Chapter 48

2.9K 85 1
                                    

Dear Allah, thank you for everything!
- Maya Darena
______________________________________

Hari yang telah dinanti-nantikan telah tiba, aku melipat sejadah dan telekung lalu diletakkan dibirai katil. Mata aku turun menatap jari jemari aku yang telah di inai dengan kemas, serta merta bibir tersenyum manis

Hari ini adalah hari perkahwinan aku dan juga Tengku Darren, tak sangka secepat ini masa untuk aku kahwin. Padahal hari tu aku berkeras bahawa aku tak mahu berkahwin dengan siapa-siapa selagi belum tamat pengajian master, entah lah.. manusia berubah. Yer dok?

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terima lamaran Tengku Darren tempoh hari, mungkin sebab aku dah cinta separuh nyawa dekat dia? Cara dia layan aku, cara dia tenangkan aku dan cara dia buat aku rasa selamat bila berada dekat dengannya. Semua tu mampu buat aku terpikat dan terbuka hati untuk terima dia dalam hidup aku.

Kalau dah jodoh tak ke mana.

Oh ya, untuk pengetahuan korang. Alhamdulillah Datin Mawar dah sembuh dari lumpuh, ajaib kan? Semalam lepas aje malam berinai, kitorang ada buat solat hajat. Selepas sepuluh minit macam tu tiba-tiba aje Datin Mawar boleh bercakap, boleh berjalan dan ketawa macam biasa.

Alhamdulillah, kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Kalau Allah cakap kun faa ya kun, maka benda tu akan jadi sekelip mata. Masyaallah. Reaksi Tengku Darren semalam betul-betul buat aku sebak, dia menangis teresak-esak dalam pelukan Datin Mawar. Bukan setakat Tengku Darren yang menangis, aku pun menangis sekali

Jam dinding dikerling, sekarang jam sudah menunjukkan pukul tujuh lima belas minit pagi. Aku perlu turun ke bawah untuk sarapan pagi, Yana yang dari tadi memandang kearah aku itu dikerling. Terangkat sebelah kening aku apabila air mata gadis itu bergenang

"Kau ni dah kenapa menangis tak tentu pasal?" Tanyaku hairan, tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba aje dia menangis, dah kenapa?

Tersentak aku apabila Yana berlari kearah aku, dia memeluk aku dengan erat membuatkan badan aku kaku. Terkelip-kelip mata aku, cuba menganalisis apa yang telah berlaku sekarang ni

"Sampai hati kau nak tinggalkan aku, nanti kalau kau kahwin.. aku nak bermanja dengan siapa?" Raungan Yana itu membuatkan aku turut naik sebak, namun air mata itu tetap aku tahan. Jangan menangis Maya, hari ni hari kebahagiaan kau

Tangan aku naik mengusap lembut belakang Yana, menyuruh dia bertenang. "Mana ada aku tinggalkan kau, kalau aku kahwin pun kita tetap jadi sahabat kan? Lagi satu, kita ni sama kolej. Setiap hari kita boleh jumpa" Ujarku, namun tangisan Yana menjadi semakin kuat. Serta merta aku menggaru kepala yang tidak gatal

Apa aku nak buat ni?

"Kau tak nak aku kahwin ke?" Tanya aku, dalam sesaat tangisan Yana terhenti. Dia merungkaikan pelukan lalu menatap aku tajam, terkebil-kebil mata aku memandang Yana. Eh tadi menangis, sekarang marah pula. Sah perempuan ni gila

"Mestilah aku nak kau kahwin, aku pun nak tengok kawan baik aku ni bahagia dengan orang yang dia cinta, dia sayang. Cukup-cukup lah selama ni kau diperbodohkan oleh lelaki, sekarang ni waktunya untuk kau bahagia. Jangan risau, aku akan selalu ada dengan kau. Kalau kau perlukan aku, cakap aje. Dalam masa sepuluh saat aku sampai tepat depan rumah kau" Yana tersengih, aku ketawa mengekek-ngekek

Dia ingat dia superman ke? Dari apartment kitorang ke sini pun ambil masa setengah jam, kalau tak memang 45 minit lah baru sampai.

"Banyak lah kau, dah jom kita turun. Aku yakin dia orang dah tunggu"

****

"Luth dah sedia ke nak kahwin?"

"Uhuk! Uhuk!" Bulat mata aku melihat nasi goreng yang tersembur dari mulut Tengku Darren, pantas aku menghulurkan segelas air kepadanya. Air itu diteguk dengan rakus, Luthfy sudah ketawa terbahak-bahak manakala Dato' Megat dan Yana tersenyum menahan tawa. Dapat aku lihat bibir Datin Mawar bergerak perlahan-lahan, mencuba untuk senyum

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now