I shouldn't be jealous, he's never will be mine
- Maya Darena
____________________________________Usai saja sarapan pagi, Dato' Megat menyuruh aku mengikutnya. Katanya ada sesuatu yang dia ingin bualkan, tiba-tiba aje rasa seram sejuk. Janganlah dia suruh aku jauhkan diri dari anak dia, bukan aku yang nak. Tapi anak dia yang suruh aku datang sini
Aku duduk disebelah Dato' Megat, berhadapan dengan kolam renang dan juga beberapa pokok yang menjadi hiasan. Udara pagi dihirup, hmm sangat nyaman!
Dato' Megat tertawa kecil melihat reaksi aku. "Cantik kan? Kalau Maya nak tahu, dulu mommy lah yang merengek nak ada kolam renang dalam rumah. Rumah ni, adalah bukti betapa besarnya cinta daddy pada mommy. Daddy sanggup tak tidur dua malam hanya untuk fikir macam mana nak lukis design rumah ni, macam mana nak pikat hati mommy supaya mommy setuju dengan design rumah ni" Dato' Megat mula bercerita membuatkan aku tersenyum
"Rumah ni baru aje siap tahun lepas, satu bulan sebelum mommy kemalangan" Ujar Dato' Megat lagi
Terdiam aku buatnya, maksudnya Datin Mawar hanya sempat duduk dalam rumah ni sebulan?
"Maya sukakan Luthfan tak?"
"Uhuk! Uhuk!" Tersedak aku dibuatnya bila mendengar soalan cepumas Dato' Megat itu, kedengaran Dato' Megat ketawa geli hati
"Saya? Suka dekat Tengku Darren? Jangan merepeklah dato', saya dengan dia bagai langit dan bumi" Ujarku sambil senyum nipis, bukan rendah diri tapi sedar diri. Buktinya? Dia suami orang, dia bapak orang dan dia sudah berkahwin
Berkerut dahi Dato' Megat
"Apa pula berdato-dato dengan daddy? Panggil aje daddy, tak perlu panggil dato" Mesra saja Dato' Megat berkata
"Kenapa Maya cakap macam tu? Maya tak ada perasaan dekat Luthfan ke?" Soal Dato' Megat lagi
Aku menggelengkan kepala berkali-kali, tipu lah kalau tiada perasaan. "Tengku Darren dah kahwin, dah ada anak pun. Jadi untuk apa saya jadi orang ketiga?" Soalku kembali
"Maya cemburu?" Pertanyaan Dato' Megat itu membuatkan aku terdiam sejenak, aku cemburu ke?
"I shouldn't be jealous, he's never will be mine"
Sekali lagi dahi Dato' Megat berkerut, seolah-olah tidak mengerti dengan apa yang aku cakap. "Daddy rasa kamu dah salah faham ni" Dato' Megat ketawa halus
"Salah faham?"
"Ya, daddy akui yang Luthfan dah berkahwin. Tapi Maya perlu tahu yang dia dah bercerai dengan isteri dia sejak tiga bulan lepas" Terang Dato' Megat
Terkebil-kebil mata aku memandang Dato' Megat, tidak mengerti
"Daddy yang suruh Luthfan ceraikan Leona, sebab daddy nampak apa yang Luthfan tak nampak. Daddy tahu apa yang Luthfan tak tahu, dan daddy tak mahu Leona terus memperdayakan anak daddy"
Berkerut dahi aku, apakah yang berlaku? Kenapa aku rasa macam dalam drama melayu?. "Maya masih lagi tak faham, apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa daddy suruh dia ceraikan Leona? Betul ke yang mereka dah bercerai?" Bertubi-tubi soalan yang aku tanya pada Dato' Megat
"Leona Adhia ialah seorang model, dari awal lagi daddy dan mommy tak setuju bila Luthfan cakap dia nak kahwin dengan Leona. Tapi Luthfan ni dia seorang yang degil, seorang yang ego dan keras kepala. Dia tetap nak berkahwin dengan Leona sebab katanya mereka dah lama kenal, dari zaman universiti lagi. Jadi kami terpaksa izinkan mereka untuk berkahwin"
"Selepas dua bulan Luthfan dan Leona kahwin, Leona selalu pulang ke rumah lewat malam. Dalam pukul tiga atau empat pagi baru dia balik, setiap kali dia balik ke rumah. Mesti akan ada bau pelik yang melekat pada dia"
"Bau alkohol?" Teka aku
Dato' Megat mengangguk. Terlopong mulut aku mendengarnya, bagaimana mungkin?
