Chapter 13

3.3K 98 1
                                    

Allah heard your dua, Allah know you're hurting inside and Allah know you're crying silently. Just be patient
- Luthfan Darren
____________________________________

Suasana di dalam kereta hanya sunyi, cuma bertemankan musik mp3 yang dipasang oleh Tengku Darren. Kami berdua lebih selesa mendiamkam diri, pandangan aku lontarkan ke luar tingkap kereta. Melihat pemandangan yang indah, mesti lah indah. Ciptaan Allah, semuanya cantik-cantik

"Kita nak pergi mana?" Aku menyoal apabila kereta yang dipandu Tengku Darren mula masuk ke persimpangan negeri Pahang, aku lihat Tengku Darren hanya diam sambil tersenyum nipis

Tidak menjawab, sebaliknya dia tekun memandu. Aku putar mata keatas, rasa menyampah. Kalau aku tak jawab soalan dia, tahu pula marah. Bila aku tanya soalan dekat dia, tak mahu jawab pula

Fikiran aku melayang kepada Yana, pagi tadi ada drama air mata diantara aku dan gadis itu. Siapa yang menangis? Sudah tentu aku, hahaha

Bukan apa, aku tak selesa lah bila pergi jalan-jalan tanpa Yana. Berdua dengan boss sendiri pula tu

FLASHBACK

"Tolong lah aku Adriane Dayana, kau pujuk lah Tengku Darren untuk ikut sekali. Aku tak nak pergi berduaan dengan dia!" Aku merengek seperti anak mahukan gula-gula

Yana menjeling. "Hey! Kau nak aku ikut kau pergi dating dengan boss? Memang tak lah Maya oi, tak kuasa aku nak dengar perbualan romantis antara kau dengan dia" Jawab Yana sambil berpeluk tubuh, aku bercekak pinggang

Dating? Perbualan romantis? Euw!

"Macam mana kalau Tengku Darren buat benda tak senonoh dekat aku? Macam mana kalau dia nak culik aku lepastu jual aku dekat Thailand? Kau kena tolong aku Yana, cepatlah selamatkan aku daripada Tengku Darren!" Aku merayu, bukan merayu tapi merapu! Argh tak kisah lah, yang penting perempuan ni perlu tolong aku!

Kelihatan gadis itu menggeleng kepalanya berkali-kali, mungkin penat dengan karenah aku yang seperti budak-budak ini

"Buat apa boss nak jual kau dekat Thailand tu? Duit dia dah berlambak ya Maya Darena, sedar sikit dia tu boss kau. Cuba lah jangan fikir perkara negatif" Marah Yana, aku mencebikkan bibir. Cuba meraih simpati

TING TONG

Baru sahaja aku ingin membalas, kedengaran loceng ditekan dari luar. Tak lain tak bukan, mesti Tengku Darren. Aku membuat mata ala-ala puppy eyes pada Yana

"Tak rasa simpati pun" Ujarnya membuatkan aku mengeluh perlahan, Yana mendekati pintu lalu dia membuka pintu itu. Kedengaran Yana menyapa Tengku Darren dengan sangat ramah, entah apa yang dia bincangkan dengan Tengku Darren aku pun tak tahu. Awas dia kalau dia mengumpat aku!

Air mata yang mengalir itu diseka, huh sia sia aje lakonan aku tadi. Minah tu langsung tak termakan dengan lakonan aku tadi, aku bangkit daripada kerusi lalu mendekati mereka berdua. Dari jauh, aku nampak lelaki itu memakai pakaian yang sangat santai. Hanya mengenakan baju T-shirt berwarna putih dan seluar hitam

"Dah siap?" Tanya Tengku Darren sebaik sahaja aku tiba di hadapannya, perlahan lahan kepala diangguk sambil anak mata menjeling Yana yang berada disebelah aku.

Mata Tengku Darren turun pada pakaian yang aku pakai, entah kenapa rasa seram sejuk bila dia usha aku atas bawah. "Pergi tukar pakaian kau, pakai pakaian yang santai aje. Kita bukannya nak pergi meeting hari ni" Arah Tengku Darren, aku terkebil kebil memandangnya

"Kenapa? Kita nak pergi mana?" Soal aku, eh kau? Aku dah siap pakai tudung, baju apa semua. Selamba rock aje suruh tukar?

Melihat Tengku Darren yang menjegilkan mata kepada aku itu membuatkan aku memutarkan mata keatas, ish! Sikit-sikit nak paksa orang! Yana tersengih lalu dia menolak aku perlahan, menyuruh aku untuk menukar pakaian

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now