Chapter 73

2.7K 72 3
                                    

That's my promise and I will prove it
- Maya Darena
______________________________________

"Awak dengan abang saya dah okey ke?" Soal Luthfy yang tiba-tiba saja berada disebelah aku, pandangan kami bertaut sebelum aku lihat dia melabuhkan punggung diatas kerusi sebelah aku. Memandang tepat ke hadapan, kolam yang berwarna biru itu

Aku mengukir senyuman nipis. "Alhamdulillah, semuanya dah okey dan dia dah percayakan saya" Ujarku, bersyukur kerana Allah memakbulkan doa aku. Aku benar-benar cinta mati pada Darren, jadi kalau aku kehilangan dia nanti.. agak-agak aku boleh bertahan ke?

Luthfy turut tersenyum.

"Saya gembira." Katanya pendek, terjongket sebelah alisku

"Gembira?"

"Ya.. saya gembira tengok hubungan awak dengan along dah pulih macam dulu, awak tahu tak bila saya dengar pergaduhan awak dengan dia tempoh hari. Macam-macam perkara yang bermain difikiran saya? Saya takut kejadian yang sama berlaku lagi dekat along, saya takut kalau perkahwinan dia akan hancur hanya disebabkan orang ketiga." Panjang lebar dia berkata, aku menarik senyuman. Sayang betul dia dekat abang dia kan?

"Sayang betul awak dekat Darren kan? Mesti seronok bila ada adik beradik."

Berubah terus wajah lelaki itu, berubah menjadi simpati. "Saya minta maaf sebab buat awak terasa" Ikhlas Luthfy berkata, pantas aku menggeleng kepala

"Ini takdir saya, jadi untuk apa saya terasa?" Sengihku, ingin membuktikan bahawa aku baik-baik saja.

"Awak tahu tak apa benda yang paling along takut?" Soalnya tiba-tiba, aku pandang Luthfy dan dia pandang aku

"Apa dia?"

"Along takut dengan kehilangan. Dulu bila dia dapat tahu yang mommy kemalangan, along lah orang yang paling tak keruan. Masa tu dia sanggup habiskan ratusan ribu ringgit untuk kos rawatan mommy, itu tak termasuk dengan ubat-ubatan dan penjagaan mommy. Macam-macam cara yang dia cuba untuk kembalikan mommy yang seperti dulu, yang boleh berjalan, yang boleh bercakap dan yang boleh memberi nasihat untuk kami.. sewaktu kami rasa penat dengan dunia yang kejam ni. Tapi semua tu tak berhasil dan sia-sia."

"Sampailah satu tahap, awak muncul dalam kehidupan dia. Pertama kali awak jejak ke rumah ni, saya dan along nampak perbezaan mommy. Sejak kemalangan mommy dulu, itu kali pertama kami tengok mommy tersenyum. Dan siapa sangka? Orang yang membuat dia tersenyum itu adalah awak? Sedangkan selama ni, macam-macam ikhtiar yang daddy, along dan saya cuba untuk buat mommy tersenyum. Yang paling buat saya terkejut, di hari perkahwinan antara awak dan along.. kesihatan mommy kembali pulih seperti dulu lagi. Setelah setahun kami kehilangan mommy, akhirnya dengan izin Allah.. dia kembali lagi seperti dulu. Terima kasih Maya, disebabkan kehadiran awak dalan keluarga ni.. keluarga saya dah kembali seperti biasa. Malahan makin bahagia" Sambungnya lagi membuatkan aku tersentuh

Benar apa yang dikatakan oleh Luthfy, aku sendiri pun nampak perubahan mommy yang dulu dan sekarang. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, siapa sangka kan?

"Along seorang yang baik hati, jadi awak sangat beruntung sebab dapat memiliki dia. Tapi sayangnya kebaikan dia dulu dipijak-pijak oleh Leona, saya sendiri pun tak sangka yang perangai Leona macam tu. Walhal dia tahu yang dulu along sangat cintakan dia, along sanggup berikan apa saja untuk dia.. tapi sayangnya Leona terlalu jahat untuk along."

Aku terdiam mendengar kata-kata Luthfy, apa maksud dia? "Kenapa awak cakap macam tu? Tak.. maksud saya, apa yang Leona buat sampai dia orang berpisah?" Soalku ingin tahu, Luthfy membetulkan posisinya. Dia menghadap aku, jangan risau.. aku bukan berdua dengan dia dirumah besar ini

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now