I've messed up and I know it, please give me another chance. I truely need you in my life
- Maya Darena
______________________________________Sejadah dibentangkan untuk sang suami, aku sudah siap memakai telekung dan sedang menanti kehadirannya untuk solat berjemaah. Aku harap Allah lembutkan hati dia untuk maafkan aku, sebab aku tak ada sesiapa selain dia..
Pintu dikuak daripada luar membuatkan aku menoleh kepadanya, terjongket sebelah keningnya. Rambutnya yang basah itu cukup menandakan bahawa dia sudah mengambil wudhu
"Awak.. jom solat berjemaah, dah banyak hari kita tak solat sama-sama" Tegurku dengan suara yang lembut, melihat anggukan kepalanya itu membuatkan aku tersenyum gembira
Tengku Darren berdiri betul-betul di atas sejadah, takbiratul ihram dibaca.
"Allahuakhbar"
****
Usai menunaikan solat fardhu, aku menadahkan tangan apabila Tengku Darren mula membafca doa
Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Darren, lelaki itu merenung sepi tangan aku. "Kenapa? Awak tak nak saya salam awak ke?" Soalku sayu, kedengaran dia mengeluh kecil lalu bangun daripada duduk. Dia melipat sejadah tersebut, cepat-cepat aku bangun dan meraih tangannya membuatkan Tengku Darren menoleh pada aku
"Janganlah macam ni, tolonglah cakap dengan saya macam biasa. Saya tersiksa sangat bila awak tak hiraukan saya macam ni.."
"Abang penat, Maya." Ujarnya lembut namun nadanya masih dingin, aku menggelengkan kepala berkali-kali
"Awak tipu.. awak cakap awak penat tapi sebenarnya awak nak larikan diri daripada saya, awak tak nak bercakap dengan saya. Awak dah tak cintakan saya ke?" Lirih aku berkata, wajahnya berubah saat ini namun tiada kata-kata yang keluar daripada mulutnya
Aku tersenyum hambar. Dada terasa semput tiba-tiba, semuanya menjadi kelam. Aku memeluk tubuh sasa itu dengan erat, menyandarkan kepala aku di dada bidangnya. Dapat aku rasakan degupan jantungnya yang laju, bibir tersenyum kecil lalu aku mendongak memandangnya.
"Kalau awak tak mahu bercakap dengan saya, tak apa.. saya faham." Kata aku, pelukan masih lagi belum dilepaskan
"Saya percayakan takdir, sekuat apa pun kita usaha untuk tetap bersama, kalau Allah tak mentakdirkannya.. apa yang kita boleh buat?" Lembut saja aku berkata, air mata yang sedaya upaya ditahan akhirnya mengalir juga. Wajah Tengku Darren saat ini berubah menjadi simpati, senyuman kecil diukir padanya
"Selagi masih lagi ada cinta dihati awak, selagi hati awak masih tetap inginkan saya dan selagi jantung awak berdegup kencang setiap kali kita bersama.. saya tak akan pernah menyerah." Ujarku serius, dapat aku rasakan degupan jantungnya yang semakin laju itu. Namun Tengku Darren masih lagi mendiamkan diri, tiada satu pun kata yang keluar dari mulutnya
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...