Chapter 30

3.3K 93 5
                                    

I miss my wife too. I miss her voice, I miss her hugs, I miss her smile and I miss the way she made everything feels better
- Dato' Megat
____________________________________

TOK! TOK! TOK!

Aku menoleh pada pintu, badan bangkit dari tidur lalu membuka pintu itu. Terserlah wajah Tengku Darren yang segak memakai baju kerjanya, dia melihat aku atas bawah membuatkan dahi aku berkerut

"Kenapa?"

"Kenapa kau pakai telekung? Kau solat apa jam 10 pagi ni?" Dengan hairan lelaki itu bertanya, semakin berkerut dahi aku. Dua saat kemudian aku ketawa kecil

"Awak ingat saya solat subuh ke? Sekarang kan waktu solat dhuha, saya nak  solat dhuha lah" Ujarku, sisa tawa masih ada

"Solat dhuha?"

Aku mengangguk lalu tersenyum. "Solat dhuha ni tanda kita bersyukur dengan semua nikmat dan rezeki yang Allah bagi pada kita, jadi kiranya dengan solat dhuha ni juga lah cara kita berhubung dengan Allah untuk ucap terima kasih" Terang aku panjang lebar, terangguk-angguk kepala Tengku Darren

"Jom?"

Giliran dahi aku pula berkerut

"Jom pergi mana?"

"Sarapan pagi, daddy dengan mommy pun ada dekat bawah" Selamba lelaki itu berkata membuatkan aku menjegil mata kepadanya, kenapa dia biasakan orang tua dia 'mommy daddy' depan aku?

Aku berpeluk tubuh memandangnya, akibat ketinggian kami yang amat ketara. Aku terpaksa mendongak. "Kenapa awak layan saya baik? Awak lupa ke yang saya masih lagi marahkan awak?" Soalku

Sekali lagi dia ketawa, apa yang lawak aku pun tak tahu. Dah mental agaknya dia ni

"Jom" Itu saja yang keluar dari bibir lelaki itu, aku hanya menjeling Tengku Darren yang sudah berlalu pergi ke tingkat bawah

Baru saja aku ingin melangkah keluar dari bilik, aku lihat Abang Mat yang sedang tersenyum-senyum melihat aku. Aduhai, ada aje stalker dalam rumah ni

Cepat-cepat aku berjalan mendekati anak tangga, cepat? Tak adalah cepat sangat, kaki aku ni masih belum sihat lagi

*****

"Good morning Maya"

Teguran Dato' Megat dan Luthfy itu terus membuatkan aku tersenyum, aku turut mengucapkan selamat pagi. Dato' Megat berada disebelah kerusi roda yang diduduki oleh mommy Tengku Darren, mungkin?  Tengku Darren menyuruh aku duduk di kerusi yang bersebelahan dengannya, dengan terpaksa aku berjalan kearah kerusi itu lalu duduk

Aku angkat wajah, memandang Datin Mawar yang berada betul-betul dihadapan aku. Seketika aku terkesima, masyaallah cantik sungguh wanita yang berada di depan aku. Patutlah anaknya kacak-kacak, sekarang aku dah tahu dari mana datangnya mata coklat muda yang diperoleh Tengku Darren itu. Seratus peratus sama dengan mata Datin Mawar

"Maya, kaki Maya tu dah okey ke?" Soal Dato' Megat pada aku

"Alhamdulillah okey daripada semalam" Aku menjawab sambil tersenyum kekok, terangguk-angguk kepala lelaki itu

Tengku Darren menghulurkan sekeping roti bakar kepada aku. "Terima kasih" Ujarku ikhlas, selepas peristiwa semalam aku baru tahu yang kisah hidup Tengku Darren pun sangat menyiksa jiwa dan raga

Mata aku menoleh pada Datin Mawar, wanita itu hanya termenung sambil memandang tepat kepada aku. Seolah-olah hairan tentang kehadiran aku disini, aku menarik senyuman

"Oh ya lupa nak kenalkan" Dato' Megat memusing badannya menghadap sang isteri

"Assalamualaikum sayang, yang depan awak ni namanya Maya Darena. Dia duduk dekat sini sekejap sebab Luthfan, sayang boleh panggil dia Maya. Cantik orangnya, kan?" Penuh romantik Dato' Megat memperkenalkan aku kepada isterinya, terus aku tersenyum manis

"Saya Maya, gembira dapat jumpa datin" Aku berkata dengan ramah, namun dapat aku lihat bibir wanita itu cuba untuk menguntum senyum.

