But you still cheated.
- Maya Darena
______________________________________Aku hanya termenung dibalkoni, menghirup udara segar dipagi hari. Sepatutnya Tengku Darren cuti hari ni tapi tiba-tiba dia ada meeting yang mendadak, jadi.. tinggal lah aku seorang diri dekat sini.
Bukannya seorang diri pun, aku sekarang berada di rumah keluarga Tengku Darren. Jadi ada Datin Mawar sekali, bibir tersenyum nipis. Siapa sangka aku akan bertemu dengan ahli keluarga yang baik-baik?
TOK! TOK! TOK!
Kepala ditoleh kearah pintu, tersembul wajah Datin Mawar yang sedang tersenyum kearah aku. Pantas aku mendekati wanita itu lalu menyuruh dia masuk
"Maya.. jom teman mommy pergi shopping? Mommy bosanlah dekat rumah ni, daripada tak buat apa-apa dekat sini. Apa kata kita keluar?" Datin Mawar menjongket keningnya berkali-kali, aku ketawa kecil
Comel!
"Idea yang bagus juga tu mommy, Maya pun tengah bosan sekarang ni. Tapi mommy tunggu sekejap boleh? Maya nak bersiap-siap dulu" Aku tayang sengih, Datin Mawar mengangguk kepalanya lalu dia keluar daripada bilik
*****
Hampir dua jam kami berada didalam Village Grocer, aku hanya menjadi ekor pada Datin Mawar saja. Dia berhenti situ, aku berhenti situ. Tangan mencapai satu paket tepung bestari, hmm rasa macam nak makan ayam mangga lah.. tapi aku ni mana pandai masak
"Maya nak makan apa?" Tanya Datin Mawar, aku tayang sengih
"Ayam mangga, tapi Maya tak pandai masak.." Sedar tak sedar, aku membocorkan rahsia aku. Kedengaran Datin Mawar ketawa kecil membuatkan wajah aku membahang, ya Allah Maya! Boleh pula kau cakap kau tak pandai masak dekat depan mak mertua kau?
"Jangan risaulah, hari ni mommy yang akan masak. Lagi? Selain ayam mangga, apa lagi yang Maya nak makan?"
Sambil Datin Mawar menolak troli, sambil aku menyenaraikan menu-menu yang aku nak makan. Aku menatap wajah Datin Mawar yang leka membeli barangan dapur itu, sungguh cantik wanita ini. Bahkan dia sangat baik..
Entah kenapa hati tiba-tiba terasa pilu, aku rindukan arwah mama. Mesti seronok kalau dapat keluar beli belah dengan mama, macam dulu
DUSH!
Bulat mata aku apabila aku terlanggar badan seseorang, dahi digosok perlahan. Ya Allah berdenyut-denyut dahi aku! Aku langgar apa tadi, tiang ke?!
Kepala di dongak memandang lelaki yang tajam memandang kearah aku, namun mata aku membulat apabila lelaki itu adalah Rayyan. "Maya? Apa yang awak buat dekat sini? Siapa ni?" Soalnya, matanya tak henti-henti memerhati tangan aku yang masih berinai.
Soalannya itu aku buat tak endah, aku menarik tangan Datin Mawar sambil menolak troli tersebut. Lebih baik aku blah dari situ sebelum ada apa-apa yang terjadi, wajah Datin Mawar berkerut seribu bahasa. Tidak mengerti dengan apa yang terjadi
"Siapa tu Maya?" Soal Datin Mawar dengan nada berbisik, aku hanya ukir senyuman. Baru saja aku ingin membuka mulut, tangan aku ditarik kasar oleh seseorang
"Lepaslah Rayyan!" Jerit aku kuat, tak peduli jika ada yang memerhati.
"Ikut saya Maya, saya nak bincang dengan awak!" Tegas lelaki itu, aku menggeleng kepala. Badan masih kaku, Datin Mawar mendekati aku
"Apa ni sentuh-sentuh anak dara orang? Kamu ni tak ada agama ke?"
Aku ketap bibir, menahan tawa dari keluar. Hahaha pedas juga mulut mak mertua aku ni, Rayyan hanya buat bodoh lalu dia menarik lengan aku supaya mengikutinya. Sempat aku membuat isyarat sebentar kepada Datin Mawar
Rayyan mengheret aku dikawasan tiada orang, dia menolak kasar tubuh aku membuatkan aku hampir terjatuh. "Kau ni kenapa hah?!" Marah aku, ni kalau aku jatuh tadi tak ke merana? Akibatnya nampak macam nangka busuk lah!
