Thank you for all the special things you do
- Maya Darena
______________________________________Tengku Darren menggenggam tangan aku dengan erat, bibirnya menguntum senyuman. Kami berjalan keluar daripada lapangan terbang, angin sejuk menyapa wajah kami
Zurich Airport, Switzerland.
Untuk apa kami datang ke Switzerland? Sudah tentu untuk berbulan madu, hehehe. Jam dikerling, sekarang sudah pukul 7:30 malam ni negara sejuk ini.
"Malam ni kita rehat dekat bilik dulu ya? Esok pagi kita keluar jalan-jalan, boleh?" Tanya Tengku Darren lembut, pantas aku mengangguk. Sebenarnya aku memang nak tidur dulu malam ni, penat dia Tuhan saja yang tahu walaupun kita duduk aje dalam flight tu!
"Kalau Maya lapar, kita dinner aje dekat hotel tu. Kawan-kawan abang cakap makanan dekat situ semuanya sedap-sedap, sesuai dengan harganya" Sambungnya lagi, aku mendongak memandang sang suami
"Hotel kita dekat mana?" Soalku hairan, suami aku ni pernah datang sini ke? Dengan siapa?
"Five Zurich Hotel."
*****
Aku duduk diatas sofa empuk yang telah disediakan di lobby hotel sambil menunggu Tengku Darren yang sedang mengambil kunci bilik. Mata aku memerhati segenap ruangan hotel itu, nampak mewah. Mestilah mewah kalau hotel tu dapat 5 stars kan?
Sebenarnya sekarang ni aku rasa tak sedap hati, entah kenapa rasa macam ada yang sedang memerhati kami. Aku dah cakap dekat Tengku Darren tadi, tapi katanya imaginasi aku aje.
"Jom sayang"
Zzuupp!! Bulu roma aku menegak bila ada tangan yang memeluk pinggang aku secara tiba-tiba, kepala pantas di dongak memandang sang suami yang sedang tersenyum kearah aku
"Ish! Terkejut tahu tak?" Marahku membuatkan Tengku Darren ketawa, kami berdua berjalan kearah pintu lift yang berhampiran lalu Tengku Darren menekan butang lift untuk naik
Ada dua orang pekerja hotel yang membawa semua beg kami, boleh tahan kacaknya. Tapi sayang.. suami aku lebih kacak kahkahkah!
Sebaik saja pintu lift terbuka, pekerja itu menekan tingkat 20 membuatkan aku memandang Tengku Darren. "Tingginya bilik kita" Bisik aku, lelaki itu hanya tersenyum
Tiba sahaja ditingkat 20, kami berjalan kearah bilik yang disediakan. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu sebelum dia beredar, Tengku Darren membuka pintu dengan luas membuatkan mulut aku tergamam seketika
Perlahan-lahan kaki masuk kedalam bilik yang dihiasi oleh bunga mawar merah dan mawar putih, bunga-bunga itu dibentukkan menjadi bentuk love
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...