Chapter 57

2.7K 68 1
                                    

Of course I'm jealous, he's my husband.
- Maya Darena
______________________________________

Menu malam ini ialah spaghetti bolognese, mac and cheese, chicken chop, lasagna, chicken mozarella and mushroom soup. Boleh dikatakan kami makan makanan barat saja, jadi kalau perut yang dua puluh empat jam makan nasi tu.. boleh aje kalau makan dekat rumah. Hehe

Spaghetti bolognese disuakan kedalam mulut, walaupun hati tengah panas membara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Spaghetti bolognese disuakan kedalam mulut, walaupun hati tengah panas membara.. makan tetap makan! Tengku Darren yang berada disebelah aku itu dikerling melalui ekor mata, nampak gayanya dia juga sedang menikmati makanan. Maklumlah kami berdua kebuluran gara-gara main salji tadi, balik hotel terus tidur.

"Sedap tak Maya?" Tanya Leona pada aku, kepala diangguk bagi menjawab pertanyaan wanita itu. Aku lihat Leona tersenyum senang, dia menyuakan hirisan ayam kedalam mulut

"Aunty Maya.. you look so beautiful" Puji Sara yang sedang duduk diatas riba Tengku Darren, aku tersenyum manis

"Oh really? Thanks for that, Sara pun cantik" Giliran aku pula untuk memuji si kecil itu, tersengih-sengih dia dibuatnya. Sebiji sengihan macam suami aku

Sewaktu makan kami hanya diam, cuma kedengaran sudu, garpu dan pinggan yang berlaga antara satu sama lain. Ada kalanya aku lihat Leona menyuap makanan ke mulut Sara, ada juga Tengku Darren pula yang menyuap anak perempuannya itu.

Haah, memang tak mahu suap aku pun.

Ewah-ewah Maya.. mengada nampak? Ingat sikit yang kau tu tengah makan dengan bekas isteri dia, siap ada anak dia lagi. Nanti apa pula kata dia orang? Tak pasal-pasal kena cop nak menunjuk kebahagiaan pada orang lain!

Usai makan malam, tiba-tiba ada beberapa orang pekerja datang menghampiri kami. "Oh my god, excuse me Mr Darren. Can I have your signature, please?" Ujar salah seorang daripada pelayan wanita itu, jelas wajahnya kelihatan teruja apabila dapat bertemu dengan suami aku.

Aku pula hanya memandang mereka sambil terkebil-kebil, kenapa pula dia orang ni nak tanda tangan suami aku? Amboi-amboi, aku yang isteri dia ni tak ada pula menggeletis nak sign dia

"Sure."

Tergamam aku mendengar jawapan Tengku Darren, aku lihat dia mencapai pen itu lalu menulis sesuatu di dalam buku. Beberapa pelayan yang lain mulai datang menghampiri meja kami, yang lelaki dan perempuan semuanya ada

Leona dan Rais tersenyum melihat wajah aku yang kehairanan. "You tak tahu ke yang Darren ni memang terkenal dekat sini? Suami you ni kan jutawan di empat negara luar? Salah satunya Switzerland." Terang Rais yang sedanh berpeluk tubuh, mungkin sejuk gara-gara angin yang menyapa kulitnya

Oh.. baru aku ingat yang daddy pernah cakap sewaktu majlis anniversary syarikat dulu, biasalah! Manusia kan mudah lupa, hehe

Macam-macam suara aku dengar, ada yang sedang memuji suami aku, ada yang ketawa gedik dan ada juga yang ingin menyentuh suami aku namun dihalang oleh Sara. Budak kecil tu siap buat gaya no no no lagi pada pelayan-pelayan itu, aku pula dah bantai gelak.. hahaha memalukan betul kena tegur dengan budak-budak

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now