikirkan Maya"

Aku memutarkan mata keatas, eleh nampak sangat yang suami aku tengah free sekarang. "Fikirkan saya? Fikir tentang apa?" Sengaja aku menyoal soalan begitu

"Hmm, abang tengah fikirkan senyuman Maya. Masyaallah cantiknya, manis pula tu. Dah macam bidadari syurga." Balasnya ditalian, aku tersengih dalam diam. Kalau ikutkan hati memang nak melompat dekat sini, tak sangka suami aku ni sweet orangnya

"Ya ke? Dasar sweet talker!"

Terhambur tawa suami aku, membuatkan aku turut ketawa. "Abang letak dulu ya? Ada meeting kejap lagi, nanti pesan dekat Yana bawa kereta elok-elok. Take care Maya, assalamualaikum" Tengku Darren menamatkan panggilan telefon, aku tersenyum. Telefon di simpan lalu aku memusingkan badan ke belakang, bulat mata aku melihat Rayyan yang sedanh berpeluk tubuh

"Kau buat apa dekat sini? Oh, kau curi-curi dengar eh?" Tuduh aku, eh ini bukan tuduh. Tapi ini kenyataan, kalau dia tak curi-curi dengar.. kenapa dia ada dekat sini?

"Awak memang cintakan Darren?"

Soalannya itu membuatkan aku ketawa sinis. "Dia suami aku, mestilah aku cintakan dia. Soalan jenis apa kau tanya ni?" Kata aku, baru saja ingin melangkah menjauhinya. Tiba-tiba tangan aku dicengkam erat, pantas aku menoleh padanya dengan pandangan tajam

"Jangan sentuh aku!" Aku merentap kasar, Rayyan mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah

"Tapi kenapa awak tak boleh terima saya Maya? Saya pun cintakan awak, malahan lebih dalam dari lelaki tak guna tu!" Rayyan membentak, banyak mata yang sedang memerhati kearah kami

"Kau dah lupa ke Rayyan? Ataupun kau buat-buat lupa? Dulu aku pernah cintakan kau, aku pernah sayangkan kau dan aku pernah percayakan kau! Tapi apa yang aku dapat?" Soalku sinis, aku berpeluk tubuh memandang Rayyan

Tajam.

"Aku cuma dapat pengkhianatan! Kau tipu aku, kau curang dengan aku dan kau tidur dengan perempuan lain di belakang aku! Lepas tu kau tanya aku kenapa aku tak boleh terima kau? Soalan bodoh apa kau tanya ni?" Penuh sarkastik aku menyoal, dalam masa yang sama aku terhibur dengan kebodohan Rayyan

Dia ingat aku bodoh ke untuk terima dia balik lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu? Sorry Rayyan, I'm not that dumb to trust you again!

Rayyan meraup wajahnya, aku lihat beberapa orang sedang berbisik-bisik. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakan, tapi itu lah hakikat! "Tak boleh ke awak bagi saya peluang kedua, Maya? Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya pernah buat dulu, please Maya.. I'm begging you. You can't do this to me!" Seperti orang gila, Rayyan menjerit

Aku tersenyum sinis, kelakar melihat Rayyan yang sudah hilang akal.

"In your dream! I will never do the same mistakes anymore!" Sebaik saja aku berkata begitu, aku meninggalkan Rayyan sendirian. Kaki pantas masuk kedalam perpustakaan, menyuruh Yana menyimpan semua barang-barangnya

"Kenapa? Apa yang Rayyan buat dekat kau?" Soal Yana terpinga-pinga, baru aje masuk untuk belajar? Eh tiba-tiba nak balik?

"Aku peninglah, tak cukup rehat rasanya. Jomlah kita balik, kau lepak lah rumah aku dulu" Usai saja memasukkan laptop didalam beg, aku menarik tangan Yana supaya mengikuti aku

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 02/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Jangan lup vote setiap bab🤍

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now