The life in front of you is more important than the life behind you
- Pak Mat
____________________________________Seminggu sudah pun berlalu selepas kejadian itu, aku mengeluh perlahan. Penatnya! Hari ini ialah hari pertama aku untuk semester satu, hari pertama pun aku dah pening kepala gara-gara subject law tadi
Bukan setakat tubuh dan otak aje yang penat, jantung aku ni pun dah penat nak mengepam darah keseluruh badan. Pelbagai kejutan aku dapat harini, ada suka dan ada duka. Suka sebab aku dapat bertemu kembali dengan rakan course mate aku sewaktu degree dulu, siapa sangka? Kami akan berjumpa kembali dan siapa sangka aku akan menyambung pembelajaran sampai ke master?
Duka pula, mamat kasanova tu pun turut ada tadi! Ya, seharian Rayyan kejar aku. Aku pergi sana dia ikut, aku pergi sini dia ikut. Agak-agak kalau aku terjun bangunan, dia ikut tak?
Menyampah betul!
Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul lima petang, menandakan hari pertama aku di universiti sebagai student master sudah berlalu. Balik nanti perlu siapkan dokumen pula, aduhai malas betul lah.
Aku bangun daripada tempat duduk lalu memasukkan laptop kedalam beg, botol yang berisi air putih dicapai. Baru sahaja aku ingin meneguk air itu, seseorang menyapa aku
"Jom pergi kafe dulu sebelum balik?"
Automatik aku panggung wajah, melihat Yana yang turut memandang kearah aku. Oh ya.. dia pun bersetuju juga untuk menyambung master, katanya bosan kalau aku tak ada. Huh, drama aje lebih
"Jom" Ujarku sambil tersengih, namun sengihan aku mati apabila mamat kasanova itu menghampiri aku dan juga Yana
"Awak nak pergi kafe ke? Jom lah kita pergi sama-sama, saya belanja"
Euw, siapa aje yang nak pergi lepak dengan lelaki macam dia ni? Aku menjeling Rayyan tajam. "Siapa kata kita orang nak pergi kafe? Lagi satu, simpan aje duit kau tu. Aku dengan Yana ni belum miskin tahap gaban lagi, jadi tak perlu kut kau nak acah-acah baik untuk belanja kita orang" Sinisku lalu menarik tangan Yana untuk keluar daripada kelas
Yana ketawa mendengar kata-kata aku, sempat dia membuat thumbs up untuk mengejek Rayyan
"Bila aku jauhkan diri daripada Darren si penipu tu, datang pula Rayyan si playboy! Memang dunia ni tak boleh tengok aku hidup senang ke?" Bebelku tidak berpuas hati, Yana mengusap lembut belakang aku menyuruh aku sabar
Sampai saja digaraj kereta, tak henti-henti aku dan Yana mengumpat tentang Rayyan
Kami batalkan niat untuk pergi ke kafe, semuanya berpunca dari mamat kasanova tu! Tak boleh ke dia move on dan biarkan aku hidup dengan tenang tanpa gangguan dia? Dasar tak sedar diri, awek dah keliling pinggang tapi masih lagi terkejar-kejar dengan aku
Aku menyerahkan kunci kereta kepada Yana. Entah kenapa kepala aku rasa berdenyut, mungkin kerana cuaca hari ini yang sangat panas. Kalau kena jemur lima minit dekat padang, rasanya gelap kulit aku yang putih gebu ni
"Kau sakit kepala ke?" Yana menyoal apabila melihat tangan aku tak henti-henti memicit kepala, aku mengangguk bagi menjawab persoalannya itu
Baru sahaja ingin masuk kedalam perut kereta, mata aku menangkap satu susuk tubuh yang sedang memegang helmet.
Tak lain tak bukan, itu memang Rayyan! Bukan ke tadi aku tinggalkan dia ke, macam mana tiba-tiba aje dia boleh ada dekat bawah ni?
"Wahai puteri, tak nak masuk ke?" Sindiran Yana itu membuatkan aku tersentak, pantas aku masuk kedalam kereta. Risau jika Rayyan nampak kehadiran aku disini
"Kita balik rumah mak aku dulu" Ujar Yana, aku hanya diam. Tidak mengangguk dan tidak menggeleng
.