"Daddy dan mommy dah puas nasihatkan Luthfan, supaya ceraikan Leona. Tapi apa yang kami dapat? Luthfan langsung tak percayakan daddy, tak percayakan mommy dan dia pun tak percayakan adik dia sendiri. Luthfy Dzafren. Ada satu hari, Luthfan perlu keluar negara untuk kerja. Leona duduk dengan mommy dan daddy, masa tu daddy ada mesyuarat dengan client dekat One World Hotel di Petaling Jaya. Daddy nampak Leona pakai baju yang memang tak cukup kain, masuk kedalam hotel dengan seorang lelaki" Serta merta mulutku ternganga, wajah Dato' Megat sekarang kelihatan sangat menakutkan. Wajahnya memerah, urat-urat dilehernya mula timbul
"Bukan itu saja, Dzafren pun pernah nampak yang kakak ipar dia keluar dengan seorang perempuan. Mungkin Maya tak percaya apa yang daddy akan cakap ni, tapi ini ialah kenyataannya. Leona dan juga perempuan tu.." Dato' Megat menarik nafasnya dalam, cuba untuk mencari oksigen
"Berciuman"
"Astagfirullahaladzim!" Hampir jatuh rahang aku mendengar ayat itu. Biar betul perangai dia macam tu?
"Jadi maksudnya, dia bisexual?" Soalku dengan nada berbisik, melihat anggukan Dato' Megat itu makin membuatkan aku rasa nak pitam dekat sini
Ya Allah, macam-macam perangai umat akhir zaman ni ya Allah
"Lepas tu, macam mana Tengku Darren boleh ceraikan Leona?" Tanya aku, masih lagi ingin mengorek rahsia
"Masa tu da..." Belum sempat Dato' Megat menghabiskan kata-katanya, seseorang menegur kami berdua
"Maaf ganggu ya Dato'? Ada orang datang, katanya nak jumpa dato' dan datin" Abang Mat berkata membuatkan aku tercari-cari siapa itu
"Good morning everyone!"
Hampir bergegar satu rumah bila mendengar sapaan Leona itu, rasanya aku perlu tabik hormat pada Dato' Megat sebab mampu kukuhkan tiang rumah dia ni. Aku berpaling pada hamba Allah yang memakai baju yang memang mengancam itu, sama seperti baju yang aku lihat dia di majlis tempoh hari. Cuma warna yang berlainan, grrrr geli pula aku tengok wanita tu
Boleh pula dia buka langkah bila pakai skirt pendek sendat dia tu
Dengan selamba Leona duduk disebelah Dato' Megat, dia meletakkan satu beg kertas diatas meja kacak itu
Kenny Hills Bakers
"Rancak betul daddy bersembang, mana mommy?" Soal Leona sambil tersenyum manis, dapat aku lihat wajah Dato' Megat yang berubah menjadi dingin itu
"Dalam bilik" Itu saja yang Dato' Megat menjawab, aku disini hanya diam menjadi patung. Tidak berminat untuk bersembang, lagi pun. Entah kenapa aku merasa seram sejuk bila dengan Leona ni, mungkin sebab apa yang Dato' Megat cerita tadi kut
"Oh ya? By the way, siapa perempuan cantik ni?" Mata wanita itu turun pada aku, melihat aku dari atas hingga bawah. Seketika aku menggigit bawah bibir, seram lah ya Allah. Nak menjerit dekat sini boleh tak?
Dato' Megat menjongket keningnya sambil memandang kearah aku. "Ini? Bakal menantu saya, kenapa?" Tenang saja lelaki itu menjawab membuatkan aku memandangnya dengan terkebil-kebil
Eh? Sejak bila pula?
"What?!"
____________________________________
Tajuk : The Last Love
Tarikh : 23/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...