PROLOG

388 19 0
                                    

Akira Hellena menggoyangkan kakinya yang disilang sambil mata tertumpu pada telefon di tangan. Sementara dia menunggu rakan-rakannya selesai makan, dia membuka telefonnya untuk melayari media sosial. Hampir sepuluh minit dia berada di dalam kereta itu.

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Kelihatan Ayyash memasuki kereta. Najwa dan Natasha pula masuk di bahagian penumpang belakang.

"Wei! Sedap gila makanan kedai ni. Mee kari dia perghh... Padu beb!" Ujar Najwa puas. Wajahnya menampakkan dirinya sudah kekenyangan.

Hellena menggeleng perlahan.

Kawan aku ni pun...

"Mana Fayyadh?" Hellena menyoal sambil membetulkan awning tudungnya.

Eh?

Hellena dah pakai tudung?

Allhamdulillah.

Berkat doa dan hidayah yang Allah berikan kepadanya. Kini, dia sudah menutup auratnya. Walaupun tidak sempurna, tetapi dia berusaha untuk menuju jalan yang benar.

"Ada kat kaunter. Tengah bayar." Jawab Najwa.

Hellena yang berada di tepi Natasha hanya mengangguk. Pandangannya dihala ke luar kereta.

"Kira, tolong belikan aku air mineral, boleh? Nak spare dalam kereta. Perjalanan kita jauh lagi ni nak sampai." Pinta Najwa tiba-tiba.

Hellena memandang Najwa yang sudah menayang wajah belas kasihan. Seperti minta simpati.

Hellena menjulingkan mata.

"Malas. Pergi beli sendiri." Jawab Hellena acuh tak acuh.

Wajah Najwa cemberut.

"Alahhh... Tolonglah aku. Aku baru masuk kereta. Nanti, sampai dekat Cameron, aku belanja kau 3 kotak strawberry, nak? Mana tahu ni kali terakhir kau tolong aku..." Najwa cuba memujuk Hellena.

Suaranya perlahan di akhir ayat. Buat-buat kasihan.

Hellena mengeluh kecil. Ada-ada je budak ni...

"Banyaklah kau." Hellena mengalah.

Keluar sahaja dari kereta, Hellena melintas jalan. Sampai di seberang jalan, baru dia perasan dia tidak membawa handbag nya sekali. Terpaksa dia kembali ke kereta semula.

"Lupa lah pulak..." Rungutnya.

Hellena memusingkan tubuh ingin melintas jalan kembali. Tiba-tiba...

BOOM!!!

Hampir tercampak kebelakang Hellena akibat daya tekanan dan bunyi letupan yang kuat dari seberang jalan sana. Dan bunyi itu datang seperti dari arah kereta yang dinaikinya.

Terjatuh Hellena di atas tanah dibuatnya. Terkejut.

"Aduhh.." Hellena mengaduh perlahan apabila terasa pedih di telapak tangannya kerana jatuh.

Bunyi bingit dari pelbagai arah menerpa gegendang telinga. Berdesing telinganya. Hellena berkerut menahan bunyi-bunyi bising itu sambil menekup tangannya yang pedih.

Ada tempikan dan jeritan orang awam di sekitar. Ada juga bunyi alarm kereta di tempat parkir kereta itu. Pelbagai bunyi yang menangkap di telinga Hellena.

Hellena mengagahkan dirinya untuk bangun. Sambil tangan kanan memegang kepalanya menahan bingit keadaan. Tangan kirinya terasa pedih yang amat. Mungkin sudah berdarah.

Dari mana datangnya bunyi letupan itu?

Jangan-jangan bunyi itu dari keretanya, tidak?

Dalam hatinya, Hellena sudah beristighfar agar tiada apa-apa yang berlaku. Dia perlahan-lahan mengangkat kepala melihat ke arah kereta yang dinaikinya. Terus dirinya menjadi kaku. Terasa bumi berhenti berputar pada paksinya.

Pandangan mata hazelnya dipenuhi dengan api yang memarak kuat dari seberang jalan di mana keretanya berada. Nafasnya tidak terkawal malah semakin laju.

Kaku.

Terkejut.