.
.
Lebih kurang lima belas minit lagi untuk kami sampai ke rumah keluarga Yana, sepanjang perjalanan kami hanya diam. Bukan kerana bergaduh, tetapi Yana memberi ruang untuk aku tenangkan diri kerana kepala aku yang tak henti-henti berdenyut
Bagaimana dengan pekerjaan kami di LA Darren's Holding? Aku dan Yana membuat keputusan untuk berhenti, pada awalnya Yana tidak mahu. Tapi bila difikir kembali, tak mungkin dia nak buat part time pula kan?
Bagaimana pula dengan boss aku? Ops.. bekas boss, entahlah. Kali terakhir aku bertemu dengannya adalah di resort tempoh hari, selepas dari kejadian itu aku memang dah tak tayang muka lagi disitu
"Jom turun" Aku tersentak apabila suara Yana menyapa gegendang telinga aku, mata memerhati kawasan sekeliling. Sedar tak sedar kami sudah sampai dikawasan perumahan keluarga Yana
Dari jauh sudah kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki yang berumur hampir mencecah 50an itu, pantas aku mengukir sengih. Kaki pantas berlari anak kearah Mak Pah, ibu kepada Yana yang menjaga aku dari aku berumur 16 tahun hingga sekarang
"Alhamdulillah dapat juga mak tengok anak mak ni, rindu sangat" Mak Pah mengucup pipi dan dahi aku berkali-kali, aku tersenyum manja. Indahnya bila dapat kasih sayang seorang ibu, kan?
"Maaflah mak, Maya sibuk sikit sekarang. Lagi pun sekarang kan Maya dengan Yana dah sambung master, hari ni baru hari pertama" Aku meluah seperti anak kecil
Yana yang berada disebelah aku hanya tersenyum, dia mengucup tangan Pak Mat lalu dipeluk dengan erat. Nampaknya dia rindu dengan ayahnya itu
"Kamu ni Maya, kenapa makin kurus aje badan kamu ni? Orang lain makin lama makin besar, kenapa kamu makin lama makin kecil?" Pak Mat menyoal aku dengan hairan, tersengih aku dibuatnya
Baru saja aku ingin menjawab, pantas Yana memotong. "Ada orang tu baru putus cinta ayah, mandi tak basah dan tidur pun tak lena. Orang suruh dia makan, boleh pula dia marah kita" Omelan Yana membuatkan aku menjelingnya tajam
Sindir aku ya?
Aku lihat Mak Pah dan Pak Mat menggeleng kepalanya berkali-kali, mungkin pening dengan sikap aku dan Yana
"Kalau ya pun putus cinta, jangan lah sampai putus selera. Nanti jatuh sakit, diri sendiri yang merana" Pesan Mak Pah sambil mengusap pipi aku lembut, aku hanya mampu tersenyum
"The life in front of you is more important than the life behind you" Terdiam aku dibuatnya apabila mendengar kata-kata Pak Mat itu, satu sebab kata-kata yang sangat bermakna dan dua sebab Pak Mat cakap bahasa Inggeris weh!
"Amboi mak, kalau Maya balik bukan main eh. Sayang mengalahkan sayang anak sendiri" Yana mengembungkan pipi tanda merajuk, pecah tawa Pak Mat dan juga Mak Pah melihat perangai Yana yang tak semenggah itu
"Mak kamu tu sayang dekat Maya, sayang dekat kamu. Semuanya sama rata, tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih"
Aku menjongket kening berkali-kali pada Yana tanda mengejek, padan muka kena ceramah dengan Pak Mat! Hahaha
"Dah dah, jom kita masuk. Hari dah nak gelap ni, mak dah masak makanan kegemaran kamu dengan Maya" Mak Pah menarik tangan aku dan Yana untuk masuk kedalam rumah
Pak Mat?
Berjalan dibelakang kami sambil bibirnya tersenyum, jelas sekali itu adalah senyuman bahagia
____________________________________Tajuk : The Last Love
Tarikh : 19/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...