Chapter 27

3K 95 5
                                    

I'm sorry from the core of my heart for hurting you this bad
- Luthfan Darren
____________________________________

Perlahan-lahan aku menghampiri lelaki itu, namun papa mengundur beberapa langkah. Tidak ingin mendekat. Aku tergamam, dunia seolah-olah terhenti bila aku melihat lelaki itu. Seorang pelindung yang amat aku rindui, aku rindukan pelukan hangatnya, aku rindukan belaian lembut seorang ayah.

Ya, aku rindukan papa!

"Papa.. papa sihat?" Bergetar bibir aku menyoal, setapak aku melangkah kedepan. Papa mengundur dua tapak, bibir bawah digigit untuk menahan air mata dari keluar

Kenapa papa mengelak? Adakah aku terlalu jijik dimata papa? Namun pandangan mata papa jatuh pada Tengku Darren, silih berganti mata tua itu melihat aku dan Tengku Darren

Namun serta merta reaksi papa berubah bila melihat Tengku Darren. Dahi aku berkerut, aku turut memandang kearah Tengku Darren. Seperti tadi, dia hanya tenang sambil merenung tepat pada papa

"Abang? Tunggu apa lagi, jomlah masuk" Satu suara mencelah membuatkan aku dan Tengku Darren menoleh pada seorang wanita, jelas sekali wanita itu turut terkejut dengan kehadiran aku

Aunty Mona.

Ya, mak tiri aku. Wanita itu mendekati kami sambil berpeluk tubuh, jelas sekali bibirnya mengukir senyuman sinis. Aku menelan air liur

"Oh.. tengok siapa dekat sini abang, anak kesayangan abang" Penuh sarkastik wanita itu berbicara, tangan tuanya serta merta menutup mulut. Seolah-olah terlepas cakap

"Ops, salah. Bukan anak kesayangan, tapi anak buangan!" Sekali lagi wanita itu bersuara menyindir, aku memendam rasa. Silih berganti aku memandang, antara papa dan mak tiri durjana!

Aunty Mona turut membuat reaksi yang sama seperti papa apabila dia melihat kearah Tengku Darren

"Tak sangka kan abang, dapat jumpa dengan Maya? Hampir sepuluh tahun dia menghilangkan diri, katanya nak larikan diri gara-gara papa kesayangan dia tak sayangkan dia. Tapi, sekarang dah besar panjang. Makin cantik dan makin seksi, patutlah ketua pengarah syarikat LA Darren's pun tergoda" Sinis wanita itu

Aku terdiam, Tengku Darren pula hanya tersenyum. Seolah-olah terhibur dengan kata-kata wanita tua itu

"Makcik jangan lebih-lebih, boleh tak?" Akhirnya aku bersuara, sengaja aku tekan perkataan 'makcik' itu. Jelas wajahnya berubah, bibir tersenyum senget

"Sepuluh tahun saya hilangkan diri, ingatkan makcik dah insaf. Tapi tetap macam iblis!"

Mulut wanita itu sedikit ternganga, huh dia ingat aku masih lagi budak mentah yang boleh dia pijak macam dulu?

"Abang! Tengok anak abang yang tak ada adab ni, kau lupa ke aku ni mak kau? Memang patutlah kau kena halau rumah kau tahu tak?!" Tengking wanita itu membuatkan aku ketawa, terhibur dengan kelakuan orang tua tak sedar diri itu

"Halau dari rumah? Siapa cakap saya kena halau? Saya sendiri yang buat keputusan untuk lari daripada rumah, sebab saya tak mahu hidup sebumbung dengan perempuan perampas macam makcik" Selamba aku berkata, aku mendekatinya sambil tersenyum

"Lagi satu, makcik cakap yang makcik ni mak saya? Hahaha, cuba makcik cerminkan diri makcik. Layak ke makcik jadi mak saya? Mak saya cuma seorang, dan mak saya dah tak ada. Semuanya berlaku, disebabkan makcik yang menggoda papa! Makcik memang perempuan murahan!"

PAP!

