You are mine and you supposed to be mine!
- Luqman Rayyan
______________________________________Tangan disilangkan ke dada, merenung tajam kearah lelaki yang sedang berada dihadapan aku. Jelas wajahnya terkejut dengan keadaan aku sekarang. "Awak mengandung ke Maya?" Bagaikan tidak percaya dia menyoal
"Tak kan aku letak belon dalam perut ni kan?" Sinis aku menjawab, berubah terus wajahnya. Aku lihat Rayyan memanggil seorang pelayan, apabila pelayan itu sudah sampai dihadapan kami. Rayyan menyoal aku
"Awak nak makan apa?"
Kepala digelengkan berkali-kali. "Kau nak cakap apa sebenarnya? Dah lewat ni, aku nak balik." Baru saja aku ingin bangun dari kerusi, Rayyan bangun lalu menghalang aku. Jarak kami sangat rapat membuatkan aku menolak badannya menggunakan beg
"Kalau awak tak mahu makan, oderlah minuman dulu. Saya tak akan izinkan awak balik selagi saya tak beritahu awak pasal hal ni?" Serius dia berkata membuatkan aku mendengus geram
"Cakaplah cepat!" Aku mula membentak, pelayan lelaki tersebut kelihatan kaget. Rayyan memesan dua gelas teh tarik ais, dia kembali duduk dihadapan aku
Tajam aku memandang Rayyan saat ini, nampak macam mamat ni sengaja nak melengahkan masa. Memang sengaja nak uji kesabaran aku!
Rayyan membetulkan posisi duduknya. "Awak masih marahkan saya?" Soal Rayyan, serta merta bibir aku tersenyum sinis
"Lepas apa yang kau pernah buat pada aku dulu, kau tanya aku masih marahkan kau ke? Kau bodoh atau buat-buat bodoh? Kau tipu aku, kau curang dengan aku dan kau hampir rogol aku Rayyan!" Nada aku menaik, sejak mengandung ni aku sukar untuk mengawal emosi aku
Masih aku ingat betapa takutnya aku waktu itu, diculik dan tiba-tiba aku bersama dengan Rayyan didalam bangunan yang lama! Cakap dekat aku, perempuan mana yang sanggup kalau maruahnya dipijak?
"Saya tak sengaja Maya, maafkan saya. Saya betul-betul menyesal, apa lagi yang saya boleh buat supaya awak maafkan saya?" Rayuan lelaki itu membuatkan aku ingin ketawa terbahak-bahak disini, bodohnya kau Rayyan?
"Ada satu cara aje yang boleh buat aku maafkan kau" Ujarku. Bersinar terus mata lelaki itu
"Apa dia? Saya sanggup!"
"Jangan munculkan diri kau lagi, jangan ganggu hidup aku lagi dan jangan pernah hadir lagi dalam hidup aku. Sebab apa? Sebab aku dah bahagia dengan suami aku!" Tegas aku berkata, melihat gelengan kepala Rayyan itu membuatkan hati aku mula panas
"No way Maya, you are mine and you supposed to be mine! Saya tak boleh hidup tanpa awak, tolonglah faham!" Rayyan mula membentak, ramai yang mengerling kearah kami sekarang
"Kau gila ke Rayyan? Aku ni isteri orang, dan beberapa bulan lagi.. aku bakal jadi seorang ibu. Susah sangat ke untuk kau faham?! Aku tak boleh terima kau dan aku tak akan pernah jadi milik kau lagi, faham?"
Dapat aku lihat urat-urat yang timbul dileher Rayyan saat ini, wajahnya yang putih pula bertukar menjadi merah kemerahan. Baru saja dia ingin membuka mulut, pelayan lelaki tadi menghampiri kami dengan membawa dua gelas air. Tanpa fikir panjang, aku mencapai air itu lalu disedut
Lebih baik aku minum air ni daripada aku layan dia, gamaknya boleh gila kalau layan mamat kasanova ni!
Jam tangan dikerling, sekarang sudah pukul lapan setengah malam. Telefon yang berada didalam beg dicapai, sekali lagi aku merengus geram. Ini lah masalahnya kalau pakai iphone, cepat sangat habis batterynya!
"Kau dah habis cakap kan? Aku nak balik" Sebaik saja kata begitu, aku terus bangun daripada kerusi. Meninggalkan Rayyan yang masih lagi tercegat dimeja makan itu
Malas nak duduk lama-lama dengan mamat sengal tu, kang kalau jadi apa-apa nanti tak ke naya? Telefon aku ni pun dah habis battery, kalau suami aku telefon nanti macam mana kan?
