Chapter 58

2.7K 64 0
                                    

I want to be your favourite place to go when you have had a bad day
- Maya Darena
______________________________________

Hari ini adalah hari dimana aku dan Tengku Darren perlu pulang ke Malaysia, walaupun hanya beberapa hari di Switzerland ini.. tapi banyak kenangan manis dan sedikit pahit yang aku dan Tengku Darren cipta. Sepatutnya kami menetap disini dua hari lagi, tapi disebabkan suami aku ni tiba-tiba ada meeting dengan client dia yang senget tu.. tak pasal-pasal honeymoon aku terbantut

Memang aku merajuk gila-gila dengan Tengku Darren, semalam dia cakap nak bawa aku pergi shopping tapi tiba-tiba pula kena balik Malaysia. Sedih lah kita macam ni, hmm

Bagasi berwarna hitam kristal ditarik mengikuti langkah sang suami yang sudah berjalan kearah receptionist untuk menguruskan check out, walaupun tak dapat meluangkan masa lebih lama disini. Tapi aku sangat berpuas hati dengan layanan semua pekerja disini, orang-orang yang menetap dinegara ini pun baik-baik semuanya

Buktinya?

Setiap kali kami keluar, pasti ada yang menegur sambil tersenyum ramah. Ada juga yang berkata 'good morning' dan ada juga yang mengatakan aku dan Tengku Darren nampak sepadan. Bagai pinang dibelah dua katanya

"Kita sarapan dulu, masih sempat ni sebelum penerbangan" Kata Tengku Darren yang baru saja selesai menguruskan apa yang patut, aku pandang dia dan dia pandang aku

"Awak nak makan dekat mana?" Aku menyoal ingin tahu, bukan apa.. aku tak nak pisang berbuah dua kali. Kalau tiba-tiba ada si Leona tu pula macam mana?

"Maya nak makan apa?" Tanya dia kembali

"I want pancakes!"

Serta merta Tengku Darren tersenyum hingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya, laju saja tangannya naik menarik kecil hidung aku

"Jom"

*****

Sekarang aku berada didalam sebuah kafe yang boleh tahan terkenal di Switzerland, bertemankan beberapa keping penkek dan secawan hot latte.

Hiasan didalam kafe itu sangat cantik, nampak mewah dan juga aesthetic

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hiasan didalam kafe itu sangat cantik, nampak mewah dan juga aesthetic. Sesuai untuk orang-orang yang suka mengambil gambar macam aku. Pisau dicapai lalu aku menghiris penkek itu dengan perlahan-lahan sebelum disuakan kedalam mulut, memang penkek dekat sini lembut, gebu dan sedap! Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, aku lebih suka penkek yang disini.

Kebanyakan penkek di Malaysia tak gebu, bukan setakat tak gebu tapi keras pula tu. Bukan niat untuk menjatuhkan nama baik culinary dia negara sendiri.. tapi itulah kenyataannya.

Keadaan sepi seketika, aku sedang fokus makan manakala Tengku Darren sedang ralit memerhati skrin telefon. Katanya Tan Sri Azizi ingin bertemu dengannya sebaik saja tiba di Malaysia, seketika aku mencebik di dalam hati. Busy betul suami aku ni, haih.. nasib kau lah Maya.. siapa suruh kahwin dengan lelaki bekerjaya?

Cawan hot latte diangkat, kemudian di teguk dengan perlahan-lahan. Terpejam mata aku, menikmati rasa latte yang sedap itu. Mata mengerling kearah dahi Tengku Darren yang sedang berkerut, nampaknya suami aku tengah serabut sekarang. Apa lah yang Tan Sri Azizi buat sampai suami aku nampak serabut sangat, mesti ada aje benda yang si tua itu lakukan

Aku masih lagi ingat, cara lelaki itu pandang aku atas bawah. Euw.. tak padan dengan tua, masih lagi nak menggatal! Itu kalau aku report dekat isteri dia, memang kesudahannya Tan Sri Azizi tu kena tidur dekat luar. Silap-silap tidur dalam reban ayam!