Bagaikan terkena renjatan eletrik, Tengku Darren dan Dato' Megat memandang satu sama lain. "Mommy? Betul ke mommy senyum tadi, Luth tak salah nampak kan?" Seolah-olah tidak percaya, Tengku Darren menyoal

Aku pula yang hairan, kenapa? Kalau orang lumpuh dia tak boleh senyum ke?

Namun wajah dua orang lelaki itu kelihatan sedikit hampa bila tiada respons daripada Datin Mawar, dapat aku dengar Tengku Darren mengeluh. Dia mengerling pada jam tangannya lalu bangun daripada kerusi. Tengku Darren duduk melutut dihadapan Datin Mawar

Tangan berurat itu menggenggam lembut tangan Datin Mawar, Tengku Darren mengucup tangan itu. "Luth minta maaf kalau Luth ada salah dengan mommy selama ni, tapi Luth nak mommy tahu yang Luth rindukan mommy, Luth rindu nak ketawa sama-sama dengan mommy, Luth rindu nak uruskan business dengan mommy macam dulu. Dan yang paling penting, Luth rindu senyuman mommy. Itu yang paling Luth rindu, setahun mommy.. Satu tahun Luth hilang senyuman seorang ibu, gelak tawa seorang ibu. I really miss you, mommy" Panjang lebar Tengku Darren berkata

Aku pula yang tersentuh, beruntung benar Datin Mawar dapat anak yang sangat mencintainya

"Please mommy, say something. Luth tak sanggup tengok mommy macam ni lagi, berapa lama lagi mommy nak diam macam ni? Berapa lama lagi Luth perlu tunggu untuk mommy sembuh macam dulu? Luth tak sanggup, bila orang luar ingat mommy dah tak ada.. sedangkan, mommy masih lagi ada dekat sini, masih lagi bersama dengan Luth, Dzaf and daddy" Lirih Tengku Darren, sungguh ini kali pertama aku lihat Tengku Darren yang lemah begini

Dato' Megat menepuk lembut bahu anak lelakinya, seolah-olah memberi semangat. "Look, one day mommy akan sembuh. Luth perlu perbanyakkan berdoa, hanya Allah saja yang boleh angkat penyakit mommy ni. Daddy pun rindukan isteri daddy, and of course. Mommy rindukan kita. Daddy nak Luth sabar ya?" Pujuk Dato' Megat seolah-olah memujuk seorang anak kecil

Sekali lagi, Tengku Darren mengeluh kesal

"Sampai bila? Sampai bila mommy nak hidup macam ni, walaupun mommy tak boleh bercakap, tak boleh berjalan. Luth yakin, mommy tersiksa, please daddy. Do something!" Tengku Darren mendesak

Dato' Megat menggeleng kepalanya berkali kali. "I can't do anything, Luthfan Darren. Ingat, kita ada Allah Yang Maha Berkuasa. Sujudlah pada Allah, mintalah pada Allah dan doalah pada Allah untuk sembuhkan penyakit mommy" Lembut Dato' Megat bersuara

"I miss my wife too. I miss her voice, I miss her hugs, I miss her smile and I miss the way she made everything feels better"

Aku hanya diam, menjadi penonton bagi drama yang sangat menyentuh hati ini. Jujur aku pun rindukan mama, rindukan papa. Aku faham perasaan mereka yang rindukan Datin Mawar

Namun dapat aku lihat, ada air mata yang mengalir dipipi Datin Mawar. Walaupun dia lumpuh dan tak boleh bercakap, dia tetap boleh dengar setiap perbualan antara Tengku Darren dan Dato' Megat

Tengku Darren bangun, lalu dia mencapai jaket kulitnya itu. "Luth perlu pergi kerja, mommy dengan daddy tolong jagakan Maya. Jangan biarkan dia keluar" Dengan suara serak, lelaki itu berkata. Tersenyum Dato' Megat dibuatnya, sempat dia melambai tangan pada anak lelakinya itu

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 20/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now