Baru saja aku ingin membuka pintu kereta, seseorang menarik tangan aku kasar lalu menolak badan aku rapat ke kereta. Mata aku membulat apabila terasa seperti seseorang sedang mengucup bibir aku, dengan pantas aku meronta ingin dilepaskan. Namun tangannya memeluk pinggang aku, mendekatkan jarak kami hingga aku rasakan badan kami bersentuhan
Air mata mulai mengalir membasahi pipi, siapa lelaki ni? Dapat aku lihat wajahnya melalui samar-samar cahaya, detak jantung aku berubah rentak apabila melihat Rayyan yang sedang mencium bibir aku saat ini
"Hmmpphh! Lepaskan aku lah Rayyan!" Tempik aku sekuat hati, kepala digelengkan berkali-kali supaya ciuman tersebut terlepas namun gagal
Tangan aku memukul dadanya sekuat hati, berharap dia melepaskan aku. Oksigen aku mulai kurang, ya Allah kenapa peristiwa ni berulang lagi? Dengan beraninya Rayyan mencium aku sedangkan dia tahu, aku isteri orang!
Beberapa minit kemudian, Rayyan melepaskan kucupan itu. Teresak-esak aku menangis, berkali-kali aku menumbuk dada lelaki tak guna itu. Sakit rasanya hati melihat senyuman sinis Rayyan saat ini, dia ketawa sinis
"Kau memang lelaki sialan! Aku benci kau Rayyan, sumpah aku benci kau!" Jerit aku lalu mencuba untuk menendangnya namun aku tersentak apabila tangan Rayyan pantas menangkap kaki aku, terserlah senyuman sinis lelaki itu
"Benci? Saya yakin awak suka dengan apa yang saya buat tadi kan Maya? Apa kata.. awak cerai dengan dia, lepas tu awak kahwin dengan saya? Saya berani jamin seratus peratus yang awak akan lebih bahagia bila bersama saya, hahaha!" Bagaikan orang gila, Rayyan ketawa besar. Sungguh saat ini aku takut!
Bagaimana kalau ini semua adalah perangkap? Rayyan mendekati aku, dia tertawa halus melihat wajah aku yang ketakutan saat ini. "Tepat sekali sayang, awak dah masuk dalam perangkap saya. Akhirnya, hari yang saya tunggu-tunggukan telah tiba. Cuba awak bayangkan, kalau suami awak tengok apa yang kita buat tadi? Berciuman.. berpelukan.. apa yang dia akan buat?" Soalnya, nada Rayyan berubah menjadi sayu
"Kau gila Rayyan! Kau memang gila! Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa dosa aku pada kau, sampai kau sanggup nak hancurkan rumah tangga aku dengan suami aku?!" Air mata diseka kasar, kalau ada senapang dekat sini.. ikutkan hati memang aku tembak lelaki ni sampai mampus!
Tiba-tiba Rayyan ketawa besar, sangat menjengkelkan. Tangannya naik menyentuh dagu aku, namun aku tepis dengan kasar. "Yes Maya, saya gila! Saya gilakan awak! Saya pernah cakap dulu kan? Saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak, Maya Darena! Sejauh mana pun awak lari, saya akan tetap kejar awak sampai dapat!" Penuh sinis dia berkata, aku mengepal penumbuk
Bila-bila masa saja penumbuk ini akan melayang diwajah setan itu, namun tiba-tiba fikiran aku melayang pada suami aku. Macam mana kalau Tengku Darren tahu semua ni?
"Rayyan! Aku merayu dengan kau, jangan ganggu aku lagi. Hidup dan mati aku hanya untuk suami aku, bukan kau!" Rayu aku, jujur aku takut kalau tiba-tiba suami aku tahu apa yang terjadi tadi.. ya Allah kau selamatkan lah rumah tangga aku dan suami aku ya Allah
"Awhh.. I really love your voice, Maya. Apa dia? Berhenti ganggu awak? Hahaha, sampai mati pun saya akan tetap kejar awak Maya. Ingat tu!" Ujarnya sambil tersenyum, senyuman lelaki gila!
"Dalam sekelip mata saja, masjid yang awak dan lelaki sial tu bina akan hancur Maya, dia akan bencikan awak.. dia akan ceraikan awak. Masa tu, saya lah yang akan menjadi suami awak Maya, hanya saya! Kau faham tak?!" Tengkingnya membuatkan aku menunduk
"Aku tak sabar, untuk lalukan semua benda yang kau pernah buat bersama Darren!"
PAP!
"Kau memang lelaki paling jijik yang aku pernah kenal, berambuslah kau setan!" Jerit aku lalu menolak badannya sekuat hati, aku masuk kedalam perut kereta dan terus memecut laju meninggalkan Rayyan
Stereng kereta dipukul kuat. "Arghh! Serabutnya! Kau memang sial!" Jerit aku, tak semena air mata aku mengalir deras
____________________________________Tajuk : The Last Love
Tarikh : 06/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)Hye semua! Sorry kalau bab ni kasar sikit, I'm sorry🤍✨
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...