Chapter 4

4.2K 116 3
                                    

I will always be with you, anything is possible when you have the right people to support you
- Adriane Dayana
____________________________________

THROWBACK

"Honey please... Don't leave me, saya tak mahu putus dengan awak!"

Aku ingin beredar daripada apartment itu namun suara Syasya kedengaran. "Padan muka kau, siapa suruh membosankan! Rayyan pun dah bosan dengan kau, sebab tu dia cari aku" Sinis sahaja perempuan itu berkata membuatkan aku mendekatinya

Bibir tersenyum sinis, membosankan? "Oh saya ni membosankan, sebab itu lah awak curangkan Rayyan? Saya membosankan sebab saya tak boleh pakai sexy-sexy macam perempuan ni, saya membosankan sebab saya tak boleh jadi perempuan murahan yang boleh sebumbung dan sebilik dengan awak. Sebab tu awak curang?!" Soalku dengan sangat sinis, tergamam Rayyan apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh aku

"Kurang ajar kau perempuan?!" Bentak Syasya tanda tidak berpuas hati, aku menunding jari kepadanya. Mata mencerlung tajam kepada perempuan murahan itu

"Kau diam sebelum aku carikkan mulut busuk kau tu!" Bidasku, dapat aku lihat mereka berdua tergamam. Mungkin tidak menyangka bahawa kata-kata aku akan menjadi lebih tajam daripada pisau

Pandangan dilontarkan kepada  Rayyan yang dari tadi diam membisu. "Kalau kau fikir aku akan rebut Rayyan dengan kau, kau silap Syasya. Silakan ambil lelaki tak guna ni, free of charge! Aku tak perlukan lelaki sampah macam dia, oh ya.. saya tahu kenapa awak boleh terfikir untuk curang dengan saya dan lebih memilih perempuan macam Syasya" Aku ukir senyuman sinis

"Seorang pengkhianat dan seorang lagi penggoda, sama-sama boleh dibawa ke neraka!" Sambung aku dengan sinis, usai berkata begitu. Aku keluar daripada apartment milik Rayyan dengam hati yang terluka

END FLASHBACK

"Oi mengelamun pula kau!" Sergahan Yana itu menyentakkan lamunan aku, air mata yang mengalir dipipi itu diseka kasar. Sakit kan? Bila kena hadap reality yang pahit

Yana yang melihat air mata aku itu terus tergamam. "Kenapa kau menangis ni?" Soalnya dengan hairan, pantas dia menarik kepala aku kedalam pelukannya

"Aku benci Rayyan, aku benci apa yang dia buat pada aku dulu dan aku benci tengok muka dia!" Bergetar suaraku menahan esakan, gadis itu mengusap belakang aku dengan lembut. Cuba untuk menenangkan aku yang sedang menangis

"Shhh. Benda dah lepas pun Maya, untuk apa kau menangis pada benda yang dah lama jadi? Sekarang ni, kau ada kehidupan kau sendiri. Jangan risau, selagi aku ada. Aku akan pastikan si kasanova tu tak akan buat apa-apa pada kau lagi, okey?" Pujuk Yana seperti ibu-ibu, aku ukir senyuman lalu memeluk tubuhnya dengan erat

"I will always be with you, anything is possible when you have the right people to support you" Sambung Yana lagi

Aku bersyukur sebab ada kawan baik macam Yana, satu kepala dan masuk air. Tak mudah terasa waktu bergurau, sebab tu friendship kita orang tahan lama. Dari umur 10 tahun sampai 24 tahun

"Jam 2:30 nanti kita keluar pergi dekat syarikat yang cari pekerja tu eh? Aku bosan lah dekat rumah" Rungutku dengan suara yang manja, terkebil-kebil Yana. Wajahnya sekarang bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh aku tadi

"Kau biar betik? Betul ke ni kawan aku? Semalam cakap lain, hari ni cakap lain"

Aku mencubit lengan Yana dengan kuat membuatkan dia mengaduh kesakitan, sempat gadis itu ketawa kerana dapat menyakat aku. "Okey kalau kau tak mahu, aku tarik balik lah kata-kata aku tu" Ujarku

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now