If you keep crying, nothing will changes.
- Luthfan Darren
______________________________________Darren's POV
Hari ini genap satu bulan sejak kematian isteri aku, Maya Darena. Sejadah dilipat lalu diletakkan diatas rak kecil, Arfhan yang berada didalam dukungan Luthfy itu dikerling lalu dikucup lembut. Sekarang aku perlu bersiap untuk pergi ke kubur Maya, memang setiap minggu aku akan pergi melawat dia..
Sebab abang tak sanggup untuk hidup berjauhan dari isteri abang, tapi apa yang abang boleh buat? Allah lebih sayangkan Maya.
"Kau nak aku temankan ke along?" Pelawa Luthfy, aku menggelengkan kepala. Biarlah aku pergi sendiri, ada banyak perkara yang aku nak luah pada Maya
"Mari sayang, kita pergi rumah baru mama okay?" Gumamku perlahan pada Arfhan, bayi kecil itu mengukir senyuman membuatkan aku turut tersenyum. Andai Arfhan tahu betapa deritanya hidup papa sebab kehilangan mama, pasti Arfhan tak akan tersenyum.
Pipi putih kemerahan Arfhan dikucup lembut. "Aku pergi dulu, tak sabar nak jumpa isteri aku." Ujar aku pada Luthfy sambil tangan kiri menepuk lembut bahu sasanya, Luthfy tersenyum kecil
"Kalau dah sampai nanti telefon aku, tak pun kau mesej je" Pesannya lagi, sebenarnya sejak kematian arwah Maya.. kehidupan aku berubah. Hidup aku jadi tak keruan, aku tak dapat fokus dalam kerja. Malahan bayangan Maya sentiasa ada dimana-mana
Aku dah gila ke?
Baru saja kaki aku ingin melangkah anak tangga. Suara daddy bergema di gegendang telinga. "Luth? Nak pergi kubur Maya ke?" Sapa lelaki itu, aku ukir senyuman kecil
"Ya daddy, Luth nak pergi jumpa isteri Luth sekejap. Rindu.." Senyuman yang manis tadi berubah menjadi kelat, kelihatan daddy tergamam mendengar pembalasan aku
"Luth.. daddy tahu yang Luth sayangkan Maya, tapi.." Belum sempat daddy ingin menyambung, aku pantas memotong percakapannya
"Daddy. Luth tahu apa yang Luth buat dan Luth sedar, daddy tak perlu risau tentang Luth. Apa yang Luth buat sekarang ni untuk isteri Luth dan juga Arfhan. Semuanya untuk mereka berdua, jadi tolong.. jangan halang Luth" Ujar aku dengan mendatar namun suara masih lagi dilembutkan tanda hormat
Lelaki itu menggeleng kepalanya. "Luth dah salah faham, daddy tak pernah halang Luth untuk jumpa dengan Maya. Tapi Luth perlu redha dengan kepergian Maya.. biarkan dia tenang disana, Luth fahamkan?" Tegas daddy berkata membuatkan aku terdiam, tanpa membalas kata.. aku terus mengatur langkah untuk keluar daripada rumah
*****
Usai membersihkan kubur Maya, keluhan kecil dilepaskan. Arfhan dan kubur Maya dikerling silih berganti, siapa sangka aku akan hadap benda ni? Batu nisan dielus lembut
"Assalamualaikum isteri abang, hari ni abang bawa Arfhan jumpa Maya. Mesti Maya rindukan anak kita kan? Arfhan pun rindukan Maya, hampir setiap malam dia menangis tak henti.. mungkin dia rindukan mama dia yang cantik ni?" Aku tersenyum kecil, Arfhan yang berada didalam stroller itu diangkat lalu di dudukkan diatas riba.
"Abang ada bawakan bunga mawar merah untuk Maya, abang tahu yang isteri abang memang minat sangat dengan mawar merah ni kan? Maya nak tahu tak? Sejak Maya pergi kan, macam-macam benda yang jadi pada abang. Abang dah tak kuat macam dulu, badan abang dah lemau dan abang dah tak ada semangat untuk hidup lagi.. tapi abang tetap bertahan. Sebab apa? Sebab abang tak mahu ingkari janji abang pada Maya dulu. Maya ingat tak yang abang janji dengan Maya, abang janji yang abang akan jaga Arfhan dengan baik, abang akan didik dia menjadi anak yang soleh dan abang akan bimbing dia ke jalan yang benar.. mesti Maya ingat kan?" Bagaikan orang kurang siuman, aku bermonolog dengan Maya seolah-olah isteri aku berada didepan mata aku. Namun sayangnya.. tiada.
