Chapter 70

2.8K 63 5
                                    

Just keep trusting Allah, even sometimes you don't understand
- Adrianne Dayana
______________________________________

Telekung dan sejadah dilipat kemudian aku mendekati cermin, mata aku kelihatan sembap gara-gara menangis semalam. Jam sudah menunjukkan pukul 6:45 minit pagi, aku mencapai telefon bimbit aku. Seketika aku termenung, patut ke aku jujur pada suami aku tentang apa yang terjadi semalam?

Kau patut jujur aje Maya, biar suami kau tahu perkara sebenar sebelum Rayyan hebohkan benda yang tak di ingini! Bulat mata aku melihat skrin telefon itu

15 missed calls from Husband❤️

"Mati lah aku.." Gumamku perlahan, mata aku membaca semua mesej yang dihantar oleh Tengku Darren semalam. Nampak macam dia tak tahu apa-apa, sebab tak ada pula suami aku tanya aku dekat mana semalam.. jadi aku selamatlah kan?

Nombor lelaki itu ditekan, tak sampai sepuluh saat panggilan sudah diangkat. "Hello assalamualaikum, awak tengah buat apa tu?" Sapa aku, hati sudah berdegup kencang. Ya Allah selamatkan lah rumah tangga kami

"Waalaikummusalam sayang, Maya pergi mana semalam? Kenapa bila abang telefon banyak kali, Maya tak angkat? Abang mesej pun satu tick aje, Maya okey tak?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan pada aku, tersengih aku dibuatnya. Risau juga suami aku dekat aku kan?

"Semalam telefon saya mati sebab tak ada bateri, sorry awak. Lepas aje saya cas telefln, saya terus tidur" Ujarku jujur, tak mahu membuka topik tentang aku keluar rumah jumpa Rayyan semalam

Lama Tengku Darren mendiamkan diri. "Awak? Dengar tak?" Tanya aku hairan apabila tiba-tiba lelaki itu senyap, aik? Tak ada line ke apa ni?

"Dengar sayang, tadi abang ada kerja sikit. Kalau macam tu tak apa lah, mommy dengan daddy dah sampai rumah ke belum?" Tengku Darren menyoal dalam talian, seketika aku menjenguk ke luar tingkap. Namun mata aku tertatap pada seseorang yang berdiri dihadapan pagar, aku tak dapat melihat wajahnya. Namun aku pasti, itu orang!

"Maya? Kenapa?" Panggil Tengku Darren membuatkan aku tersentak

"Awak.. saya rasa macam ada seseorang lah dekat depan pagar, tapi saya tak tahu siapa.." Ujarku, baru saja aku berpaling semula ke tingkap. Bayangan tadi sudah hilang, serta merta bulu roma aku menegak

"Seseorang? Maksud Maya apa, abang tak fahamlah?"

"Tadi masa awak tanya mommy dengan daddy dah sampai ke belum, saya jenguklah dekat tingkap. Lepas tu saya nampak macam ada seseorang yang berdiri dekat depan pintu pagar, bila saya tengok sekali lagi.. tiba-tiba dia hilang" Terang aku panjang lebar, seketika Tengku Darren terdiam

"Maya kunci semua pintu tau? Abang dah mesej Luthfy suruh dia pulang secepat mungkin, sekarang ni abang kena letak dulu.. abang nak keluar jumpa client. Bye Maya, take care okay?" Sempat aku membalas sebelum panggilan telefon ditamatkan, lama aku termenung kearah pintu pagar itu

Siapa yang berdiri disitu tadi?

.

.

.

"Kau biar betul?!" Terjerit Yana dibuatnya apabila mendengar semua luahan aku tadi, ya sebaik saja menamatkan panggilan telefon dengan Tengku Darren. Aku terus menelefon Yana supaya datang kesini, ingin meluahkan semua yang terjadi pada aku semalam dan peristiwa seseorang yang berdiri dihadapan pagar itu

Melihat anggukan kepala aku itu makin membuatkan mulut Yana ternganga luas. "Sumpah aku cakap, kau perlu terangkan semuanya pada Darren. Jangan biarkan Rayyan sebarkan benda yang tak sepatutnya Maya, kalau dia reka-reka cerita.. hancur semuanya kau tahu tak?"

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now