"Kenapa dekat tangan awak ada inai? Siapa perempuan tu tadi?"
Aku tersenyum sinis, perangai mamat ni memang tak berubah sejak azali ke?
"Dah alang-alang kau tanya, dengar elok-elok ya Luqman Rayyan. Aku Maya Darena dah berkahwin dengan lelaki yang bernama Luthfan Darren, kami baru aje berkahwin semalam. Jadi secara automatiknya, wanita yang kau jumpa tadi ialah mak mertua aku." Penuh sarkastik aku berkata sambil aku menayangkan cincin dijari, berubah terus wajah lelaki itu
"Jangan nak tipu!" Gertak Rayyan, dia menarik rambutnya seketika membuatkan aku makin puas hati
"Tipu? Terserah kau nak percaya atau tak, tapi secara wajarnya aku dah bergelar 'isteri' kepada lelaki yang aku cintai. Lagi satu, terima kasih sebab pernah curang dengan aku. Sekurang-kurangnya aku dah jumpa lelaki yang betul-betul tulus dengan aku" Pantas kaki aku melangkah menjauhi Rayyan, sempat aku lihat wajah lelaki itu mulai memerah
Aku tersenyum sinis, puas hati aku!
****
"Siapa sebenarnya budak tu? Tak pandai nak hormat orang langsung!" Bebel Datin Mawar, dapat aku lihat wajahnya tidak berpuas hati dengan sikap Rayyan tadi
"Dia bekas teman lelaki Maya, sebenarnya dia juga lah yang culik Maya haritu.."
Membulat mata wanita itu, kami berjalan menuju kearah kereta. Seketika langkah aku terhenti apabila aku melihat susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapan aku, serta merta keluhan dilepaskan
Papa.
Tadi Rayyan, sekarang papa pula. Hari ni memang hari stress untuk Maya Darena, haha!
"Erm.. mommy masuk kereta dulu lah" Ujar Datin Mawar, aku hanya mengangguk setuju lalu menghantarnya melalui ekor mata. Sekarang aku memandang wajah papa, wajahnya sudah tidak sekacak dulu. Sekarang ada kedut-kedut diwajahnya, tapi masih lagi handsome.
"Ada apa?" Soalku acuh tak acuh, papa mendekati aku lalu menarik lengan aku untuk mengikutinya
"Maya kahwin dengan siapa?" Tanya papa, suaranya kedengaran mendatar membuatkan aku mengeluh perlahan. Soalan yang sama seperti Rayyan tadi.
"Kenapa papa nak tahu? Sedangkan selama ni, papa langsung tak ambil berat tentang Maya" Penuh sinis aku berkata, tangan sedia memeluk tubuh sendiri. Aku lihat wajah papa berubah
"Jawab Maya, kamu kahwin dengan siapa? Siapa yang izinkan kamu untuk berkahwin tanpa wali?" Tegas papa bertanya
"Siapa cakap Maya kahwin tanpa wali? Pak Mat dah jadi wali Maya, jadi perkahwinan Maya dengan suami Maya adalah sah" Jawabku, tajam renungan lelaki itu memandang aku
Jangan lemah Maya, walaupun itu papa kau sendiri. Jangan sesekali tunjuk yang kau lemah!
"Kamu kahwin dengan Luthfan Darren?"
"Kamu gila ke Maya, dia tu dah ada isteri! Apa perasaan isteri pertama dia kalau tiba-tiba kamu hadir?"
Aku tersenyum sinis, lawak apa yang papa buat sekarang ni?
"Oh.. perasaan? Siapa sangka orang macam papa ni faham maksud 'perasaan' kan? Kalau papa faham, kenapa dulu bila arwah mama masih hidup.. papa menduakan mama? Papa curang dengan mama? Kenapa papa ceraikan mama sedangkan papa tahu yang mama tengah nazak? Papa tak fikir pula perasaan mama masa tu?" Penuh sarkastik aku berkata, wajah lelaki itu berubah serta merta
"Maya nampak dengan mata Maya sendiri, satu-satunya orang yang paling sayangkan Maya pergi tinggalkan Maya. Sedangkan papa? Pergi berasmara dengan perempuan lain! Layak ke orang macam papa ni dipanggil manusia?" Sambungku lagi
"Papa terpaksa!" Jeritnya ingin membela diri, aku ketawa mengejek.
"But you still cheated." Ujarku membuatkan papa terdiam, matanya bergetar menatap aku dalam
____________________________________
Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)Hyeee! Sorry sebab lama menghilang, saya baru balik dari bercuti. Soo, jangan lupa vote🤍
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomantikLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...