Don't leave me, please I'm begging you
- Maya Darena
____________________________________Sedang aku dan Yana berbual, tiba-tiba ada tangan yang menarik aku dengan kasar membuatkan secara automatik aku berdiri. Bulat mata aku memandang Rayyan yang merenung aku tajam
"Apa kau nak lagi?!" Tengking aku, macam mana dia boleh munculkan diri dia depan aku lepas apa yang dia buat pada aku hari tu? Lelaki gila!
"Ikut saya Maya"
Aku ketawa sinis, kasar aku merentap tangan hingga tangan aku terlepas. "Ikut kau? Untuk apa aku ikut kau? Kau nak cuba rogol aku lagi?!" Tanpa sedar, air mata aku mengalir. Dapat aku lihat dari ekor mata, Yana yang ternganga itu. Gadis itu bangun lalu berdiri dihadapan aku, melindung aku dari Rayyan
"Kau cuba rogol Maya?! Kau sedar tak apa yang kau buat ni Rayyan?!" Herdik gadis itu kuat, Rayyan terdiam seribu bahasa. Dia hanya merenung wajah aku dalam
"Ini masalah aku dengan Maya, kau jangan nak ikut campur!" Tengking Rayyan, urat di lehernya mula timbul. Kedengaran Yana ketawa sinis, dia memegang tangan aku
"Apa kau cakap? Kau cuba untuk rogol Maya kau tahu tak?! Kau tahu kan yang dia kawan baik aku! Mana adab kau Rayyan, mana hormat kau pada kaum hawa?! Jangan jadi lelaki dayus Rayyan!"
PAP!
"Rayyan! Apa kau buat ni, lebih baik kau keluarlah Rayyan! Aku benci tengok muka kau, aku jijik dengan lelaki macam kau! Keluar!" Terus aku menolak kuat tubuh lelaki itu agar menjauh, aku mendekati Yana yang memegang pipinya. Jelas gadis itu menahan kesakitan
Aku tersentak apabila melihat cairan merah yang keluar dari bibir gadis itu
"Kau okey tak Yana, bibir kau berdarah" Tangan pantas mengeluarkan sehelai tisu dari beg lalu dihulurkan pada Yana, tajam aku memandang Rayyan yang masih lagi tercegat disitu. Mamat ni tak faham bahasa ke?
"Aku suruh kau keluarlah Rayyan, jangan sampai aku panggil security guard untuk heret kau keluar!" Sekali lagi aku menjerit, Rayyan mengetap rahangnya lalu dia keluar. Sempat lelaki syaitan itu menghempas pintu
Yana duduk diatas kerusi, dia menatap aku dengan satu pandangan yang sukar untuk di tafsirkan..
Dia... menangis.
"Kenapa kau menangis, sakit sangat ke babe? Kalau sakit sangat, jom pergi klinik" Cemas aku berkata, gadis itu menggeleng kepalanya berkali-kali. Aku tersentak apabila dia memeluk tubuh aku dengan erat
"Aku minta maaf sebab gagal jadi kawan baik kau Maya, aku gagal jadi pelindung kau. Bahkan aku tak tahu pun apa yang jadi pada kau, maafkan aku Maya.." Ujar gadis itu sambil menangis didalam pelukan aku, air mata aku turut mengalir.
Aku membalas pelukan Yana
"Kau tak salah Yana, ini semua bukan salah kau. Aku tak bagitahu sebab aku tak mahu kau risau dengan keadaan aku, kau tak pernah gagal Yana. Malahan kau sentiasa ada dengan aku, jangan salahkan diri kau"
.
.
.
Suasana didalam kereta hanya sunyi, aku mengerling Tengku Darren dari ekor mata. Nampaknya angin kus-kus dia ni dah datang, cemberut betul mukanya. Kenapa pula dia nak bermasam muka macam ni, aku ada buat salah ke?
Lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau, membulat mata aku apabila dengan pantas Tengku Darren memecut keretanya. Hampir saja dahi aku yang cantik ni terhantuk dekat dashboard tu, terus aku pandang dia tajam
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...