I love to see your jealousy face
- Luthfan Darren
____________________________________Butang untuk mengepam tandas ditekan lalu aku membuka pintu bilik air itu, bulat mataku memandang seorang wanita yang sedang mengukir senyuman pada aku. Jantung berdegup kencang apabila dia melangkah setapak demi setapak kearah aku membuatkan aku kembali masuk ke dalam bilik air
Leona!
Apa yang dia buat dekat sini? Kenapa dia dekati aku macam ni?
"Hye Maya! Tak sangka kita jumpa dekat sini kan?" Tegurnya ramah sambil tersenyum manis, aku hanya senyum kekok
"Hai" Itu saja yang keluar dari bibir aku, dia mendekati aku membuatkan aku bersandar pada dinding bilik air. Anak matanya yang berwarna hitam pekat itu melirik aku dari atas hingga bawah, makin lebar senyuman dibibir wanita itu
Seram!
"Datang dengan siapa?" Leona bertanya dengan nada berbisik, aku teragak-agak untuk menyebut nama Tengku Darren. Patut kah aku jujur?
"De.. dengan kawan"
Terjongket sebelah kening Leona, dia ketawa kecil. "Kenapa tergagap-gagap tu? You takut dengan I ke, Maya?" Soal wanita itu membuatkan aku tersenyum kekok
'Siapa aje yang tak takut kalau dalam keadaan macam ni? Lagi-lagi kalau sama jenis!' Desis hati aku
"Haha.. takut? Mana ada saya takut dengan awak" Aku mengatur nafas apabila Leona merapatkan wajahnya dengan wajah aku, dapat aku rasakan hembusan nafasnya yang menyapa wajah aku. Air liur diteguk kesat
Jari jemari Leona bermain diwajah aku, dari pipi kemudian perlahan-lahan jarinya turun ke bibir mungil aku membuatkan aku menolak tubuhnya perlahan lalu keluar dari bilik air itu. Aku menuju ke sinki, pili air dibuka lalu aku mencuci tangan
Aku tersentak apabila ada tangan yang melingkar dipinggang aku, memeluk aku dari belakang. Leona meletakkan kepalanya diatas bahu aku membuatkan aku kaku, dah buang tebiat ke apa dia ni?
"I suka bau badan you, wangi"
Zzzuuuppp!
Serta merta aku meremang, seluruh bulu dibadan terasa naik apabila dipuji sebegitu. Aku mengemam bibir, berharap ada sesiapa yang masuk kedalam tandas ni
"Maya.." Panggil Leona dengan nada suara yang meleret, terkebil-kebil aku pandang wanita itu melalui pantulan cermin. Matanya juga turut memandang aku
"You suka Darren tak?"
Berkerut dahi aku mendengar pertanyaan Leona, aku merungkaikan pelukannya lalu memusingkan badan menghadap Leona. Dia meletakkan tangan kanan dan kiri di sisi aku membuatkan aku terkurung di dalam perangkap nya
"Kenapa awak tanya?" Soalku kembali, dia merenung tepat kedalam anak mata aku. Memang tak dapat dinafikan wanita itu cantik, mempunyai badan yang tinggi dan bertubuh langsing. Memang ciri-ciri wanita idaman bagi kaum Adam
Leona mengukir senyuman, entah kenapa setiap kali melihat senyuman itu. Aku rasa takut seolah-olah itu adalah senyuman maut
"Saja tanya, sebab I nampak kau orang berdua rapat. Mesti you cintakan Darren, betul tak?" Sekali lagi Leona bertanya membuatkan aku hanya ukir senyuman nipis, tidak berminat untuk menjawab pertanyaan itu
Aku pura-pura mengerling jam ditangan. "Alamak, saya dah lambat. Saya rasa saya perlu pergi dulu, ada kerja. Bye!" Baru saja aku ingin keluar daripada tandas, terasa seperti tangan aku ditarik seseorang hingga badan aku terdorong dalam pelukan Leona
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...