Air mata yang mengalir diseka laju, come on Luthfan Darren! If you keep crying, nothing will changes.
****
Hampir dua jam aku berada disini. Hanya termenung sambil meluahkan semua yang berlaku pada isteri aku, walaupun dia tak dapat membalas.. aku yakin dia mendengar. Arfhan sudah nyenyak tidur diatas riba aku, bibir mengukir senyuman kecil.
Sayang.. hari ni genap satu bulan Maya pergi tinggalkan abang, dan perasaan abang masih lagi sama dan tak akan pernah berubah walau sedikit pun. Abang dan anak kita masih menunggu kepulangan Maya walaupun abang tahu, benda tu tak akan pernah berlaku.
Sayang.. sejak kebelakangan ni cahaya bulan sangat terang, Maya pernah cakap kan yang Maya suka sangat dengan bulan? Abang masih ingat, Maya cakap setiap kali cahaya bulan mengambang.. itu akan membuatkan hati Maya rasa tenang. Berbeza pula dengan abang yang lebih menyukai hujan, abang tahu.. isteri kesayangan abang ni takut sangat dengan guruh kan?
Sayang.. Maya tahu tak, setiap kali abang sedih atau abang rindukan Maya. Abang akan tengok bulan? Cahaya bulan yang mengambang dimalam hari sentiasa buat abang rasa dekat dengan Maya, walaupun kenyataannya tidak. Maya sama seperti bulan yang sentiasa menemani abang tapi sayangnya, kita berjauhan.
Sayang.. seandainya abang tahu yang malam itu adalah kali terakhir abang dapat mendengar suara Maya, memeluk erat tubuh Maya dan bergelak tawa dengan Maya.. abang janji yang abang akan tunaikan semua permintaan Maya. Abang janji yang abang akan peluk Maya dengan erat seolah-olah enggan melepaskan Maya untuk pergi.
Sayang.. andai Maya tahu malam itu adalah malam yang paling sukar untuk abang terima, bahkan suara Maya sentiasa bermain difikiran abang. Macam-macam cara yang abang buat untuk jalani hari-hari yang penuh sukar ini, tapi semuanya sangat berat.. abang rindukan Maya.
Sayang.. sampai saat ini perasaan dan ingatan tentang Maya, abang masih dapat rasakan. Setiap kali hati abang memikirkan tentang Maya, jantung masih berdegup kencang seolah-olah Maya masih ada disisi abang.
Terima kasih sayang.. sebab Maya dah buktikan yang abang adalah cinta terakhir Maya, dan abang janji.. abang juga akan tetap menjadi cinta terakhir Maya. Sebab Maya..
The Last Love
~ TAMAT ~
______________________________________
Hai semua🤍
Alhamdulillah tamat sudah novel The Last Love, terima kasih pada yang setia menunggu dan membaca novel-novel saya dari awal hingga akhir. I really appreciated your efforts, thank you korang✨
Maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada kesalahan tatabahasa, typo atau plot/novel yang kurang menarik untuk korang. Mungkin ini adalah novel terakhir saya, ditahun ini dan ditahun-tahun yang akan datang.
"Author dah taknak tulis novel ke?"
"Author dah pencen ke?"
Bukan sayang.. saya perlu fokus untuk kerjaya saya dulu, insyaallah saya akan comeback di tahun 2025 dengan novel yang baru. Insyaallah (kalau umur masih panjang)
Maaf juga kalau korang rasa novel ni pendek, sebab saya dah kehabisan idea.. dalam banyak² novel yang saya tulis. The Last Love lah novel yang paling sukar untuk ditulis, sebab kebanyakannya scene yang ada dalam novel ni adalah benda yang pernah berlaku sebelum ni
Jadi..
Terima kasih sebab sudi baca novel saya dari awal hingga akhir, saya hargai korang sangat². Terima kasih juga sebab sentiasa support saya, I love you guys so much🤍✨
______________________________________
Tajuk : The Last Love
Tarikh : 10/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)Jangan lupa vote🤍
Siap ditulis : 06/03/2023 (1:15 a.m)
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...