Both need to be in love like the bird, need their wings
- Luthfan Darren
____________________________________Aku mengetap bibir bila melihat wajah terkejut beruk Leona itu, menahan diri dari ketawa terbahak-bahak disini. Kalau aku seorang diri saja dekat sini, mungkin dah terguling-guling aku sebab ketawa tengok muka dia
"Darren nak kahwin dengan perempuan ni? Jangan merepeklah daddy, mana mungkin gadis secantik ini jatuh cinta pada Darren?"
GULP!
Entah kenapa bulu roma aku berdiri tegak bila Leona memuji aku sebegitu, Dato' Megat ketawa. Kedengaran sedikit sinis di telinga aku
"Kalau betul pun, kenapa? Saya lebih setuju anak saya kahwin dengan Maya, dari dia kahwin dengan perempuan murahan. Sekurang-kurangnya Maya ni ada agama, bertutup, pandai jaga hati orang sekeliling, tak suka keluar malam macam orang tu" Penuh sarkastik Dato' Megat berkata
Aku pula yang terasa bila dengar kata-kata Dato' Megat ni, rasanya aku dah tahu Tengku Darren ikut perangai siapa kalau bab-bab menyindir. Sungguh menusuk kalbu!
Namun wajah Leona masih lagi seperti biasa, langsung tidak terkesan dengan apa yang Dato' Megat cakap tadi. "Alah daddy ni, sampai situ pula! Malaslah bersembang dengan daddy ni!" Leona mula bangun, sempat dia mengenyit mata pada aku
"Jangan lupa makan tau"
Aku dan Dato' Megat hanya menghantar Leona melalui ekor mata, pantas tangan Dato' Megat mencapai beg kertas itu. Dia mengeluarkan satu kotak putih
Wahh! Kecur air liur aku, dah lama tak makan peach strudel tu. Kali terakhir aku makan sewaktu arwah mama masih hidup, bibir mengukir senyuman nipis
Memori yang sangat indah, Maya janji yang Maya tak akan lupakan setiap memori mama dengan Maya.
"Kamu ambil lah makanan ni, daddy dah bosan makan" Pelawa Dato' Megat, aku tersengih kecil lalu mengucapkan terima kasih
Rezeki jangan ditolak
.
.
.
Aku duduk termenung di balkoni bilik, merenung pada burung-burung yang sedang berterbangan di udara. Mereka nampak sangat bahagia dan sangat bebas. Seolah-olah langsung tiada masalah
Seketika aku tersenyum.
Mestilah burung-burung tu tak ada masalah, dia kan haiwan. Hanya terbang bebas mengelilingi dunia, bahkan mereka pun ada keluarga mereka sendiri.
Sedangkan aku?
Hanya hidup seorang diri, tanpa keluarga, tanpa ibu dan ayah, tanpa sokongan dari sesiapa. Malahan, aku seorang anak tunggal. Tiada tempat untuk meluah, untuk bersandar dan untuk menangis dalam pelukan sesiapa. Bibir tersenyum sinis, kelakar dengan kehidupan yang aku lalui sekarang
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤
RomanceLuthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah m...