Pipi kanan aku merasa kebas, telinga pula berdesing. Aku menangkat wajah, memandang gerangan yang menampar wajah aku. Merah padam wajah papa, dada lelaki itu berombak laju

Aku tersenyum sinis, sanggup papa tampar aku? Tengku Darren yang berada disamping aku itu hanya diam, namun dapat aku lihat urat-urat dilehernya timbul

"Jaga mulut kau, Maya Darena! Apa-apa pun, dia ni isteri aku dan secara automatik dia mak kau! Apa yang susah sangat nak terima kenyataan, hah?!" Mata aku terpejam, menahan perit didada. Sudah lama aku tak rasa begini, ditengking oleh ayah sendiri. Dibuang oleh ayah sendiri

Kau perlu kuat Maya, jangan tunjuk yang kau lemah!

"Maya hairanlah dengan papa ni, ilmu hitam apa yang makcik ni guna. Sampaikan papa jadi gila bayang sangat dekat dia?! Papa sedar tak, arwah mama mati bukan sebab Maya. Tapi arwah mama mati sebab ego papa, sebab perangai papa yang tak cukup satu perempuan!" Jerit aku kuat

"Kau!" Tangan kanan papa naik untuk menampar wajah aku lagi membuatkan mata aku terpejam, menerima kesakitan dengan seikhlas hati

Namun aku tergamam apabila tangan Tengku Darren menahan papa daripada menampar aku, jelas sekali wajah Tengku Darren kelihatan marah

"Don't you dare to touch her again!" Amaran daripada Tengku Darren itu terus membuatkan aku meneguk air liur, mata helang Tengku Darren sudah cukup menjelaskan betapa membaranya api kemarahannya

"Siapa kau?! Jangan masuk campur urusan orang, kau ingat kau terkenal dekat sini. Aku takut?!" Papa bertindak seolah-olah hilang akal, Tengku Darren tersenyum mendengar kata-kata papa. Aku yakin itu bukan senyuman biasa

Itu senyuman maut.

"Well, nice to meet you father in law. I'm Luthfan Darren, Maya's husband" Tengku Darren melepaskan genggaman tangan papa dengan kasar, jelas sekali semua yang berada disitu tergamam

Bukan saja mereka, tapi aku juga!

Gila ke apa? Tiba-tiba mengaku yang aku ni isteri dia, siap cakap papa tu bapak mertua lagi. Sah, mamat ni gila!

"Kau, kahwin dengan dia?" Aunty Mona mencelah, jari telunjuknya ditunding tepat pada aku

"Hahahaha lawaknya! Kau mempunyai kerjaya yang tinggi, bukan tu aje. Kau pun berpendidikan yang sangat tinggi, tapi sayang. Tak sangka taste kau tu sangat rendah" Sindiran Aunty Mona itu membuatkan hati aku semakin membara

Lama-lama mati orang tua ni aku kerjakan!

"Apa maksud makcik, taste rendah? Isteri saya ni seorang gadis yang cantik, baik dan memiliki ilmu agama yang tinggi. Yang penting, dia bukan perampas kebahagiaan orang macam makcik!" Sangat mendalam kata-kata yang dilontarkan oleh Tengku Darren, kini giliran aku pula tersenyum sinis pada Aunty Mona

"Jom balik sayang, kesian bayi dalam perut tu penat. Abang tak nak anak dalam perut ni dengar suara perampas ni, takut berjangkit" Usai berkata begitu, Tengku Darren mencempung tubuh aku membuatkan tangan aku berpaut pada leher putih Tengku Darren

Kami masuk kedalam kereta, meninggalkan papa dan Aunty Mona yang masih lagi terkedu dengan kata-kata Tengku Darren

Pintu kereta ditutup rapat, aku memandang lelaki yang berada disebelah aku ni dengan pandangan beribu rasa

Patutkah aku berterima kasih? Patutkah aku marah dia sebab selamba mengaku yang aku ni isteri dia? Patutkah aku patahkan tangan dia sebab sentuh aku tanpa izin?

Namun aku membuat keputusan untuk diam, hanya melontarkan pandangan pada luar tingkap. Mungkin itu lebih baik?

"I'm sorry" Berkerut dahiku memandang Tengku Darren, dah kenapa tiba-tiba minta maaf?

"For what?"

"For hurting you"

Aku hanya diam, tidak berminat membalas lagi

"I'm sorry from the core of my heart for hurting you this bad, Maya. Please, forgive me"

Entah kenapa bila mendengar kata-kata itu sakitnya seumpama ditusuk dengan  belati yang tajam, aku buntu untuk menjawab

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 20/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now