"Awak.. kenapa macam serabut aje? Ada apa-apa yang bermain difikiran awak ke?" Soalku prihatin, Tengku Darren memandang aku. Dia meletakkan telefon diatas meja lalu mengeluh perlahan, beberapa saat kemudian dia menarik senyuman

"Jangan risau, abang okey"

Aku menjegilkan mata padanya, memandang suami aku dengan pandangan yang tak puas hati. Tipu lah kalau dia cakap dia okey, sedangkan dah terang lagi bersuluh yang dia tengah serabut

"I want to be your favourite place to go when you have had a bad day, I'm your wife Mr Darren" Ujarku serius, ya aku mahu menjadi tempat bersandar untuk suami aku. Kalau dia sedang menghadapi masalah, aku sebagai isteri dia yang sah akan tetap bersama dia.

Makin lebar senyuman lelaki itu. "Terima kasih, tapi selagi abang boleh bertahan. Abang akan bertahan, tak mahu lah jadi lelaki lemah" Sengihnya, aku hanya mengangguk

.

.

.

Peberbangan mengambil masa agak lama untuk sampai ke KLIA, awal-awal lagi Yana sudah tiba disini untuk menjemput aku. Tengku Darren yang suruh Yana datang sini, sebab katanya Tengku Darren perlu berjumpa dengan Tan Sri Azizi untuk berbincang tentang projek tempoh hari

"Seronok berbulan madu?" Sakat Yana sebaik saja aku masuk kedalam perut kereta, jelingan tajam dihadiahkan padanya. Eh minah ni? Baru jumpa tak sampai satu minit, dah cari pasal dengan aku ya?

"Namanya aje berbulan madu, tak ada yang berubah pun"

"What?!" Tiba-tiba saja Yana terjerit membuatkan secara spontan tangan aku menghempuk pehanya, terjerit kecil gadis itu dibuatnya sambil menggosok-gosok pehanya

Aku ketawa. "Padan muka, kau dah buang tebiat ke apa tiba-tiba menjerit macam tu? Kan dah mendapat" Sindir aku, makin rancak aku ketawa bila melihat muka Yana itu

"Kau jangan cakap yang kau dengan dia belum..."

Pantas aku memotong ayat Yana. "Ya, aku belum bersedia." Jawabku malas, terlopong mulut Yana mendengar jawapan selamba aku

"Kau dengan dia kahwin dah satu minggu tau Maya, kenapa pula kau belum bersedia? Kau tahu tak dia tu suami kau?" Bebel Yana membuatkan aku mencebik bibir, aduhai kena bebel pula dah

"Aku tak bersedia untuk ada anak, kau pun tahu kita sekarang masih lagi belajar kan? Master pula tu, aku nak fokus untuk masa depan aku dulu.. kalau ditakdirkan Tuhan yang aku akan mengandung bila aku tengah stress dengan final exam. Tak ke makin serabut aku dibuatnya?"

"Macam mana pula dengan Darren?"

Serta merta aku mengeluh kecil, entah aku pun tak pasti nak jawab apa tentang perkara ni. "Dia okey, mungkin.." Jawabku kurang yakin, Yana menjegilkan matanya

"Kau pun tak pasti yang dia okey ke tak, aku ni bukannya apa tau Maya. Tapi lelaki ni memerlukan seseorang yang boleh bagi dia anak"

Bibir tersenyum nipis. "Betul lah tu, sebab tu papa aku curang dengan arwah mama kan? Sebab arwah mama dah tak boleh bagi dia zuriat.." Sayu aku berkata, dapat aku lihat wajah Yana berubah menjadi serba salah. Baru saja dia ingin membuka mulut, aku menggeleng kepala

"Jangan risau, aku tak terasa hati pun dengan apa yang kau cakap tu. Apa yang kau cakap tu memang betul pun Yana, aku dah kahwin, aku dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri, aku perlu buat apa yang suami aku suruh dan aku perlu bagi dia zuriat"

"Maya.. aku tak bermaksud macam tu" Serba salah Yana dibuatnya, aku mengukir senyuman. Ingin membuktikan bahawa aku okey, tak terasa pun. Sapu minyak gamat sikit nanti okey lah.. yer dok?

"Jom lah kita balik, aku rindu bilik aku"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 22/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now