"Tasha.. Najwa.. Ayyash..." Panggilnya perlahan. Seakan berbisik pada dirinya.

Mata masih memandang kereta yang sudah dijilat api. Berbulum-bulum asap hitam keluar darinya.

Kemudian, Hellena seperti tersedar dari dunianya. Terus dia mengalih pandangan kiri dan kanan. Orang awam sudah berkerumun di tepi jalan melihat kejadian itu. Barulah dia tersedar di dunia yang nyata.

Ya Allah! Kawan-kawan aku!

"Tasha! Najwa! Ayyash!" Hellena mula menjerit. Dia tahu sahabat-sahabatnya masih ada di dalam.

Hellena ingin berlari menuju ke arah kereta. Tiba-tiba, tangannya diragut dari belakang dengan kasar.

"Kira!" Jerit Fayyadh menghalangnya pergi.

"Fay.. Fayyadh.. Diaorang ada kat dalam! Diaorang ada..." Hellena cuba melepaskan cengkaman di tangannya. Tetapi, Fayyadh semakin kejap mencengkam tangan kecil itu.

"Kira! Bahaya!"

"Ta.. tak! Diaorang ada kat dalam lagi! Tasha, Najwa dan Ayyash ada dekat dalam. Aku nak selamatkan diaorang!" Hellena menggeleng kepalanya. Suaranya bergetar.

Fayyadh merasakan tangan Hellena menggigil. Dia menarik tubuh itu agar menjauh dari api yang memarak itu.

"Tak Kira. Diaorang dah tak ada." Fayyadh memandang kereta mereka. Matanya sudah berkaca.

"Tak!!! Diaorang masih hidup! Aku mesti selamatkan diaorang!" Hellena menengking kuat.

Dia meronta-ronta dari pegangan Fayyadh. Dirinya sudah tidak terkawal.

"Kira..." Fayyadh menyeru. Sayu suaranya seperti menahan tangis. Dia berharap agar Hellena bertenang.

"Diaorang masih hidup... Diaorang ada kat dalam... Diaorang tak mati." Berkali-kali Hellena mengatakannya. Matanya mula memerah dan berkaca. Tunggu masa untuk retak sahaja.

"Sabar Kira... Diaorang dah tak ada." Rintih Fayyadh.

"Najwa! Tasha! Keluar!! Ayyash, keluar!" Hellena meraung.

Kesemua orang awam di situ tertumpu pada mereka berdua. Melihat babak menyedihkan itu. Beberapa orang turut simpati dan cuba menenangkan Hellena.

"Fayyadh, lepaskan aku! Aku kena selamatkan diaorang! Kenapa kau tak nak selamatkan diaorang?!" Jeritan Hellena memenuhi suasana yang pilu itu. Sedih orang-orang di situ melihatnya yang meratapi kepergian sahabatnya.

Akhirnya, Hellena pengsan di dalam dakapan Fayyadh. Wajahnya basah dek kerana air matanya yang membasahi pipinya. Kelihatan wajahnya sungguh penat. Penat. Penat dengan terpaan dunia.

Tidak lama selepas itu, bunyi siren bomba kedengaran. Ambulans juga turut tiba.

Tanpa membuang masa, Fayyadh memcempung tubuh Hellena lalu membawa masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital. Sempat dia melirik tapak tangan Hellena yang berdarah.

Dan rakan-rakannya yang lain... Dia hanya memandang sayu ke arah kereta yang sudah hangus rentung.

Ayyash, Najwa, Tasha... Cepatnya korang pergi..





***Hi, korang! Writer terpaksa unpublished karya writer satu ni. Sebelum ni dah published. Tapi, sebab ada problem sikit.. So, writer unpublished.

And, kali ini writer ada buat perubahan sikit. Tajuk dia writer tukar dari THE MAFIA: D'HELL'RA kepada D'HELL'RA SERIES: AKIRA HELLENA, okay?

But, don't worry. Jalan cerita still sama. Kalau ada ubah pun, sikit2 je... Okay?

Hopefully story ni dapat sambutan semua! Jangan lupa vote, share and comment tau! Jangan lupa follow jugak!***

AKIRA HELLENA: HIS ANGEL Where stories live. Discover now